Pada
28 November 2012, ketika saya berumur 14 tahun, permulaan saya dan keluarga
pergi melancong ke Wilayah Persekutuan(WP) Labuan dari Tawau, Sabah. Kami
memulakan persiapan dengan merancang perbelanjaan yang efisien bagi
mengurangkan pembaziran serta masa yang sesuai untuk bertolak dari Tawau ke
Wilayah Persekutuan Labuan sebelum tarikh tersebut.
Pada tarikh tersebut
kami memulakan perjalanan pada jam 0500 dari Tawau dan sehingga ke beberapa daerah seperti
Lahad Datu, Sandakan, Telupid dan Ranau sebelum sampai ke Kota Kinabalu pada jam 15.00. Sepanjang persinggahan ini, kami beristirehat sambil melihat
pemandangan yang indah dari sudut
makanan, budaya masyarakat, persekitaran dan corak kehidupan masyarakat yang mana berbeza
di setiap daerah yang berada
di Sabah. Keunikan
kehidupan masyarakat disetiap
daerah ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit
seperti kehidupan masyarakat dari sudut makanan di Lahad Datu lebih banyak
makanan laut berbanding di Ranau yang banyak sayur- sayuran dan buah-buahan.
Hal ini membolehkan kedua daerah ini saling memenuhi antara satu sama lain dari sudut keperluan makanan bagi mengembangkan lagi ekonomi
masyarakat khususnya dan negeri Sabah amnya.
Saya dan keluarga tiba ke Kota Kinabalu untuk beristirehat di
rumah saudara kami di Likas selama 2 hari sebelum meneruskan perjalanan ke
Labuan. Terdapat pelbagai
makanan yang murah terdapat di daerah ini seperti makanan laut, makanan suku
Bajau, Brunei dan Bugis serta daerah ini dikelilingi dengan pemandangan yang
indah seperti lautan dan terdapat pelbagai pusat memebeli belah terdapat di
daerah ini yang mana lebih maju dari daerah Tawau. Pusat membeli-belah di sini
rata-ratanya menjadi tumpuan masyarakat serta pelancong dalam dan luar negara.
Pada 30 November
2012, saya dan keluarga
bertolak dari Kota Kinabalu ke WP Labuan jam 7.00 yang mana mengambil
masa selama 5 jam untuk sampai ke Labuan. Kami
telah singgah di daerah Menumbok
yang mana daerah
tersebut merupakan tempat untuk berlabuhnya feri untuk digunakan oleh penumpang dan kenderaan mereka
untuk sampai ke WP Labuan.
Kami telah menggunakan perkhidmatan feri di daerah tersebut dengan caj bayaran seorang
ialah RM 1 dan RM 50 bagi sebuah kenderaan. Kemudahan feri yang telah disediakan ini oleh kerajaan Negeri
Sabah telah memudahkan orang ramai untuk melancong ke WP Labuan dan melancarkan urusan harian dan perniagaan dengan Negeri Sabah
khususnya. Pemandangan lautan yang indah
disaji sepanjang menaiki feri tersebut dan kemuliaan masyarakat yang menaiki feri tersebut dari sudut
menjaga kebersihan laut dan feri serta sikap pertimbang rasa antara satu sama lain
telah memudahkan urusan anak-anak kapal untuk melakukan tugasan mereka sehingga
mendarat di WP Labuan. Sesampai di WP Labuan jam 1200 saya dan keluarga
menginap di One Hotel Labuan
untuk 3 hari 2
malam untuk percutian dan pelancongan ini.
Pada hari pertama tersebut kami telah ke pesisiran pantai
labuan dan pusat membeli-belah Ujana Kewangan. Pada waktu petang,
di persisiran pantai
tersebut kami telah berkelah
dan bermandi-manda bagi merapatkan hubungan
silaturahim antara kami sekeluarga. Selesai melakukan
aktiviti tersebut, kami singgah ke pusat membeli-belah Ujana Kewangan bagi
membeli barangan keperluan dan makanan ringan. Pusat membeli-belah Ujana Kewangan merupakan
tempat di mana terdapatnya pelbagai
jenis coklat seperti Cadburry,
Kinder Bueno, Daim dan Toblerone dengan harga yang sangat
murah kerana WP Labuan merupakan
kawasan bebas cukai. Pada malamnya, saya dan keluarga telah makan malam di
Labuan Fisherman Harbour Restaurant yang mana
terdapat pelbagai juadah makanan seperti makanan laut, makanan
tradisional suku kaum Brunei serta servis yang diberikan cukup memuaskan dan
telah kembali ke hotel untuk beristirehat selepas makan malam.
Pada 1 Disember
2012, saya dan keluarga telah
melawat tempat-tempat menarik seperti Labuan War Memorial Cemertary, Muzium Marin
Labuan, The Bird Park Labuan, Menara Jam Labuan, Pantai
Pancur Hitam dan Ujana Kewangan. Labuan War Memorial Cemertary, kami sekeluarga
melawat tempat ini yang merupakan tempat perkuburan tentera Australia dan India sebanyak
1788 tanah perkuburan yang telah mati
semasa pencerobohan Jepun pada 1945. Tanah perkuburan ini sangat unik kerana ia seperti padang bola yang
mana luas dan rata.
Seterusnya, kami sekeluarga pergi ke The Bird Park Labuan, kami telah melihat
pemandangan di taman ini yang dikelilingi pelbagai spesies burung yang dianggarkan sebanyak 580 spesies
burung. Keunikannya tidak terkata kerana saya
tidak pernah melihat spesies burung yang sangat banyak dan kurang tahu
spesies burung yang tertentu. Selepas habis melawat taman burung tersebut, saya dan keluarga pergi ke Menara Jam
Labuan tepat jam 1 petang bagi
mendengar bunyi lonceng jam yang mana Menara jam
tersebut akan berbunyi setiap hari dan setiap
jam. Ini memberikan saya pengalaman yang cukup berharga
kerana saya tidak pernah
mendengar bunyi lonceng jam yang
besar itu ditengah-tengah bandar WP Labuan.
Sesudah habis aktiviti kami di Menara Jam Labuan, kami sekeluarga pergi ke Pantai Pancur
Hitam bagi melihat
keindahan pantai, berehat
dan menghirup udara segar
pantai di waktu petang. Di kawasan itu juga, terdapat orang yang berniaga pelbagai jenis makanan
dan alatan permainan
kerana tempatnya yang strategic menjadi
tumpuan orang ramai. Kami
juga kembali ke pusat membeli-belah Ujana Kewangan bagi membeli
barangan(ole-ole) sebelum berangkat pulang keesokan harinya.
Pada 2 Disember, saya dan
sekeluarga melawat keluarga kami yang berada di WP Labuan sebelum balik ke Tawau. Hal ini bagi merapatkan
hubungan kami sekeluarga dan saudara
terdekat serta bercerita tentang kawasan yang menarik terdapat di WP Labuan. Selepas itu, kami dan sekeluarga berangkat balik ke
Kota Kinabalu dengan menaiki feri menuju ke Menumbok. Kami telah singgah
di Kota Kinabalu untuk
menginap di rumah saudara kami sebelum berangkat 3 Disember 2012 ke Tawau.
Kami juga telah berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu untuk
membeli-belah bagi dibawa balik ke Tawau.
Pada 3 Disember 2012 kami dan sekeluarga telah pulang ke
Tawau dengan berehat di beberapa destinasi seperti di Kundasang untuk melihat
pemandangan kawasan tanah tinggi, kawasan sejuk dan Gunung Kinabalu. Kami telah
sampai ke Tawau pada jam 1700 dengan selamat.
Kesimpulannya, percutian kami di WP Labuan merupakan kenangan yang
cukup indah kerana telah banyak mengenali kehidupan masyarakat dari segi
sejarah, budaya, dan persekitaran di Labuan. Pengalaman yang hebat ini tidak
dapat digambarkan dan tidak
dapat dibeli dengan
wang ringgit kerana
bukan selalu kami dan
keluarga dapat mengambil kenangan ini bercuti bersama-sama. Saya berharap percutian ini dapat diteruskan pada masa akan datang
bagi merasai kenikmatan melancong di WP Labuan
yang sangat menarik dari segi pemandangan, kecekapan perkhidmatan dan barangan
yang diniagakan di WP Labuan sangat
murah dan berpatutan.
No comments:
Post a Comment