Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Friday, October 18, 2019

PERCUTIAN KE PULAU PINANG

Nama penulis: Intan Zuraini Binti Sheh Ali Bakri (A170682)


Percutian yang seterusnya ialah percutian saya bersama dengan rakan-rakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang selama tiga hari dua malam pada tahun 2015. Kami telah bercadang untuk bercuti bersama-sama sebelum masing-masing berpisah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persediaan kami bermula dengan mengemas barang-barang keperluan untuk dibawa ke sana. Belum lagi sampai di Pulau Pinang, bermacam-macam barangan yang dibeli apabila kami berhenti dikawasan rehat dan rawat dek kerana rambang mata melihat barangan yang bermacam-macam.


Setibanya di sana pada pukul 4.00 pagi, kami terus mendaftar masuk di Hotel Seri Malaysia. Kami bercadang untuk mengambil rehat seketika sebelum memulakan aktiviti mencuci mata dan bersiar-siar di sekitar Georgetown. Perkara yang paling utama apabila anda menjejakkan kaki ke Pulau Pinang sudah semestinya untuk mencuba makanan yang terkenal tidak lain tidak bukan Nasi Kandar Pulau Pinang. Kesedapannya tidak terbanding sehingga membuatkan pelancong yang datang ke sana termimpi-mimpi untuk berkunjung ke Pulau Pinang lagi. Kelazatan makanannya mampu menarik perhatian penguncung yang berbeza latar belakang agama dan juga bangsa. Apa yang menariknya makanan di sini ialah anda mampu mendapatkan nasi kandar yang menggunung dengan harga yang berpatutan. Jika anda bukan dalam golongan yang kuat makan, nasi tersebut mampu dikongsi dengan rakan anda yang lain.
Kedai nasi kandar yang kami kunjungi di Pulau Pinang ialah Nasi Kandar Line Clear. Pada waktu tersebut, gerai itu merupakan gerai yang amat terkenal dan sentiasa dibanjiri pelancong asing untuk merasai kenikmatan Nasi Kandar Line Clear. Namun apa yang membuatkan saya berasa tidak senang ialah setelah kami pulang dari percutian tersebut, berita di television memaklumkan bahawa gerai tersebut tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah dibuat pemeriksaan ke atas premis berikut, mereka diarahkan tutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja pembersihan. Apabila teringat kembali, rasa ingin dimuntahkan balik apa yang dimakan di gerai tersebut. Namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur, teruskan sahaja lah. Pada malam hari pula, kami bersiar-siar menghidup udara di tepi pantai sebelum pulang ke tempat kediaman.

Pemandangan dari atas bot
Hari kedua kami di Pulau Pinang, setelah bersarapan kami terus bergerak ke kawasan tumpuan pelancongan iaitu Bukit Bendera. Setibanya di sana, kami terus beratur untuk mendapatkan tiket menaiki kereta api bergerak untuk menuju ke puncak. Untuk pengetahuan semua, Bukit Bendera merupakan pusat peranginan yang tertua. Bukit Bendera ialah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Ia terdiri daripada gugusan batu granit yang berada di bahagian tengah Pulau Pinang dan mencapai ketinggian 833 meter (2723 kaki) di Western Hill. Selain Western Hill, kemuncak-kemuncak lain yang merupakan sebahagian daripada Bukit Bendera termasuk Bukit Laksamana, Tiger Hill, Bukit Bendera and Bukit Kerajaan. Nama Bukit Bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen keretapi bukit pada ketinggian 735 m (2450 kaki) atas aras laut. Tempat ini digelar Flagstaff Hill oleh orang British, sebab disinilah bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel.

Saya semasa berada di Bukit Bendera

Kami menaiki sebuah kereta untuk bersiar-siar di kawasan Bukit Bendera

       Semasa hari terakhir kami di Pulau Pinang, kami bersiar-siar ke kawasan KOMTAR dan singgah di satu tempat khas dimana pelancong membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Yang pastinya tawar-menawar di tempat itu sudah menjadi suatu kemestian dan jika kena dengan penjualnya, anda boleh dapatkan harga buah tangan tersebut pada harga tiga kali ganda lebih murah berbanding dengan penjual yang lain. Tujuan mereka menawarkan harga yang lebih murah berbanding yang kita beli hanyalah semata-mata untuk membuatkan kita merasa menyesal dan akhirnya membeli barangan tersebut sekali lagi dari mereka. Berakhirlah percutian kami di Pulau Pinang selama tiga hari dua malam. Banyak kenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa bahagianya kami pada ketika itu. Saya berharap agar hubungan yang dibina bersama dengan rakan-rakan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat walaupun haluan kami sudah berbeza.

No comments:

Post a Comment