Klang, ramai yang tidak tahu kedudukan klang itu dimana. Mereka
hanya tahu di Selangor terkenal dengan Shah Alam disebabkan i-City Shah Alam.
Namun, Bandar Klang ini merupakan Bandar Diraja bagi Negeri Selangor Darul
Ehsan. Dulu, Klang pernah menjadi ibu negeri Selangor
sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak
kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
Sejarah penubuhan Klang
dipercayai lebih awal dari sejarah penubuhan Melaka. Klang dipercayai adalah
sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Srivijaya dan Majapahit.
Perkataan Klang dipercayai berasal dari perkataan bahasa Asli,
rumpun bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu
"Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana
yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah
Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Charles A. Fishr pula
berpendapat "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air.
Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu
anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg
Kapar Indah, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur,
Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini.
Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas
kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di
pilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada
1880. Pada tahun 1886, Klang merupakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.
Terdapat banyak tempat yang menarik di Klang.
Istana Alam Shah |
Disini, kami sekelurga hanya melihat dari luar
sahaja. Tidak boleh membuat bunyi bising. Rase bangga dan gembira dapat pergi
ke sini kerana merasakan aura diraja. Keadaan luar sahaja sudah Nampak mewah
dan cantik, apatah lagi keadaan didalamnya
mesti sangat cantik.
Masjid Diraja Sultan Sulaiman |
Masjid ini memang besar. Rase nyaman dan
tenang disana. Apa yang boleh dikatakan masjid ini membuatkan saya ingin duduk
lama disini.
Masjid India, Klang |
Kami hanya melihat dan bergambar sahaja.
Church of Our Lady of Lourdes Klang |
Seri Negara Thendayuthapani Temple |
Disini kami hanya kuil ini dari jauh. Kita
boleh lihat ukiran yang berada di bahagian atas kuil yang sememangnya unik.
Klang Kwang Imm Tample |
Monumen Keris |
Monumen keris ini berada di tepi jalan raya.
Keris ini melambangkan kuasa dan kedaulatan raja-raja melayu.
Taman Rakyat Klang |
Sungguh seronok berada disini, terdapat keindahan
kehijauan di tengah-tengah bandar yang sibuk dan membangun ini. Udaranya yang
nyaman dan membuatkan kami lupa berada di dalam kawasan bandar.
Selain itu, Bandar Klang, kaya dengan
shopping mall. Dimana-mana sahaja kita jalan mudah sahaja ingin membeli belah,
semua barang dan peralatan serta hiburan ada di situ. Antara pusat membeli
belah yang disukai oleh penduduk tempatan dan pelancong adalah Pusat
Membeli-Belah ÆON Bukit Raja (Bandar Baru Klang),Pasar
Borong ÆON (Jalan Kapar),Pusat
Membeli-Belah Big (TUNE) Mall (sebelum ini dikenali sebagai Harbour Place
Shopping Mall) (Persiaran Raja Muda Musa),Centro
Mall,Pasaraya Besar Giant (Klang Sentral),GM
Klang (Bandar Botanic) yang terkenal
dalam perjualan secara borong dan
Shaw Centrepoint (Bandar Klang).
Kami
banyak menghabiskan masa di pusat membeli belah kerana barangnya yang tiada
terhad dan banyak pilihan. Ibubapa saya memborong barang dan peralatan disana
kerana harganya yang berpatutan. Barangan yang dijual dan dipamerkan
sememangnya menarik perhatian kami untuk membeli.
Tidak
lupa juga makanan yang ada di Klang. Tempat makanan yang terkenal di Klang adalah "Emporium Makan".
Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar, bertentangan dengan Pasar Jawa dan
bersebelahan Jambatan Kota. Salah satu gerai popular "Emporium Makan"
adalah "Lontong Klang". Ia menyajikan hidangan yang tidak dapat
dilupakan seperti lontong dan nasi lemak sambal sotong. Tempat ini dikunjungi
oleh semua kaum, Melayu, Cina dan India, dan masih dibuka sehingga kini. Klang
tidak lengkap tanpa restoran India kerana Klang mempunyai salah satu restoran
India terbaik di negeri ini. Nasi daun pisang, ayam, kambing, Nasi Briyani,
Ayam Tandoori, Idiyappam, dan banyak lagi adalah sebahagian makanan yang boleh
didapati pada waktu tengah hari dan malam di Klang.
Emporium Makan |
No comments:
Post a Comment