1. Tempah tiket penerbangan seawal 4 bulan
Pembelian tiket seawal 4 bulan penting untuk mengelakkan
harga agak mahal ditambah lagi bila musim perayaan yang akan menyebabkan harga penerbangan
menjadi mahal.
2. Perbaharui
passport sebelum ke luar negara
Passport perlu diperbaharui sebelum merancang ke luar
negara bagi mengelakkan ia tamat tempohnya.
3. Tulis
nombor kedutaan Negara
Bagi mengelakkan sebarang benda yang tak diingini berlaku
seperti perompakan, penculikan terutamanya di kawasan kawasan yang agak
berbahaya seperti di Forbidden Island.
4. Beli
siap siap simkad dari luar negara
Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat
sekiranya kita ingin membuat panggilan ke negara asal.
5.Pilih
Destinasi
Penentuan lokasi sekiranya ingin melancong ke Filipina
sangat penting kepada Muslim kerana
kawasan Ibadah dan makanan halal sangat sukar untuk diperolehi.
6. Tukar
mata wang asing sebelum berlepas
Elakkan menukar wang di bank atau lapangan terbang kerana
jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah kerana ada sesetengah negara yang
kita boleh dapat tukaran wang yang tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan
kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut.
7. Packing
makanan halal siap siap
Terutamanya bila pergi ke Negara yang minoritnya islam
yang agak menyukarkan untuk mencari makanan halal.
8. Rancang
pengurusan masa
Merancang masa melalui jadual melancong ke tempat yang menarik perlu disediakan bagi memastikan
pelancongan mempunyai hala tuju yang jelas disamping dapat mengelakkan
kesesakan lalu lintas di jalan raya.
9. Barang
Keperluan bayi
Ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil perlu menyediakan
barangan kelengkapan secukupnya kerana kawasan sekitar sana agak sukar untuk
mencari barangan sebegitu kerana dikekang oleh jarak yang jauh dari kawasan
perumahan.
10. Tempahan Bilik Hotel
Sekiranya pengunjung ingin melancong ke kawasan Tawi Tawi
perlu mencari tempat tinggal kerana Hotel disana agak terhad.
by: Norsyila (A170795)
No comments:
Post a Comment