Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Monday, October 28, 2019

TIPS SEBELUM MELANCONG KE TEMPAT YANG ANDA INGIN PERGI

TIPS MERANCANG PERLANCONGAN ANDA


Melancong memang amat menyeronokkan dan dapat merehatkan minda kita disamping menambah pengalaman dan ilmu. Namun, mesti kita tidak mahu percutian mengalami masalah dan menambah kekusutan fikiran yang sepatutnya beritirehat. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Di sini saya cadangkan tips untuk merancang perlancongan anda.

1. Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi




Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di pulau Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di pulau Bohey Dulang Sabah

2. Bercuti di waktu luar musim cuti

Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melancongpada waktu bukan musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan murah.

3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong


Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik

4. Pilih tempat penginapan yang selesa dan murah

Sangat penting mendapatkan tempat penginapan seperti homestay atau hotel yang selesa, tapi tak semestinya mahal. Jika anda pergi melancong dalam jumlah yang kecil, berdua atau bertiga misalnya, anda boleh buat hotel reservations, tetapi jika ahli rombongan anda agak ramai, pilihlah homestay sebagai tempat penginapan. Sekarang banyak terdapat banyak homestay, samada homestay terapunghomestay kontena di tengah sawah atau homestay yang dibuat dari gelung simen.

5. Buat tempahan tempat penginapan lebih awal
Merancang dan membuat tempat penginapan lebih awal untuk mengelakkan masalah apabila anda telah sampai ke destinasi menarik pilihan ada. Dalam musim-musim tertentu, hotel dan homestay telah habis ditempah. Anda mungkin akan merasa kecewa jika menyewa hotel atau homestay secara “ad hoc”. Boleh jadi ianya tidak selesa atau anda ditempatkan di bilik yang tidak memuaskan

6. Gunakan pengangkutan yang efektif semasa melancong
Yang paling seronok pergi melancong ialah dengan memandu kereta sendiri. Kita bebas ke sana ke mari tanpa batasan. Namun jika anda tinggal di kampung atau bandar kecil dan ingin melancong ke bandara-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya, memandu kereta sendiri mungkin akan mendatangkan sedikit masalah, anda mungkin tersesat jalan atau terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk. Jadi memilih kenderaan awam lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menaiki keretapi, apabila ke destinasi pelancongan yang dituju, anda boleh menggunakan teksi atau LRT dan kandag-kandag menaiki kapalterbang lebih murah dari menaiki kenderaan darat. Selain itu anda mungkin keletihan memandu dalam jarak yang terlalu jauh dan keseronokan melancong akan bertukar kepada kepenatan yang membosankan.

7. Simpan duit kecemasan


Pastikan anda sentiasa menyimpan duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda di waktu timpa masalah. Sekurang-kurangnya anda masih ada duit spare untuk digunakan bagi mendapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di balai polis.

8.  Sentiasa menyimpan beg plastik dalam beg pakaian anda
Tentunya anda tidak mahu pakaian berbau stokin atau hapak kerana bercampur dengan pakaian yang sudah di pakai. Pastikan simpan beg plastik dalam bagasi untuk asingkan barangan peribadi.

9. Balut beg pakaian anda dengan wrap plastic

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kes penyeludupan dadah secara sembunyi melalui orang awam tanpa disedari oleh mangsa? Gunakan servis pembalutan beg dengan tape plastik di lapangan terbang kerana ia penting untuk keselamatan beg anda dari sebarang kecurian dan sebarang sindiket penyeludupan yang boleh melibatkan anda.

10. Pastikan kad bank anda aktif

Sukarnya apabila kita menghadapi masalah dengan kad bank ketika sedang bercuti apatah lagi di luar negara. Jadi, pastikan dahulu kad bank anda diaktifkan sebelum pergi melancong. Telefon bank untuk pastikan sekiranya anda membuatnya melalui mesin ATM atau online

11. Dahulukan gambar pemandangan

Selfie? Tidak salah untuk kita selfie ketika sedang melancong. Tetapi ruginya kalau kita tidak mengambil gambar pemandangan indah di tempat kita pergi untuk kenangan

12. Simpan dokumen perjalanan dalam satu fail
Semestinya kita akan rasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika check-in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah

13. Travel kit penyelamat anda

Gunakan travel kit untuk bawa bahan-bahan cecair seperti syampu, sabun mandi dan pencuci muka bersaiz mini. Semestinya anda tidak mahu barang-barang keperluan anda dihalang masuk pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan lapangan terbang. Ia juga dapat menjimatkan ruang beg anda.

14. Ambil tahu di mana pejabat kedutaan
Ia sangat serius. Jangan fikir anda berada di negara yang selamat tidak akan ada masalah berlaku kepada anda. Layari dan buat research, catat alamat pejabat kedutaan berada dan simpan di tempat yang selamat

Ada banyak lagi tips berguna yang boleh anda baca di blog-blog pelancongan. Semoga TIPS MERANCANG PERLANCONGAN ANDA  ini menjadi panduan asas yang dapat membantu anda mencapai keseronokan melancong ke tempat menarik pilihan anda.


by: Norain (A170880)


5 Tips Ketika Anda Melancong

1. Rancang perjalanan anda
Ketika anda melancong ke dalam atau luar negara, pastikan perjalanan anda telah siap dirancang sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan anda kehilangan peluang untuk melawat ke tempat-tempat menarik dalam tempoh melancong. 
Pastikan anda melawat tempat yang jauh terlebih dahulu supaya tidak perlu terburu-buru untuk melawat lokasi lain. Ketidakcekapan dalam merancang perjalanan boleh menyebabkan anda tidak dapat melawat lokasi-lokasi lain kerana kekangan masa. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda.

2. Bawa yang perlu sahaja
Dalam keterujaan melancong ke sesebuah destinasi, pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi dan tidak melebih-lebih. Ini membantu dalam penganggaran perbelanjaan untuk bayaran timbangan ketika menaiki kapal terbang. 
Tambahan pula, anda akan membeli pelbagai oleh-oleh untuk dijadikan kenangan bukan? Sudah semestinya oleh-oleh untuk keluarga anda akan menambah beban bagasi anda juga. Maka bawalah pakaian yang perlu sahaja. Khidmat dobi disediakan di hotel serta rumah penginapan, usah bimbang.

3. Pergi bersama orang yang berpengalaman
Tidak salah untuk mengembara berseorangan, tetapi jika anda sukar membawa diri, pelbagai musibah mampu berlaku. Antaranya seperti ditipu penjual. Sudah tentu anda tidak mahukan itu.
Jika anda mempunyai kenalan yang pernah melancong ke tempat yang anda ingin tuju, bawalah kenalan itu bersama. Kebanyakan peniaga akan mengambil kesempatan dalam menaikkan harga barangan bagi pelancong yang tidak mengetahui nilai harga semasa sesuatu barangan itu.
Membawa orang yang berpengalaman mampu menyelamatkan nilai perbelanjaan anda malahan anda mungkin mampu membeli dengan jumlah yang lebih banyak.

4. Simpan data sokongan
Sebelum anda memulakan perjalanan anda, pastikan anda telah menyimpan data sokongan untuk gajet-gajet yang anda bakal gunakan ketika melancong. 
Ini adalah sebagai tanda-tanda keselamatan awal andai kata terdapat sebarang malapetaka yang terjadi sepanjang anda melancong. Anda juga digalakkan membawa peranti powerbank untuk simpanan lebihan kuasa bagi gajet anda.

5. Ketahui pantang larang sesuatu tempat
Kebanyakan pelancong tidak peka akan adat dan pantang larang yang terdapat di sesebuah negara yang mereka kunjungi menyebabkan kesan buruk berlaku dan imej negara asal pelancong-pelancong tersebut tercalar seperti yang berlaku pada sekumpulan pelancong yang memilih untuk berbogel di atas gunung Kinabalu. Selain dari terpaksa membayar sejumlah denda, mereka juga terpaksa menanggung malu apabila kesalahan mereka mendapat liputan daripada pihak media.
by: SAZWAN BIN RAMLI (A171716)

Tips melancong

1. Membuat bajet atau perancangan belanjawan.
  • Sebelum pergi melancong, kita digalakkan untuk membuat kira-kira perbelanjaan yang bakal kita gunakan. Hal ini akan dapat membantu kita dalam memjimatkan penggunaan wang kita agar tidak terlebih berbelanja.

2. Merancang laluan perjalanan yang lebih selamat dan menjimatkan masa.
  • Ramai pelancong yang akan merancang laluan perjalanan mereka terlebih awal. Hal ini agar perjalanan ke destinasi yang ingin dituju dapat sampai pada waktu yang ditetapkan dan dapat mengelakkan dari tersesat dan seumpamanya. Sesetengah pelancong juga akan membuat carian didalam internet untuk mencari laluan alternatif atau untuk membuat jangkaan waktu perjalanan ke destinasi yang mereka ingin tuju.
3. Bersedia menerima perubahan budaya luar
  • Apabila melancong ke tempat yang mempunyai budaya yang berbeza dari tempat asal kita, kita haruslah bersiap sedia untuk menerima perbezaan budaya mereka. Kita juga haruslah menghormati agama, makanan, rutin harian mereka dan sebagainya.

 4. Memastikan kesihatan diri dalam keadaan baik.
  • Kesihatan diri perlulah dijaga sebelum atau semasa melancong, apabila kesihatan diri kita dalam keadaan baik, kita akan dapat menikmati percutian dengan lebih nikmat kerana segala aktiviti dan perjalanan kita akan berjalan dengan lancar.


5. Mempelajari serba sedikit bahasa komunikasi negara yang ingin dilawati.
  • Apabila kita pergi bercuti ke negara atau negeri yang mempunyai bahasa yang berbeza dengan kita, kita seharusnya mempelajari sedikit sebanyak bahasa mereka untuk memudahkan urusan percutian kita dan sebagai keselamatan juga agar kita tidak mudah tertipu dengan mereka yang mempunyai niat jahat terhadap kita.
by: Nurlia Nasuha (A169718)

No comments:

Post a Comment