Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Monday, October 28, 2019

TIPS MELANCONG KE DESTINASI IMPIAN


Tips Melancong Ke Destinasi Impian

1. Membuat Pemilihan Ke Destinasi Di Tuju
  • Sebelum melancong saya akan menyenaraikan tempat yang menarik hendak di tuju.
  • Contonya, Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Cameron Highland. Setelah menyenaraikan saya akan berbincang dengan ahli keluarga untuk memilih destinasi mempunyai undian terbanyak.
2. Membuat Pasport
  • Pasport sangat penting apabila hendak melancong ke luar negara. Oleh itu, passport kita boleh mendaftar di mana-mana pusat kemudahan pendaftaran atau UTC dengan harga RM100 dan sah tempoh 2 tahun
  • Ramai yang suka melancong ke luar negara dengan mengunjungi tempat-tempat yang menarik seperti ke Bali Indonesia, Istanbul Turki dan Seoul Korea.
  • Destinasi ini selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia. Hal ini kerana terdapat banyak makanan halal dan tempat yang menarik.
3. Mengira Kos Perbelanjaan
  • Setelah menyenaraikan tempat-tempat bakal dituju, mengira kos perbelanjaan sangat penting. Jika kos ke destinasi sangat tinggi, destinasi lain akan menjadi pilihan.
4. Menetapkan Tarikh
  • Tarikh adalah perkara paling penting sebelum melancong. Hal ini kerana kebanyakan ahli keluarga mempunyai komitmen seperti bersekolah, bekerja dan lain-lain.
  • Pemilihan tarikh yang bijak sangat penting dalam melakukan aktiviti melancong. Kebanyakan ahli kelurga akan memilih waktu cuti sekolah kerana ahli kelurga akan berkumpul dan mempunyai banyak masa terluang. 
5. Membuat Tempahan Lebih Awal
  • Selalunya, kelemahan para pelancong ialah tidak menempah lebih awal seperti penginapan dan kenderaan (kapal terbang).
  • Tempahan perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan harga yang tinggi.
6. Menyediakan Barang-Barang Keperluan Untuk Melancong
  • Setiap ibu bapa berperanan menyediakan keperluan untuk anak-anak mereka sebelum melancong. Contonya, jika melancong dalam lima hari, keperluan seperti pakaian, beg, ubat-ubatan dan kelengkapan mandi akan disediakan ibubapa.
  • Selain itu. kenderaan juga perlu di servis jika memerlukan kenderaan. Hal ini mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika dalam perjalanan.
7. Menukar Mata Wang
  • Sesetengah individu selalu terlupa untuk menukar wang kepada mata wang negara yang ingin dilawati. Terdapat negara tidak menerima mata wang selain dari wang mereka.
  • Oleh itu, untuk persediaan awal, kita hendaklah menyediakan seberapa banyak mata wang asing untuk kemudahan kita apabila ingin membuat pembayaran.
8. Persediaan Fizikal Dan Mental
  • Ketika hendak melancong, kekuatan stamina perlu ada. Hal ini untuk memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Selain itu, jika hendak melancong ke negara sejuk, setiap individu perlu bersedia dengan suhu kesejukan yang berlaku di negara tersebut.
  • Kita juga perlu bersabar menghadapi sebarang cabaran yang berlaku nanti seperti sikap penerimaan masyarakat negara dituju dengan melayan tidak baik.
9. Menjaga keselamatan
  • Setiap ibubapa perlu mengawasi keselamatan anak-anak ketika bersiar-siar. Jangan biarkan berjalan bersendirian dan lebih baik pimpinlah tangan mereka.
  • Selain itu, kita hendaklah menjaga keselamatan ketika hendak jumpa orang yang baru dikenali. Jangan mudah percaya jika mereka menawarkan perkhidmatan. Selidik dahulu seseorang itu baru percaya apa yang mereka kongsikan.
by: Rosina (A169971)



1. LOKASI YANG BERSESUAIAN

Bagi memulakan satu perjalanan baharu, sudah pastinya lokasi menjadi tumpuan utama kita. Lokasi yang dipilih mestilah mudah untuk dituju tidak kira dari segi pengangkutan, penginapan ataupun soal makanan halal bagi orang Islam. Tinjauan awal boleh dibuat dengan menggunakan laman sesawang untuk mengetahui tentang sesuatu lokasi tersebut. Sebagai contohnya, jika anda berhasrat untuk melancong ke negara Matahari Terbit dan itu merupakan trip pertama anda, pastikan anda sudah membuat kajian terperinci tentang kawasan di sana terlebih dahulu. Anda juga boleh berkunjung ke bloggers yang sedia ada untuk mengetahui feedback sesebuah negara seperti familyvacationmalaysia.blogspot.com.

2. SIMPAN DOKUMEN PERJALANAN DALAM SATU FAIL
Semestinya pada hari kejadian, kita akan merasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika check in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen anda di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah. Hal ini juga penting untuk mengelakkan kecuaian jika anda terlupa dimana letaknya dokumen perjalanan anda.

3. SEDIAKAN UBAT-UBATAN YANG PENTING

Tips yang seterusnya ialah penting untuk kita menyediakan ubat-ubatan seperti panadol, ubat sakit perut, minyak gamat, dan yang berkaitan sebagai persediaan dikala kecemasan. Hal ini penting untuk kita membawa ubat tersebut bersama kita sebelum kita mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital berdekatan. Bagi sesetengah orang, mereka tidak selesa jika berada di dalam kapal terbang atau kereta bagi jangka masa yang panjang, jadi ini merupakan penyelamat awal untuk anda.

by: Intan Zuriani (A170726)



TIPS PELANCONGAN
Antara tips pelancongan disini saya ingin kongsi ialah tentang perkhidmatan penginapan. Pihak yang menyediakan perkhidmatan penginapan haruslah memberikan harga yang berpatutan kepada para pelancongan. Contohnya pengurus hotel haruslah memberikan diskaun kepada para pelancong semasa musim cuti. Hal ini kerana ramai pelancong akan memilih untuk menginap di hotel tersebut. Selain itu, Cameron Highland merupakan satu kawasan yang sejuk. Maka pihak hotel haruslah menyediakan perkhidmatan air panas dalam bilih hotel. Contoh memasang ‘heater’ dalam bilik mandi supaya para pelanggan dapat menikmati air panas ketika suasana di sana sangat sejuk. Seterusya, makanan merupakan salah perkara yang amat penting kerana para pelancong yang melancong ke sesuatu tempat baharu akan mencari jenis makanan yang unik untuk dinikmatinya. Penyediaan makanan yang unik dan baru adalah sangat penting dan juga dapat meningkatkan kedatangan ramai para pelancong. Akhir sekali, pihak kerajaan juga memulihara beberapa kawasan yang mempunyai suasana yang indah dan nyaman. Contohnya seperti menjaga kawasan hijau dengan baik supaya tidak cemar dan sentiasa dalam keadaan yang baik.

by: Arvin Raj (A170655)

·         Sediakan Peti Kecemasan
Semasa melancong bersama keluarga, ibu telah menyediakan kelengkapan ubat-ubatan seperti ubat sakit perut, ubat sakit kepala dan minyak panas. Hal ini demikian kerana jika berlaku kecemasan yang tidak diingini boleh menggunakan ubat-ubatan tersebut sebagai rawatan awal sebelum ke pusat kesihatan yang berhampiran. Ibu sangat menitikberatkan soal kesihatan kami sekeluarga terutamanya apabila melibatkan perjalanan keluarga yang jauh.

·         Bekal Makanan dan Minuman Sampingan
Semasa perjalanan yang jauh, ibu sentiasa menyediakan bekal makanan sampingan kepada kami sekeluarga. Hal ini demikian kerana ahli keluarga saya akan berasa lapar ketika berada dalam perjalanan dan tidak sempat untuk singgah di mana-mana stesen hentian rehat dan rawat. Antara makanan sampingan yang sering disediakan oleh ibu seperti kuih-muih, kerepek dan sebagainya.

·         Pemeriksaan Kenderaan

Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, ayah akan melakukan pemeriksaan kenderaan yang ingin dibawa ketika bercuti ke pusat khidmat kereta untuk melihat keadaan keretanya sama ada sesuai atau tidak hendak digunakan untuk tujuan perjalanan jauh. Antara pemeriksaan yang dilakukan seperti keadaan tayar, enjin kereta, lampu kereta, minyak pelincir kereta dan sebagainya. Hal ini sangat penting untuk membantu melancarkan perjalanan percutian keluaga kami.  

by: Farihah Aziz (A170052)

Membuat perancangan awal mengenai tempat-tempat yang terkenal di destinasi yang hendak melancong. Ketika sekeluarga tidak menempah agen pelancongan, semua orang mesti berusaha untuk mengetahui tempat-tempat yang terkenal di Destinasi yang hendak melancong. Hal ini menyebabkan, keluarga boleh menjimat kos untuk menempah agen pelancongan dan boleh menyewa kereta untuk tempat yang terkenal di destinasi tersebut.

Sekeluarga boleh melakukan jadual untuk setiap hari yang melancong. Jadual ini memudahkan keluarga untuk menjimat masa dan dapat melancong semua tempat yang hendak melancong. Perkara ini juga mengelakkan keluara untuk menghabiskan banyak masa hanya di satu tempat sajaha. Aktiviti jadual juga membantu keluarga untuk meguruskan masa baik untuk secukup tidur dan mangambil makanan pada tepat masa. Tips ini boleh membantu keluarga yang melancong dengan orang tua dan kanak-kanak.

Selain itu, perlu menempah tempat penginapan sebelum ke destinasi dapat membantu ahli keluarga. Hal ini kerana, kebanyakkan keluarga bercuti pada musim cuti persekolahan dan cuti awam. Maka, kebanyakkan tempat penginapan penuhi pada masa itu. Sekiranya, tidak menempah awal, ahli keluarga akan membazirkan masa dan tenaga untuk mencari tempat penginapan tersebut.

Ahli keluarga juga membawa barang harian seperti pakaian yang mencukupi untuk semua hari yang melancong. Hal ini kerana, kita tidak mengetahui harga barangan di tempat melancong. Ketika tidak membawa barangan yang mencukupi, kita terpaksa untuk membeli barangan yang murah dengan harga yang sangat mahal. Contohnya, semasa saya melancong di Langkawi, say terlupa untuk membawa pakaina yang cukup. Maka, ayah saya membeli baju yang simple dengan harga yang sangat mahal.

Akhirnya, menempah tiket penerbangan semasa promosi. Setiap tahun, semua syarikat penerbangan akan membuar promosi tikat. Maka, boleh menempah tiket peerbangan dengan harga yang murah pada ketika itu. Contohnya, sekiranya kita maut naik dan register app Air Asia, mereka selalu menawarkan promosi dengan harga yang sangat murah daripada harga pasaran. Maka, keluarga dapat menjimatkan duit dan dapat melancong di destinasi dengan kapal terbang.  

by: Elis Mishalini (A71943)

No comments:

Post a Comment