Terdapat pelbagai tips yang dapat saya kongsikan
ketika melancong. Tips yang dikongsikan adalah tips sebelum melancong dan
semasa melancong. Pada perkongsian kali ini saya akan lebih memfokuskan tips
yang telah saya aplikasikan sewaktu saya melancong di negeri Melaka yang
mengambil masa selama dua hari satu malam. Tips yang dapat saya kongsikan
sebelum melancong ialah kita perlulah membuat persiapan awal untuk merancang
pelancongan supaya perjalanan perlancongan yang dirancang akan menjadi lancar.
1) Tips
pertama yang dapat saya kongsikan ialah dari segi persiapan pakaian yang akan
dibawa semasa melancong. Elakkan membawa pakaian yang banyak atau secara
berlebihan. Sediakan pakaian yang perlu dibawa mengikut hari secukupnya.
2) Tips
yang kedua ialah dari segi cara lipatan pakaian iaitu melipat pakaian secara
bergulung. Melalui cara ini kita dapat menjimatkan ruang untuk mengisi pakaian
dengan banyak dan juga berkongsi beg bersama ahli keluarga lain. Seperti yang
saya lakukan bersama kakak saya, dimana kami berkongsi beg pakaian bersama
untuk menjimatkan ruang di dalam kereta.
3) Seterusnya
sebelum melancong, kami sekeluarga akan memastikan kenderaan yang bakal kami
naiki berada dalam keadaan selamat. Bagi memastikan keadaan ini, kami akan
melakukan servis ke atas kenderaan kami. Kebiasaannya ayah saya yang akan
membawa kereta ke bengkel untuk menyelenggara kenderaan.
4) Tips
keempat ialah menempah bilik penginapan dengan lebih awal sebaik-baiknya
seminggu sebelum pergi melancong ke tempat yang hendak dituju. Dengan cara ini
kita dapat menempah tempat penginapan yang diingini tanpa rasa risau. Terutama
pada hujung minggu kebiasaannya bilik-bilik hotel akan sentiasa penuh. Oleh
itu, penempahan awal adalah sangat penting.
5) Tips
yang seterusnya ialah bergerak seawal yang mungkin terutama jika kita merancang
untuk memulakan perjalanan pada waktu hujung minggu. Hal ini disebabkan oleh
kebiasaannya pada hujung minggu jalan raya akan sesak dan menyebabkan
perjalanan akan mengambil masa yang lebih lama
6) Seterusnya,
sebelum melancong kita perlulah merancang perjalanan dengan teliti iaitu
melalui cara menyusun jadual perjalanan dan destinasi yang hendak kita tuju
supaya perjalanan menjadi lancar dan teratur.
7) Semasa
melancong kita perlulah sentiasa membawa air supaya badan tidak terhidrasi.
Lebih-lebih lagi ketika berjalan di tengah-tengah panas. Sewaktu saya melancong
ke negeri Melaka cuaca pada ketika itu adalah dalam keadaan panas terik oleh
itu, kami sentiasa menyediakan sebotol air di dalam beg masing-masing.
8) Tips
yang kelapan ialah ketika berjalan-jalan di negeri Melaka terutama di kawasan
Bandaraya Melaka, lebih digalakkan untuk meletakkan kenderaan di sesuatu
kawasan dan seterusnya berjalan kaki atau menaiki beca yang terdapat di sekitar
Bandaraya Melaka. Hal ini disebabkan oleh di sekitar kawasan Melaka agak sukar
untuk mencari tempat meletak kenderaan kerana seperti yang sedia maklum bahawa
Melaka merupakan tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia ini.
Berikut
merupakan beberapa tips yang dapat dikongsikan kepada semua berdasarkan
pengalaman saya melancong ke negeri Melaka. Dengan adanya tips-tips yang
dikonsikan ini diharapkan dapat membantu
pembaca-pembaca untuk merancang perjalanan sebaik mungkin terutamanya ketika
melancong ke negeri Melaka.
by: Fatinnaqilah binti Nazari (A170726)
1. Anda
perlu merancang perjalanan ataupun membuat jadual terlebih dahulu supaya dapat
melawati semua tempat yang menarik di Melaka.
2. Selepas
membuat jadual, anda boleh merancang perbelanjaan supaya dapat melancong ke
semua tempat dengan bajet yang rendah.
3. Jika
keluarga anda mempunyai anak-anak kecil, Cuba cari tempat yang sesuai dan menawarkan
pelbagai aktiviti kerana Melaka merupakan negeri yang mempunyai pelbagai muzium
dan mungkin akan membuatkan anak-anak anda merasa bosan.
by: AYREEN MAZLAN (A169967)
No comments:
Post a Comment