Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Sunday, October 20, 2019

MENIKMATI KEINDAHAN ALAM DI MEDAN, INDONESIA

Nama penulis: Norafiza Suraya Binti Md Jusoh (A169515)


Setiap orang mengimpikan sesuatu yang paling bermakna dalam kehidupan mereka, begitu juga saya iaitu melancong ke luar negara bersama keluarga tercinta. Indonesia merupakan salah satu negara yang sering dikunjungi pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara.  Mana tidaknya, banyak destinasi popular yang menjadi tumpuan pelancong ketika berkunjung ke sana. Antaranya, Jakarta, Bandung, Bali, Jogjakarta dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kami memilih untuk melancong ke Medan, Indonesia. Antara destinasi yang sering menjadi bualan pelancong kerana keunikkannya dan keindahan alam yang tidak  dapat diucapkan dengan kata-kata.




Persediaan telah dilakukan dengan sebaik mungkin agar semua urusan berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah, urusan kami ketika berada di Lapangan Terbang KLIA2 dipermudahkan dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu pada pukul 12 tengah malam. Apa yang ingin saya kongsikan adalah ketika berurusan dengan imigresen di sana yang mana berbeza dengan imigresen di Malaysia iaitu kami ditanya dengan beberapa soalan disebabkan kami bukan warga Indonesia dan perlu mengambil gambar untuk mengenalpasti identiti kami. Selepas itu, semua penumpang diminta untuk beratur dengan lurus dengan polis yang bertugas. Apa yang paling saya takutkan ialah seekor anjing yang terlatih menghidu barangan kami tapi syukur semuanya dipermudahkan.


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama sebaik sahaja tiba di lapangan terbang tersebut iaitu ke Danau Toba yang mana mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke sana. Dalam perjalanan kami ke sana, saya begitu teruja melihat situasi pada waktu malam yang mana dipenuhi kenderaan terutamanya lori syarikat negara tersebut. Pada masa yang sama, keadaan jalan untuk ke sana sangat mencabar dan sangat menakutkan kerana perlu melalui bukit yang terlalu tinggi. Akhirnya, kami sampai di sana dan solat subuh di sebuah masjid di Bandar Danau Toba, Medan, Indonesia. Cuaca sejuk disana begitu serasi dengan keindahan tasik tersebut. Mana tidaknya, tasik Danau Toba yang begitu mententeramkan jiwa diselami pula dengan cuaca yang sedemikian rupa menyebabkan saya tidak mahu pulang ke Malaysia. Danau toba merupakan destinasi yang utama ketika melancong di Medan, Indonesia yang mana tasik ini terbentuk daripada kesan gunung berapi. Keunikkan tasik dan sejarah terbentuknya tasik ini sememangnya menarik perhatian para pelancong untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Tasik  Danau Toba.


Tasik Danau Toba


Kehidupan disini begitu berbeza dengan kehidupan di Malaysia. Ada sesetengah masyarakat di Indonesia begitu percaya dengan kisah dongeng yang berlaku pada zaman dahulu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Namun ada sesetengah masyarakat yang begitu patuh dengan ajaran agama iaitu agama Islam. Apa yang boleh saya pelajari adalah walaupun berbeza kepercayaan namun sebagai manusia perlu saling menghormati dan mesti mengeratkan hubungan yang baik sesama manusia. Seterusnya, makanan disana sememangnya menepati selera saya bukan sahaja melazatan tapi harganya sangat murah serta berpatutan.


Pelbagai destinasi telah kami kunjungi dan mempunyai keistimewaanya tersendiri salah satunya ialah gunung berapi yang berada di Medan Indonesia. Sampai sekarang gunung berapi tersebut masih aktif dan pernah mengemparkan negara Indonesia kerana telah meletus sehingga memberikan kesan kepada penduduk di kawasan tersebut. Kami begitu teruja melihat keindahan gunung berapi tersebut walaupun agak mengerunkan namun suasana disana sangat cantik dan cuaca di kawasan berkenaan sangat menusuk ke dalam kalbu. Apabila melihat keadaan rumah penduduk di sana, saya sangat simpati kerana mereka perlu berhadapan dengan kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia tidak boleh menolak takdir dan perancangan dari Allah S.W.T.



Air Terjun di Kolam Abadi

aktivi Lasak di Medan, Indonesia



Melancong di Medan, Indonesia sangat menyeronokkan dan memberikan kenangan terindah kepada kami. Walaupun budaya dan adat disana berbeza dengan budaya di Malaysia tapi ia tidak menghalang para pelancong untuk mengetahuinya dan mempelajarinya. Keindahan alam  dan suasana  di Medan, Indonesia sangat mempersonakan dan memberikan seribu kenangan yang tidak boleh saya lupakan. Sebagai seorang pelancong yang pernah melancong ke sana, saya mengesyorkan para pelancong yang gemar bercuti ke luar negara perlu memilih untuk bercuti ke Medan, Indonesia. Pelbagai aktiviti dan destinasi yang menarik boleh dilawati sehingga memukau pandangan kami terutamanya keindahan alam yang terdapat di sana. Saya berharap sekiranya ada peluang untuk melancong kesana sekali lagi, sememangnya tidak akan saya lepaskan peluang tersebut. Medan, Indonesia merupakan destinasi pelancongan yang paling terindah buat kami sekeluarga.





No comments:

Post a Comment