Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 8, 2019

TANAH TINGGI CAMERON, TANAH YANG MENGHIJAU

Nama penulis: Norli Yana binti Rosli (A171883)


  
           Cameroon Highland juga merupakan tempat pelancongan yang sering kami kunjungi selama 3 hari 2 malam mahupun balik hari. Di sana, kami sering mengambil sarapan di gerai berhadapan Petronas atau Balai Bomba bersebelahan Masjid Kayangan Brinchang. Di sini sukar mencari sarapan
yang sedap pada awal pagi. Gerai ini ala-ala food truck dan menu utama pastinya nasi lemak. Ramai yang sarapan di gerai ini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum dan perlu beratur panjang. 




Big Red Strawberry Farm

             Big Red Stawberry Farm merupakan tempat makan petang kami sekeluarga. Wafel bersama krim dan stawberi merupakan gabungan yang seimbang apabila dinikmati. Tidak lupa juga salad sayuran kegemaranku sebagai hidangan setia. Salad di sini sangat segar. Anda dapat menikmati keindahan tanaman stawberi dan sayur-sayuran di Big Red Stawberrry Farm smabil menikmati hidangan.




            Pelbagai tempat yang kami telah kunjungi di sekitar Cameroon Highland seperti Cactus Point, Cameron Lavender Garden, Green View Garden, Laadang The boh, YZ Agro Farm, Cameron Valley House Tea1 and 2, Pasar Kea Farm, Rose and Orchid Garden, Taman Pertabalan Tanah Rata dan sebagainya. Ibuku sering memborong ubi keledek madu, jagung dan Cameroon Valley Tea setiap kali datang ke sini.
Sedapkah Mee Rebus Udang Gerai Parit 30 Kuala Kurau yang viral tu?




Kedai Lan Ban Pecah, Parit 30 Kuala Kurau


Aktiviti riadah di Ban Pecah, Kuala Piandang

             Kami sekeluarga telah berkesempatan ke Gerai Parit 30 di Perak yang terletak lebih kurang 29 km atau 38 minit perjalanan dari Nibong Tebal. Orang jauh sudah sampai ke sini macam Dato’ Malek Nor, takkan kami yang berjarang sepelaung ini tidak sampai ke sini.  Jalan selorong ke gerai ini ialah jalan tepian Ban Pecah dan perlu berhati-hati. Jalan masuk ke sini sedikit berlopak jika hujan dan berdebu ketika kering. Ramai yang datang akan memancing ikan Siakap di muara sungai di sini pada hunjung minggu. Makanan laut yang dihidangkan bersama mee sangat segar dan saiz yang besar. Sangat berpuas hati datang ke sini dengan harga yang berpatutan. Aku memesan 2 jenis hidangan iaitu mee rebus udang lipan dan ketam. Mee rebus ketam adalah menu baru bagi gerai ini. Terdapat juga kudapan lain di sekitar gerai ini seperti western food, ice blend, ais kacang, dan makanan melayu yang lain. Pada waktu petang, selorong Ban Pecah akan dipenuhi dengan pelbagai jenis motorsikal yang tersusun rapi. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sekitar ban pecah seperti memancing, bersantai, mandi bermain layang-layang dan wau dan sebagainya. Di Samping itu, terdapat tempat menarik di Perak yang telah kami kunjungi seperti Zoo Taiping & Night Safari, Kellie Castle , Pulau Pangkor, Ban Pecah dan Disiniland Agrofarm & Resort. Mee udang, ketam dan udang lipan adalah makanan utama apabila menikmati pantai di Ban Pecah.
 Tambahan lagi, kami sekeluarga juga telah bercuti di dalam negara seperti Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Kelantan, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Genting Highland, Pahang. Semua negeri di Malaysia yang telah kami sekeluarga lawati amat disyorkan sebagai lokasi percutian yang memberi kenangan yang indah. Di samping itu, pelbagai produk pelancongan yang ditawarkan seperti keindahan pemandangan alam sekitar, keunikan pelbagai jenis makanan, sejarah, kraf tangan dan lain-lain yang dapat diperoleh ketika melancong.






No comments:

Post a Comment