Keluarga saya telah
merancang untuk melancong ke Palu, Indonesia selama 7 hari waktu pejalanan
menaiki feri dan kapal besar. Keluarga saya telah melakukan tinjauan dari segi
tiket pengangkutan, penginapan dan makanan bagi menjimatkan kos perbelanjaan
keluarga kami sepanjang di Indonesia. Pertama sekali, keluarga saya telah
merancang untuk ke Palu Indonesia dengan menaiki kapal, akan tetapi atas
kekangan kewangan keluarga saya telah merancang untuk menggunakan
pengangkutan air seperti feri untuk sampai ke Palu Indonesia.
Saya
dan keluarga telah berangkat dari Tawau, Sabah ke Nunukan Indonesia pada 2 Jun
2018 dan menginap di Hotel Melati Indah Nunukan Indonesia sesudah kami
sekeluarga sampai di situ. Kami telah membayar sebanyak 250,000 Rp bersamaan
RM74.28 untuk menginap disitu selama 2 malam. Kami menginap di Hotel Melati
Indah bagi menunggu kapal dari Nunukan ke Palu Indonesia.
Sesudah
menginap di hotel tersebut kami telah berangkat ke Palu, Indonesia menaiki kapal
yang agak besar dengan bayaran sebanyak 150,000 Rp seorang pada 4 Jun 2018.
Perjalanan kapal tersebut mengambil masa 1 hari 1 malam yang mana pelbagai
kemudahan yang disediakan seperti tandas, makanan mengikut waktunya, dan tempat
hiburan seperti wayang dan karaoke. Kemudahan tersebut bagi memudahkan para penumpang
selesa dengan perkhidmatan yang disediakan serta tidak bosan dengan perjalanan
yang agak lama.
Sesampainya
kami sekeluarga ke Palu, Indonesia pada 5 Jun 2018, kami telah disambut oleh
saudara kami dengan menawarkan rumah mereka sebagai tempat penginapan selama
kami berada di situ. Mereka telah menunjukkan kami tempat yang seronok untuk
dikunjungi di kawasan Palu Indonesia, akan tetapi kami tidak seberapa tertarik
kerana kami sangat penat dan mengantuk untuk melihat kawasan persekitaran dan
hanya menunggu untuk tidur sahaja.
Keesokan
harinya, kami sekeluarga telah dibawa untuk melawat di tempat- tempat yang
menarik seperti tempat bersejarah, masjid terapung, pusat membeli belah, dan
pasar larut malam.
Kami
telah melawat kawasan Tugu Nol Kilometer yang mana merupakan ikon kota Palu.
Strukturnya berketinggian 17 meter yang melambangkan hari kemerdekaan Indonesia
pada 17 Ogos setiap tahun. Mutiara yang terdapat pada tugu tersebut
melambangkan UU 1945, Pancasila, Negara Kesatuan Republik Indonesia dan Bhineka.
Keunikan tugu tersebut menjadi kebangaan masyarakat di sekitar Palu,Indonesia.
Seterusnya,
kami telah pergi ke masjid terapung Palu, Indonesia bagi melihat sendiri
keunikan masjid ini yang mana dibina di persisiran pantai Palu. Pembinaan
masjid ini bagi memudahkan umat Islam di sekitar bandar tersebut menunaikan
solat lima waktu sehari semalam. Kami juga telah singgah ke pusat membeli-belah
di berdekatan masjid ini bagi merasai pengalaman membeli-belah di negara jiran
yang mana harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Kami juga telah membeli barangan
keperluan harian seperti ikan dan sayuran untuk dimasak di rumah saudara saya
kerana kami telah menjadikan rumahnya sebagai tempat penginapan selama beberapa
hari kami di Palu Indonesia. Kami juga telah singgah di pasar larut malam di
Kota Palu, Indonesia. Pelbagai jenis barangan dan makanan dijual di pasar larut
malam tersebut antaranya kasut yang telah diguna pakai, apam balik, martabak
jawa dan makanan laut. Keenakan makanan yang dijual tidak terkata ditambah lagi
dengan harga yang murah dan mampu milik. Selepas itu, kami telah balik ke rumah
saudara kami untuk beristirehat bagi untuk meneruskan rancangan kami selama
berada di Kota Palu.
Pada 6
Jun 2018, saya dan keluarga telah diajak oleh saudara kami untuk pergi ke
kenduri kahwin masyarakat suku kaum Bugis di sekitar Kota Palu bagi menghadiri
jemputan yang telah diterima. Keunikan kenduri kahwin suku kaum Bugis amat
berbeza dengan orang Melayu dari sudut pakaian mereka, makanan yang amat
mementingkan kemanisan dan majlis persandingan mereka serta banyak pantang-
larang seperti pengantin tidak boleh makan seharian sepanjang majlis
berlangsung. Di sebelah malam, kami diajak untuk berjalan-jalan disekitar Kota
Palu bagi melihat tempat-tempat orang ramai berniaga dan melintasi jambatan
kebanggan masyarakat di sana iaitu Palu Bridge IV.
Pada 7
Jun 2018, kami sekeluarga melakukan percutian di dua tempat yang menarik iaitu
Air Terjun Saluopa dan Muzium Sulawesi Tengah. Di Air Terjun Saluopa, kami
sekeluarga menikmati pemandangan yang indah disebalik terjunan air dan orang
ramai yang bermandi-manda. Kami juga bersama-sama mengikut untuk bermandi-manda
bersama disebabkan keinginan untuk bermandi di dialam air terjun yang sangat
bersih dan sejuk. Selanjutnya, kami telah pergi ke Muzium Sulawesi Tengah yang
mana muzium ini terletaknya koleksi seperti Gajah Purba, informasi dan
dokumentari kehidupan masyarakat Sulawesi Tengah di masa lampau yang amat
menarik dan unik untuk diketahui.
Pada 8
Jun 2018, kami telah pergi ke Taman Nasional Lore Rindu. Terdapat ukiran patung
berbentuk burung sebelum memasuki taman ini. Hal ini menunjukkan terdapat jenis
burung berada di sini seperti zoo. Burung yang ditempatkan di rumah burung ini
seperti burung Maleo yang sangat jarang kita dengari dan terdapat juga ukiran
batu kuno yang sangat menarik di taman ini.
Di
sebelah petang, kami telah dibawa ke Pantai Talise bagi melihat pemandangan
Pantai Talise bagi merehatkan minda dan badan. Pemandangan pantai di sini cukup
indah ditambah lagi dengan hamparan pasir di pinggir Pantai Talise. Akses untuk
ke kawasan ini sangat mudah kerana terletak di kawasan pinggir Kota Palu.
Pada 9
Jun 2018 sebelum pulang ke Malaysia, kami sekeluarga telah di jemput ke rumah
saudara terdekat bagi bersalaman dan bercerita pengalaman berada di Kota Palu
sebelum berangkat pulang. Hal ini bagi mengeratkan hubungan kami berkeluarga
kerana jarang sekali kami dapat berkumpul bersama keluarga di Indonesia. Pada
sebelah malam, kami telah ke Pasar Larut Malam di sekitar Kota Palu bagi
membeli barangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Pada 10
Jun 2018, perjalanan kami pulang dari Kota Palu ke Nunukan Indonesia menaiki
kapal besar telah diiringi oleh saudara kami, kami tiba di Nunukan Indonsia
pada keesokan harinya di sebelah pagi seterusnya berangkat dari Nunukan ke
Tawau Sabah yang mengambil masa lebih kuran sejam untuk sampai ke destinasi.
Kesimpulannya,
pengalaman yang cukup indah semasa berada di Kota Palu tidak dapat digambarkan
lagi dengan banyak pengalaman yang dikumpulkan berasama saudara saya di
Indonesia dengan layanan mereka yang sangat baik. Kawasan-kawasan di Kota Palu
sangat cantic walaupun bandar mereka tidak seberapa maju, akan tetapi banyak
tempat menarik dan bersejarah dapat saya dan keluarga nikmati sepanjang
percutian tersebut. Saya dan keluarga juga akan kembali melancong ke tempat tersebut
disebabkan jemputan saudara kami pada cuti semester ini. Mungkin kami akan
pergi ke tempat menarik yang tidak sempat untuk kami kunjungi sebelum ini bagi
menambah lagi pengetahuan dan pengalaman berada di sekitar Kota Palu.
No comments:
Post a Comment