Pada
tahun 2018, saya bersama keluarga berpeluang ke Aceh, Indonesia. Sebelum
berangkat ke Aceh, kami membeli tiket sebulan sebelum hari kejadian kerana
tiket penerbangan lebih murah sekiranya membuat pembelian lebih awal. Selain itu,
kami juga berbincang tarikh yang paling sesuai untuk bercuti di Aceh kerana
kami adik beradik cuti tidak sama antara satu sama yang lain disebabkan kami
masing-masing belajar di universiti yang berlainan. Setelah membuat keputusan
yang sama, abang saya menguruskan untuk membelikan tiket kami secara online.
Kami mengemas barang keperluan dan membawa barang yang sedikit sahaja kerana
tujuan kami ke sana untuk membeli belah di Banda Aceh kerana harga barang di
sana sangat berpatutan. Kami berangkat dari rumah ke KLIA, awal 4 jam dari masa
pelepasan kerana kami tidak mahu ketinggalan penerbangan dan siap sedia lebih
awal di KLIA tersebut. Kami isi perut dahulu sebelum menaiki kapal terbang.
Apabila memasuki kapal terbang, saya dapat kedudukan di sebelah tingkap. Saya
menikmati setiap pemandangan dari atas. Perjalanan kami dari Malaysia ke Aceh
lebih kurang 2 jam perjalanan. Setelah tiba di Sultan Iskandar Muda Airport
Aceh, kami disambut baik oleh rakan kerja ayah yang bernama Pak Dodi. Pak Dodi
bersama rakan-rakannya meraikan kehadiran kami sekeluarga dengan sangat baik.Ketibaan kami di Sultan Iskandar Muda Airport, Aceh. |
Pak
Dodi bersama rakan-rakannya membantu kami mengangkat bag ke dalam kereta
mereka. Seterusnya, mereka terus bawa kami ke sebuah restoran untuk makan
sambil berbual bersama mereka. Rasa makanan di Aceh seakan-akan makanan di
Malaysia Cuma ada beberapa juadah yang kami disuruh cuba untuk merasa keunikan
makanan dari Aceh. Ketika itu saya makan soto Aceh. Makanan di Aceh kebanyakan
rempahnya rasa manis. Kami menikmati juadah itu sambil berbual bersama rakan
ayah. Mereka sangat baik dan peramah. Kami juga menukar hidnagan supaya
masing-masing dapat merasa makanan tersebut. Seterusnya, kami sambung
perjalanan kami ke destinasi seterusnya, sepanjang perjalanan saya di dalam
kereta itu, saya berkesempatan melihat
tinggalan sejarah peristiwa pahit di mana pada Disember 2004 telah berlaku
tsunami besar Aceh yang meragut lebih 260,000 ribu nyawa. Pak Dodi menceritakan
sejarah dan kisah yang berlaku semasa tsunami itu kepada kami apabila kami lalu
di tempat kejadian. Kesan daripada bencana tersebut telah memberi kesan yang
sangat mendalam kepada saya dan keluarga kerana kami berasa amat bersyukur atas
nikmat yang Allah kurniakan pada kami. Selain itu, kenangan manis saya di Aceh
adalah saya dapat menemu ramah seorang mangsa tsunami dan dia telah menunjukkan
tempat- tempat di mana mangsa tersebut menyelamatkan diri apabila ditimpa
tsunami. Kisah mangsa tersebut sangat menyentuh hati saya dan keluarga. Dia
kehilangan isteri serta keluarganya kerana gagal menyelamatkan mereka. Dia
menceritakan bagaimana saat dia menyelamatkan diri dalam suasana yang sangat
dasyat itu.
Seterusnya,
kami di bawa ke Gampong Lapulo iaitu dikenali sebagai “Kapal Memancing Di Atas
Rumah”. Setibanya kami di Kampung Gampong Lampulo, saya sangat terkejut apabila
melihat sebuah kapal yang besar telah mendarat di atas bumbung sebuah rumah
yang telah rosak disebabkan tsunami. Bunyinya sangat pelik tetapi itulah
kenyataannya kerana ia adalah kesan yang sangat tragis berlaku pada waktu
tsunami tersebut. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana peristiwa tsunami itu
terjadi. Penduduk di sekitar Kampung Lampulo itu menceritakan kisah tsunami
yang berlaku pada waktu itu. Kapal tersebut telah dihanyutkan dan mendarat di
atas sebuah rumah dan kekal di atas rumah sampai sekarang apabila bencana air
semakin surut. Saya menangis apabila mendengar kisah penduduk di kampong itu
kerana saya dapat bayangkan perasaan mereka yang tidak dapat menyelamatkan
keluarga serta rumah mereka kerana masing-masing hendak menyelamatkan diri
sendiri. Kami sekeluarga berpeluang masuk ke dalam rumah tersebut. Saya melihat
senarai nama mangsa-mangsa tsunami yang tidak dapat diselamatkan. Kami
sekeluarga sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa-mangsa tersebut. Kebanyakan
rumah penduduk di situ hancur tetapi sekarang sudah dibaiki kembali.
Bergambar bersama Bunda Esti |
Saya berdiri di hadapan kapal atas rumah |
Seterusnya,
pada waktu petang, kami berpeluang menunaikan solat zuhur di Masjid Raya
Baiturrahman. Perasaan saya apabila menjejaki di masjid tersebut adalah, saya
rasa sangat tenang dan berasa seolah-olah berada di Madinah kerana mempunyai
payung yang besar. Selain itu, etika ketika memasuki kawasan masjid, tidak
boleh memakai pakaian menjolok mata dan pakaian hendaklah bersih. Pada ketika
itu, saya ditegur oleh seorang polis yang menjaga masjid itu kerana saya
memakai seluar jeans dan polis itu menyuruh saya memakai kain yang telah
disediakan. Perasaan saya ketika itu malu apabila ditegur tetapi saya terus
mengambil kain tersebut untuk masuk ke dalam masjid itu. Di Aceh, mereka sangat
menekatkan syariah islam yang sangat tinggi. Kebanyakkan perempuan di sini
memakai tudung yang labuh. Masjid Baiturrahman ini sangat besar, cantik dan
bangunan serta hiasannya sangat unik. Saya terpegun melihat masjid ini. Ramai
pelancong luar datang melawat ke masjid ini. Selain itu, Masjid ini juga
mempunyai kisah luar biasa ketika berlakunya tsunami kerana Masjid ini tidak
terjejas walaupun sedikit ketika keadaan tsunami ynag dasyat itu berlaku di
Banda Aceh. Perasaan saya ketika mendengar kisah itu, saya istighfar dalam diri
dan terfikir tentang hebatnya kuasa Tuhan dan buktinya kekuasaan Allah yang
terbukti ditunjukkan melalui kisah ni. Perasaan saya tidak dapat digambarkan
apabila dapat menunaikan solat di dalam masjid yang sangat cantik ini.
Bersama Bunda Yusra |
Bergambar di Masjid Baiturrahamn |
Destinasi
kami seterusnya adalah di Muzium Tsunami Banda Aceh. Reka bentuk bangunan
muzium tersebut sangat menarik kerana ia berbentuk seperti ombak dan dibina
sebagai bangunan kalis gempa bumi yang akan menjadi tempat perlindungan
penduduk Aceh sekiranya tsunami berlaku lagi. Kami ke kaunter bayaran sebelum
memasuki muzium tersebut. Apabila saya dan keluarga memasuki muzium ini,
tercetus rasa keinsafan dalam diri apabila melihat seolah-olah peristiwa
tsunami tersebut berada di depan mata kami. Terdapat banyak replika
menggambarkan kemusnahan ketika tsunami tersebut berlaku dan peninggalan yang
musnah juga banyak dipamerkan disini. Saya mengambil gambar setiap peninggalan
tersebut sebagai kenangan saya dan ingin menunjukkan kepada rakan-rakan saya.
Saya melihat replika serta penerangan pada setiap sudut yang menggambarkan
kemusnahan yang berlaku semasa kejadian tsunami yang meragut banyak nyawa.
Sesetengah replika tersebut adalah replika betul yang telah rosak sewaktu hari
kejadian. Saya tidak berhenti bersyukur atas nikmat yang Tuhan kurniakan kepada
saya sekarang. Kenangan di dalam muzium tsunami ini memberi saya kesedaran
dalam hidup saya.
Bergambar di hadapan Muzium Tsunami |
Seterusnya,
kami terus pulang ke Hotel kami yang sudah ditempah awal oleh Pak Dodi.
Hotelnya tidak jauh dari tempat Muzium Tsunami tersebut, lebih kurang mengambil
masa dalam beberapa minit sahaja. Hotel kami pada waktu itu adalah Hotel Hip
Hop. Kami mengeluarkan barang-barang keperluan kami dan berehat seketika. Pada
waktu petang pula, kami berkesempatan pergi ke Ulee Lheue yang dipandu oleh Pak
Dodi dan rakan-rakannya. Mereka melayan kami sangat baik. Setiap destinasi
seperti biasa, mempunyai kisah tersendiri dan saya mendengar kisah tersebut
yang disampaikan oleh rakan Pak Dodi. Di tempat ini, adalah taman eletrik
terapung seberat 780 tan untuk mengatasi kekurangan bekalan eletrik. Sekitar
tempat tersebut terdapat jualan makanan dan kami mengambil peluang itu untuk
makan bersama dan menikmati waktu senja di situ. Saya sekeluarga membeli
makanan ringan sahaja untuk merasa makanan di sana. Kami perlu beredar di
tempat itu sebelum maghrib kerana di Aceh mereka akan tutup kedai dan akan
memastikan tiada orang sekitar tempat tersebut pada waktu maghrib, mereka
sangat menekankan waktu solat. Saya sangat tertarik dengan konsep ini kerana ia
akan mengelakkan berlakunya maksiat pada waktu senja dan menggalakkan semua
orang solat pada awal waktu. Kami tidak mengambil masa yang panjang untuk
berada di sana kerana masa mencemburui kami. Kenangan di sini saya tidak dapat
lupakan apabila kami kami bersama-sama sambil menikmati keindahan tasik yang
penuh dengan sejarah tsunami sambil mendengar kisah-kisah yang tragis berlaku
sewaktu hari kejadian.
menikmati juadah ringan sambil mendengar kisah tsunami |
Seterusnya,
kami pulang dan berehat di hotel. Keesokan harinya ibu dan ayah saya di bawa ke
tempat beli belah manakala saya adik beradik di bawa ke tempat berlainan. Kami
ke Rumah Pahlawan Wanita, Cut Nyak Dhien. Rumah tersebut seolah- olah rumah
panjang dan masuk adalah percuma. Apabila memasuki di rumah tersebut, saya
melihat banyak potret dan gambar serta penerangan tentang keluarga serta asal
usul Cut Nyak Dhien. Kisahnya, memberi inspirasi kepada saya kerana Cut Nyak
Dhien adalah pejuang kebebasan wanita yang paling terkenal di Indonesia. Saya
mengambil setiap gambar di dalam muzium itu sebagai kenangan dan bukti saya
pernah jejak kaki disini. Kami diberi penerangan yang sangat baik oleh pengawal
rumah tersebut. Saya dapat melihat ruang makan, ruang bilik dan setiap sudut
kelengkapan rumah Cut Nyak Dhien ini. Sangat unik dan traditional dari rekaan
berbentuk keunikan asli dari Aceh.
Bergambar di Rumah Cut Nyak Dhien |
di dalam kamar tidur Cut Nyak Dhien
|
Seterusnya,
ibu dan ayah saya ke Pulau dan kami juga bertemu di tempat yang sama iaitu kami singgah di Wisata Pantai Lampuk Aceh.
Keindahannya dan suasana nya sangat tenang. Keadaan di tempat itu sangat cantik
dan pasir pantai sangat bersih kerana mereka menjaga dengan baik serta air
lautnya sangat indah, biru menyegarkan. Masih segar dalam ingatan saya keadaan
pantai di sana. Saya sangat gembira melihat suasana di situ. Setiap sudut, mereka
akan hiaskan tempat itu dan kepada mereka yang ingin mengambil gambar, perlu
bayar terlebih dahulu. Selepas mengambil gambar, saya dan keluarga kelaparan
dan kami duduk di pondok restoran itu dan order makanan di sana. Kami menikmati
juadah kami dengan sangat tenang sambil memandang kearah pantai, angin yang
begitu kuat. Saya sangat seronok kerana saya dapat meluangkan masa bersama
keluarga dalam keadaan begini kerana sambil makan, kami akan bercerita dan
meluangkan masa bersama. Ini adalah kenangan yang paling manis bagi saya kerana
saya sangat bersyukur dikurniakan keluarga yang dapat mencuri masa mereka untuk
meluangkan masa bersama keluarga tercinta walaupun ayah dan ibu saya seorang
yang kerja keras tetapi mereka masih ada masa yang dikongsikan bersama kami.
Keesokan
harinya, sebelum kami ke Airport Aceh, Pak Dodi membawa kami ke majlis
perkahwinan sedaranya. Saya dapat mengalaman yang sangat indah dan melihat
budaya Aceh dalam majlis perkahwinan tersebut. Hiasan pelamin yang sangat
cantik dan menujukkan keunikan asli budaya Aceh. Majlis mereka sangat meriah
dan budaya di Aceh berbeza dengan cara kita dalam majlis perkahwinan. Walaupun
kami tidak dapat meluangkan masa di majlis tersebut kerana hendak ke Airport
tetapi kenangan itu masih segar dalam ingatan saya. Saya mengambil kesempatan
untuk mengambil gambar bersama pengantin tersebut. Seterusnya, kami terus ke
Airport dan perasaan saya ketika itu sangat sedih kerana perlu meninggalkan
Banda Aceh. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Aceh tetapi kami
tidak berpeluang untuk ke tempat tersebut kerana masa mencemburui kami. Saya
berharap agar suatu hari nanti saya dapat ke tempat tersebut. Saya sangat
gembira dengan layanan mereka terhadap saya dan keluarga. Nilai
yang saya sekeluarga boleh dapat apabila melawat Banda Aceh adalah sesuatu
pengajaran yang besar dalam kehidupan kami tentang kerapuhan dunia ini.
No comments:
Post a Comment