Kini, saya sudah dewasa dan mencecah umur 21 tahun. Baru-baru ini kami
sekeluarga melancong ke luar negara dan buat pertama kalinya saya melancong ke
luar negara bersama keluarga besar saya. Segala kos kami sekeluarga sepanjang berada disana
ditanggung oleh abang saya. Hal ini kerana abang saya telah bekerja dan
berhasrat untuk membawa kami sekeluarga ke luar negara. Dengan ini saya ingin
katakan bahawa hasratnya telah tercapai. Setiap kos ahli keluarga itu
ditanggung sendiri.
Pada hari yang kami menerima khabar baik ini daripada abang saya, kami
sekeluarga sangat teruja, gembira dan terharu. Hari demi hari, kami menyediakan
segala kelengkapan yang diperlukan seperti pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain.
Pada suatu hari, kami sekeluarga pergi ke UTC, Seremban untuk membuat passport.
Pada ketika itu juga, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya kami kerana
membuat passport itu juga pertama kali buat kami.
Tiba hari yang dinanti-nantikan, kami sekeluarga bergerak awal untuk ke
lapangan terbang KLIA2 kerana pada ketika itu kami akan berlepas pada pukul
10pagi. Kami tiba di KLIA2 awal 2jam daripada masa yang ditetapkan dalam tiket
penerbangan kami. Jadi kami memutuskan untuk rehat sebentar di KLIA2.
Selepas tiba waktu penerbangan, kami diminta untuk bersedia dan masuk ke
dalam pesawat serta duduk ditempat yang telah disediakan. Keselamatan kami
dijaga rapi oleh anak-anak kapal pada ketika itu. Terima kasih buat mereka.
Beberapa minit selepas semua pengunjung memasuki pesawat dan pesawat pula mula
bersedia untuk berlepas. Setelah pesawat kami berlepas, kami mula melihat
awan-awan dan berasa seperti berada di kayangan kerana dikelilingi awan-awan
putih yang sangat cantik.
Pelbagai tempat yang kami kunjungi disana, antaranya Batik Soga, The Lodge
Maribaya, Kebun Begonia, Kopi Luwak Cikole, Glamping Lakeside, Kawah Putih,
Orchid Forest Cikole, Floating Market Lembang dan banyak lagi. Sebagai contoh
Batik Soga. Batik Soga ini merupakan sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis
batik yang belum dijahit mahupun yang sudah dijahit. Pelbagai corak dan warna
batik yang sangat menarik membuatkan kami sekeluarga memborong batik disana
untuk dijadikan baju raya pada tahun hadapan.
Setelah selesai menjelajah di bumi The Lodge Maribaya, kami meneruskan
perjalanan ke Kebun Begonia yang terletak tidak jauh dari lokasi dimana kami
berada pada ketika itu. Salah satu keunggulan atau keunikkan dari Kebun Begonia
adalah terdapat banyak lokasi untuk bergambar dengan keindahan bunga serta
aksesoris taman yang menarik. Disini kami dapat menambah lagi koleksi gambar
kami sebagai kenangan kerana tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk bergambar
bersama keluarga tercinta.
Setelah penat bergambar,
kami terus bergerak ke sebuah restoran untuk menikmati makanan tengahari. Terdapat pelbagai juadah atau makanan yang
sangat sedap dan lazat dan ianya tidak terdapat di Malaysia. Harga-harganya
juga sangat berpatutan dan kami dihiburkan dengan muzik band ketika menjamu
selera. Selepas perut telah dipenuhi dengan makanan-makanan lazat, kami pulang
ke hotel untuk berehat. Di sepanjang jalan ke hotel, kami lalu disebuah kawasan
dimana kawasan tersebut terdapat pelbagai cosplay yang menarik di sepanjang
jalan. Saya ingat ketika ini saya sedang leka berbual bersama saudara kemudian
didatangi cosplay ‘pocong’ yang tiba-tiba muncul disebelah tingkap van dan kami
menjerit kerana terkejut dengan sergahan itu.
Tanpa disedari beberapa puluh minit kemudian, kami telah tiba di pintu
masuk hotel. Kami pun terus pulang ke bilik masing-masing untuk membersihkan
diri dan berehat. Pada waktu malam, kami keluar untuk makan malam sahaja. Pada
hari seterusnya, kami menikmati sarapan pagi di hotel terlebih dahulu sebelum
bergerak ke destinasi berikutnya.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi, kami memulakan perjalanan ke destinasi
yang bernama Kopi Luwak Cikole. Tempat ini adalah pusat pembiakan mongoose,
serta tempat pemprosesan kopi Luwak yang bertemakan pendidikan, yang terletak
di Kampung Babakan, kampung Cikole, Lembang, Bandung. Haiwan haiwan yang
disimpan di tempat ini mengikuti prinsip dan peraturan kebajikan haiwan
(kesejahteraan haiwan), di mana aspek kesihatan dan keperluan pemakanan dan
nutrisi mongoose sangat dipertimbangkan. Puluhan haiwan mongoose yang dihasilkan
oleh pembiakan mereka sendiri oleh pasukan Cikole Kopi Luwak menghasilkan
produk kopi luwak yang dipanggil Kopi Luwak Cikole.
Destinasi berikutnya adalah Glamping Lakeside. Apabila tiba disana,
terdapat sebuah kapal yang sangat besar dan kelihatan sangat mewah. Untuk
berada di kapal tersebut, kami perlu melintasi jambatan yang disediakan.
Suasana di Glamping Lakeside ini sangat sejuk walaupun ketika jam menunjukkan
pukul 3 petang. Glamping Lakeside ini terdapat sebuah tasik yang sangat luas
dan cantik pemandangannya.
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Kawah Putih. Kawah
Putih adalah tasik kawah yang menarik dan tempat pelancongan di kawah gunung
berapi sekitar 50 km selatan Bandung di Jawa Barat di Indonesia. Tasik Kawah Putih
adalah salah satu daripada dua kawah yang membentuk Gunung Patuha,
stratovolcano andesitic. Gunung Patuha merupakan salah satu daripada banyak
gunung berapi di Jawa. Ketika berada disana, kami terpaksa memakai topeng mulut
kerana bau belerangnya sangat kuat sehingga menusuk hidung.
Satu jam kemudian selepas penat bergambar, kami terus bergerak ke dua
destinasi terakhir iaitu Orchid Forest Cikole dan Floating Market Lembang.
Orchid Forest Cikole ini lokasinya terletak ditengah-tengah hutan dan suasananya
sangat nyaman dan sejuk. Disana terdapat pelbagai dekorasi yang telah dilakukan
seperti dekorasi lampu-lampu, hiasan-hiasan dan lain-lain sehingga ia kelihatan
lebih cantik, moden dan sesuai untuk bergambar.
Floating Market Lembang pula merupakan satu kawasan perniagaan yang
dijalankan diatas bot-bot kecil. Destinasi ini juga mempunyai beberapa mini zoo
seperti zoo arnab, kambing dan lain-lain. Kami berkesempatan untuk memberi
ikan-ikan di Floating Market Lembang makan. Selain itu, kami juga turut
diberikan kupon minuman percuma dan perlu ditebus disebuah gerai.Memandangkan
cuaca disana sejuk, saya membuat keputusan untuk menebus kupon minuman itu
dengan air milo panas.
Cuaca disana saya boleh katakan sangat sejuk dan ianya membuatkan saya
kurang sihat pada hari ketiga ketika berada disana. Hal ini berlaku kerana
perubahan cuaca yang dialami. Kami berada disana selama 5 hari 4 malam dan
ianya sangat menyeronokkan apabila tiba di negara orang. Satu perasaan yang
sukar untuk digambarkan apabila menjelajah negara orang bersama keluarga
tercinta. Saya berharap supaya suatu hari nanti saya dapat membawa keluarga
saya untuk kembali ke Bandung, Indonesia kerana kami suka layanan daripada
orang disana, mereka sangat baik dan berbudi bahasa, dan banyak lagi tempat
yang belum dan perlu kami jelajah bersama suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment