Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Friday, October 18, 2019

PERCUTIAN DI PORT DICKSON

Nama penulis: Intan Zuraini Binti Sheh Ali Bakri (A170682)



Percutian pertama saya dan keluarga bermula semasa saya berada di Tingkatan 4. Pada waktu itu, keluarga saya telah bercadang untuk mengadakan ‘Family Day’ bersama dengan keluarga belah ibu dan ayah saya bertempat di Telok Kemang, Port Dickson. Percutian itu dibuat selama tiga hari dua malam dan dihadiri oleh tujuh buah keluarga. Kami telah memilih sebuah resort sebagai tempat penginapan selama tiga hari dua malam. Percutian itu juga diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga belah ayah dan ibu.

Pada hari pertama setibanya di Port Dickson, kami bersiar-siar terlebih dahulu sementara menunggu waktu daftar masuk ke resort yang telah ditempah. Kami menuju ke Muzium Tentera yang terletak di Kampung Sirusa. Muzium tentera darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan setanding dengan muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur serta bahan pengisian yang terdapat di dalam muzium ini. Apabila masuk ke perkarangan muzium, antara yang terawal kami lihat ialah alatan perang seperti meriam yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz dan setiap meriam itu ada sejarahnya yang tersendiri serta digunakan pada tahun yang berbeza. Pada bahagian dalam muzium pula, terdapat pameran alat senjata api dan alatan yang dijumpai semasa zaman askar melayu dahulu kala.
Apa yang menarik minat saya sewaktu berada di Muzium Tentera ini ialah kewujudan terowong komunis. Sepanjang melewati terowong ini, kami dapat mengikuti sejarah komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Selain kelengkapan senjata dan pakaian yang ditemui, dalam terowong ini juga kita boleh lihat replika bilik mesyuarat, bilik bedah dan tempat tidur yang digunakan oleh pasukan komunis.
Sesuai sahaja kami melawat ke muzium tentera, kami sekeluarga terus bergerak ke rumah tumpangan yang telah ditempah lebih kurang pada pukul 3.00 petang. Rumah yang kami sewa boleh memuatkan hampir empat buah keluarga dalam satu rumah. Hari pertama kami bermula dengan mandi manda di Pantai Telok Kemang yang terletak berhampiran dengan rumah tumpangan. Aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut ialah menaiki banana boat beramai-ramai. Banana boat tersebut boleh memuatkan seramai 10 hingga ke 12 orang dalam satu masa bergantung kepada saiz badan. Bagi sesiapa ahli keluarga yang mabuk laut atau gayat, mereka hanya akan menaiki bot pemandu untuk bersiar-siar di kawasan pulau. Kami berasa begitu seronok semasa menaiki banana boat dan dibawa bersiar-siar sambil melihat anak ikan todak melompat-lompat di kaki.
Pada malam hari pula, masing-masing sudah keletihan dek kerana bersuka ria mandi-manda di pantai sehingga ke lewat petang. Oleh itu, masing-masing mengambil kata sepakat untuk mencari makan malam di luar sahaja dan kami telah memilih untuk makan di tempat yang kini tersohor di Port Dickson iaitu King’s Char Koey Teaw. Keesokan harinya, kami memulakan aktiviti pagi dengan solat subuh berjemaah dan meneruskan acara Hari Keluarga lebih kurang pukul 8.30 pagi di kawasan persisir pantai Telok Kemang. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan antaranya ialah perlawanan bola pantai, kerusi berirama, tiup belon sampai pecah, dan juga lari dalam guni. Waktu ini merupakan waktu yang terbaik utnuk menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua belah keluarga.
Malam hari kedua kami di rumah tumpangan Port Dickson, kami memulakan aktiviti yang paling dinanti-nanti iaitu ‘Barbeque Session’. Sambil kami membakar di persisiran pantai menghirup udara yang lembut menyapa di pipi, kami pun memulakan sesi luahan perasaan atau harapan yang diinginkan pada masa akan datang. Bermulalah sesi menceritakan isi hati, perasaan yang bercampur baur sama ada sedih, suka, marah dan sebagainya. Yang pastinya, malam tersebut kami memohon agar Allah SWT mengekalkan hubungan yang terjalin ini sehingga ke akhir hayat. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment