Selalunya, keluarga aku sering memberi cadangan last minute untuk melancong. Tidak kira
destinasi dekat atau jauh. “Hujung minggu ni kita nak ke mana?” tanya ayah. “Pulau
Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Bunting, Pulau Sembilan” jawab aku. Aku memang
gemar pergi tempat yang santai melihat ombak yang bergelora dan pantai yang
memutih. Pemandangan yang santai dan menikmati keindahan ciptaan tuhan dapat
menenangkan jiwa. “Sekarang musim tengkujuh, bahaya
pergi ke kawasan pulau-pulau. Kita pi Cameroon la” balas mamaku. Mamaku memang gemar pergi ke Cameroon Highland. Boleh dikatakan sering kali kami pergi ke sana dan dia tidak pernah jemu. “Ayah tak cuti lama. Kita pi dekat jela. Alor Setar ok kan. Anis dan Arif semakin membesar. Ayah nak bawa ke tempat berilmu biar berkembang pemikiran anak-anak ayah tu” kata ayah. Kami bulat suara bersetuju dengan keputusan ayah.
pergi ke kawasan pulau-pulau. Kita pi Cameroon la” balas mamaku. Mamaku memang gemar pergi ke Cameroon Highland. Boleh dikatakan sering kali kami pergi ke sana dan dia tidak pernah jemu. “Ayah tak cuti lama. Kita pi dekat jela. Alor Setar ok kan. Anis dan Arif semakin membesar. Ayah nak bawa ke tempat berilmu biar berkembang pemikiran anak-anak ayah tu” kata ayah. Kami bulat suara bersetuju dengan keputusan ayah.
Sebelum bertolak, ayah akan memastikan kereta milik
kesayangannya dalam keadaan baik. Ayah memang prihatin dengan penjagaan enjin
kereta. Kadang-kala aku suka bertanya dan memerhati cara ayah servis kereta.
Mama pula sudah awal pagi menyiapkan sarapan dan makanan tengahari untuk dibawa
bekal. Aku menolong ibu memasak dan menyiapkan adik-adik.
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) |
Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 40 minit untuk
tiba ke destinasi pertama. Tiket untuk masuk bagi kanak-kanak dan warga emas
adalah percuma dan bagi golongan dewasa dari umur 13 tahun hingga 55 tahun
dikenakan RM1.00. Adik-adikku teruja pabila melangkah masuk di sini kerana
mereka sangat suka dengan sains. Pendidikan
tidak formal dengan menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman
pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang
disediakan adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada
individu mahupun lawatan berkumpulan. Terdapat beberapa seksyen seperti Science
Mall, Fascinating Tunnel, Taman Pendidikan Oryza, Sudut Islam dan Sains. Kami meluangkan masa semaksima yang mungkin di sini kerana
tiada had masa yang ditetapkan bagi lawatan galeri. Di sini terdedah dengan
ilmu sains dan teknologi.
Muzium Padi |
Muzium padi merupakan tempat kedua kami lawati di Alor
Setar. Muzium ini mempunyai 3 aras iaitu aras utama ialah sejarah penanaman
padi, aras kedua ialah galeri lukisan-lukisan yang menggambarkan
aktiviti-aktiviti penanaman pertanian bermula dari zaman purba hingga kini.
Ayah menceritakan pengalamannya ketika menuai padi pada zaman bujangnya dahulu
yang masih menggunakan kaedah tradisional. Kami meninjau aras utama iaitu koleksi
variati - variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti
anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba
pengalaman baru, belehlah belajar memekul (membanting) padi dan menumbuk padi
di sini. Untuk penggemar ikan, boleh jugamelihat alat-alat menangkap ikan yang
hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu, serta tankul disamping boleh
mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi. Kami
juga telah pergi ke tempat-tempat lain yang menarik di sekitar Alor Setar
seperti Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Kedah State Art Gallery dan Muzium
Kedah.
Sedapkah Laksa RM1 Kak Murni yang viral tu?
Pada waktu petang, kami berkesempatan makan petang di
gerai Kak Murni di Kampung Sungai Buaya, Nibong Tebal yang terkenal dengan
makanan yang berharga RM 1 seperti laksa, bihun sup dan kueh teow sup.
Pelanggan juga dapat memesan makanan dari RM1 sehingga RM5. Makanan RM2 pon
sudah kenyang kerana Kak Murni berkonsepkan utamakan kepuasan pelanggan
menikmati hidangan. Sambal pada bihun sup dan kuehteow sup sukar dijumpai
kerana keseimbangan kepedasan dan kemanisan yang cukup dan diterima tekak orang
melayu. Ais Kacang Kak Murni juga berharga RM1 dan ada juga untuk set keluarga
yang berharga RM4. Selalunya kami membeli ais kacang berharga RM1 kerana
kuantiti ais kacang RM1 sudah banyak. Gerai Kak Murni pernah diviral kerana
makanan yang murah dan RM1 sebagai harga tetap walaupun ada antara bahan mentah
terpaksa dibeli pada harga lebih mahal selepas GST dikuatkuasakan.
Pulau Langkawi, Kedah |
Tempat lain yang kami telah kunjungi di negeri Kedah
ialah Langkawi selama 4 hari 3 malam. Kami menempah tiket penerbangan Air Asia
dari lapangan terbang Pulau Pinang ke Langkawi dengan harga promosi sebanyak
RM39 seorang. Sebelum ke Langkawi, aku membuat tempahan kereta Alza untuk di
Langkawi kerana bilangan ahli keluargaku yang ramai sebanyak 7 orang. Tempahan
homestay yang berdekatan dengan Pantai Cenang dengan memiliki 3 bilik, 2 bilik
air dan ruang dalaman yang luas dan selesa untuk memasak dengan kelengkapan
dapur.
Beberapa tempat menarik yang kami telah lawati seperti
Langkawi Sky Bridge, Cable Car, Crocodile Adventureland, 3D Art, Pasar Malam
Temonyong, Makam Mahsuri dan Pulau Dayang Bunting. Terdapat aktiviti pada waktu
malam di Pantai Cenang seperti pertunjukkan unggun api. Aktiviti-aktiviti pada
waktu siang di Pantai Chenang seperti Banana boat, sukan pantai, mandi laut dan
juga aktiviti-aktiviti lain. Menikmati air kelapa muda yang segar di tepi
pantai sambil mendengarkan suara ombak sungguh indah dan santai.
No comments:
Post a Comment