Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Monday, October 28, 2019

PERKONGSIAN TIPS PERCUTIAN SARAH DAN KELUARGA KE PULAU LAGENDA IAITU “PULAU LANGKAWI” SELAMAT MENCUBA!!!


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips kepada sesiapa yang ingin melancong ke Pulau Langkawi, Kedah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga tips yang diberikan ini boleh membantu pelancong dalam membuat persediaan awal sama ada sebelum atau semasa berada di sana.

1. Sesiapa yang merancang untuk melakukan perjalanan menggunakan jalan darat sebelum sampai di jeti untuk ke Pulau Langkawi seperti menaiki kereta dan bas, rancanglah masa perjalanan dengan betul bagi menggurangkan rasa penat. Jika mempunyai saudara di kawasan terdekat bolehlah menumpang sekejap untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

2. Sebelum menaiki feri, para penumpang terutama yang mempunyai gejala mabuk laut perlulah membuat persediaan seperti membawa minyak angin ataupun makan ubat tahan sakit bagi mengurangkan masalah tersebut.

3. Ketika sampai di jeti kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis, pelancong digalakkan membeli tiket pulang bagi mengelakkan kehabisan tiket terutama jika melancong pada musim cuti sekolah. Tiket feri boleh dibeli menerusi secara dalam talian kerana lebih cepat dan menjimatkan masa.

4. Pelancong digalakkan memilih tempat penginapan yang terdekat dengan kawasan yang ingin dilawati serta mempunyai pemandangan yang menarik dengan harga yang sesuai. Oleh itu, saya memilih Cenang View Hotel kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan serta mempunyai pemandangan yang menarik dan selesa.

5. Ketika bercuti di sana, eloklah memilih masa yang sesuai dan elakkan bercuti ketika musim hujan kerana boleh menyebabkan banyak akiviti tergendala seperti island hopping dan menaiki kereta kabel. Walaupun pemandangan nampak lebih cantik tetapi boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan setiap pelancong.

6. Pelancong juga diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan di mana-mana kawasan yang dikunjungi dan menunjukkan perlakuan yang sopan ketika berada di kawasan tumpuan orang. Contohnya ketika bergambar di Makam Mahsuri yang dihormati.

7. Ketika membeli barangan di sana, para pelancong diingatkan supaya membuat tinjauan harga dan tawar-menawar sebelum membeli kerana ada segelintir peniaga suka menaikkan harga yang tinggi ke atas barangan yang dijual apabila mengetahui kita merupakan seorang pelancong.

Tips yang dikongsikan di atas diharap dapat memberi manfaat dan berguna kepada sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Langkawi.

Selamat bercuti!!!

by: Siti Sarah (A168224)

No comments:

Post a Comment