Antara pengalaman
melancong saya yang pertama ialah ketika saya berumur 10 tahun dimana saya
menetap di sebuah kawasan pendalaman atau kampong yang di beri nama kampong
Limau Kasturi 1 di Gua Musang, Kelantan kerana ibu saya bertugas sebagai guru
pada tahun 2008. Pada cuti pertengahan sekolah, ibu saya mula merangcang untuk
bercuti di sebuah kawasan yang sejuk yang mempunyai buah-buahan segar dan manis
seperti strawberi, anggur, epal yang hanya dapat di kawasan beriklim sejuk.
Ayah saya mencadangkan Tanah Rata Cameron Hightland yang terletak di Pahang selama 3 hari 2 malam. Selepas membuat perbincangan, akhirnya ibubapa saya bersetuju untuk bercuti ke destinasi percutian yang dicadangkan dan menjadualkan perjalanan kami sekeluarga pada hari jumaat selepas solat jumaat selesai. Pada hari khamis sebelum bertolak esok, kami sekeluarga membuat persiapan dimana ibu saya mempersiapkan pakaian kami sekeluarga dan manakala ayah saya memeriksa keadaan kenderaan sebelum bertolak esok. Dalam kesempatan itu saya menyiapkan beberapa pakain saya yang penting sebelum ke tempat dingin seperti selimut tebal, pakaian yang tebal dan sarung tangan. Pada hari pertama jumaat petang, kami sekeluarga memulakan perjalanan seperti yang telah dirancang. Perjalanan kami memakan waktu selama 2 jam. Kami sekeluarga sampai ke destinasi sebelum magrib dan mencari penginapan hotel di kawasan tersebut. Dalam 30 minit, kami sekeluarga berjaya mencari penginapan hotel untuk 3 hari 2 malam dengan pakej yang bersesuain dan berpatutan. Buat pertama kali untuk saya menginap di hotel adalah pengalaman yang manis kerana cuaca yang sejuk kawasan tersebut membuatkan tempat penginapan hotel tersebut tidak dilengkapi dengan penghawa dingin atau kipas, tetapi hanya dilengkapi dengan cerobong asap dan tingkap. Pada mulanya, saya merasa agak risau kerana munkin kepanasan , tetapi kawasan yang tinggi dan sejuk membuatkan tempat penginapan kami selesa dan dingin.

Pada
hari kedua keesokkan harinya, kami sekeluarga berjalan-jalan di sekitar kawasan
penginapan kami. Antara tempat-tempat yang menarik yang ada di Cameron
Highland ini adalah seperti ladang buah-buahan segar, taman haiwan yang
menarik, pemandangan yang cantik dan sebagainya. Pada permulaannya, kami
sekeluarga melawat ladang strawberi yang besar serta mempunyai buah yang segar
dan boleh dipetik dari pokok. Kami memasuki ladang itu secara percuma dan
diberi peluang untuk memetik sendiri buah strawberi itu dan membanyarnya
mengikut berat strawberi yang diambil. Ianya pengalaman yang menyeronokkan buat
saya untuk mempelajari dan merasa sendiri cara memetik strawberi dengan sangat
mudah mengunakkan tangan atau alat khas mereka. Strawberi yang dipetik dari
ladangnnya pula sangatlah manis dan asli rasanya. Seterusnya kami sekeluarga
melawat ke taman haiwan yang bersebelahan ladang strawberi tersebut. Di dalam
taman haiwan itu, terdapat beberapa jenis haiwan seperti rama-rama, kubang,
ikan, ular dan sebagainya. Haiwan kegemaran saya untuk dilihat adalah ular
tendung selar kerana saya dapat melihat aksinya yang mengagumkan dengan
menyebur bisanya hingga melekat pada dinding kaca kurungannya serta saya dapat
berpeluang memegang ular sawa batik yang mempunyai kulit bercorak batik yang
catik dan jarang ditemui. Pada ketik itu, hanya saya seorang sahaja daripada
ahli keluarga saya yang berani memegang ular sawa tersebut. Ianya pengalaman
yang manis buat saya kerana dapat merasai kulit ular yang lembut dan melihat
kakak saya yang ketakutan ketika itu. Selepas itu juga, kami sekeluarga melawat
ladang teh boh yang memiliki pemandangan yang indah. Ketika sampai di ladang
tersebut, kami sekeluarga berehat seketika di café mereka sambil menikmati kek
dan tea yang enak disediakan untuk pelawat. Selepas siap berehat, kami
sekeluarga dibawa oleh pekerja mereka untuk melawat ladang teh mereka yang
indah dan diberi peluang untuk memetik daun teh dari ladang mereka. Ianya
merupakan pengalaman yang manis buat saya kerana dapat merasa sendiri cara
memetik daun teh dan menyeronokkan ketika memetik daun teh yang segar dari
ladang mereka. Selain itu, kami sekeluarga berpeluang melihat proses yang
dilakukan ladang teh tersebut sebelum mengeluarkan produk serbuk teh boh untuk
dipasarkan dan dapat merasa berbagai jenis perisa teh yang dikeluarkan oleh
ladang teh berkenaan. Selepas itu, pada waktu petang kami sekeluarga pergi ke
pasar jalanan yang menjual berbagai buahan, tumbuhan seperti bunga, cenderamata
dan sebagainya. Pelbagai cenderamata dibeli oleh ibu dan ayah saya untuk buah
tangan kepada rakan mereka serta buah tangan untuk diri sendiri sebagai kenang-
kenangan.
Pada
hari ketiga, kami sekeluarga bersiap untuk pulang pada waktu pagi di mana ibu
dan kakak saya mengemas pakaian dengan mengasingkan pakaian yang bersiah dan
pakaian yang kotor, manakala ayah saya memeriksa kenderaan. Selepas siap
mengemas dan memeriksa kenderaan, kami sekeluarga keluar daripada penginapan
dan bertolak untuk pulang. Sebelum pulang ke rumah, kami sekeluarga singgah
dahulu di sebuah taman bunga kerana ibu saya ingin membeli beberapa jenis bunga
seperti bunga ros dan orked. Di Taman Bungan itu, terdapat mesin mainan yang
banyak serta cerderamata yang menarik. Saya dan kakak saya mengambil kesempatan
untuk membeli cenderama tersebut sebagai kenang kenangan dan buah tangan untuk
kawan-kawan di sekolah. Selepas siap membeli Bungan dan sebagainya, kami
sekeluarga bertolak pulang ke rumah kami yang terletak Gua Musang yang jaraknya
mengabil masa 2 jam perjalanan. Dalam detik waktu 3 hari 2 malam percutian kami
sekeluarga, saya dapat merasakan pengalaman yang menarik dan manis telah saya
lalui sepanjang percutian saya dan keluarga di Cameron Hightland dimana saya
merasakan udara yang dingin, budaya yang baru serta merasa makanan yang jarang
ditemui di tempat tinggal saya dan ianya akan menjadi kenangan yang terindah
buat saya bila dewasa nanti, Sekian Terima Kasih.
Taman Rama-rama |
Ladang Strawberi |
No comments:
Post a Comment