Pada
tahun 2005, ketika itu umur saya 8 tahun, saya dan keluarga bercuti di Cameron
Highland. Sebelum perjalanan kami ke tempat percutian tersebut, ibu saya mengemaskan barang-
barang keperluan dan baju kami adik beradik. Ibu saya membawa banyak baju tebal
untuk ke sana. Saya sekeluarga menaiki kereta yang dipandu oleh ayah saya. Seperti
kebiasaan, kami akan mulakan perjalanan dengan membaca doa ketika dalam
kenderaan yang diketuai oleh abang saya. Sewaktu
dalam perjalanan ke Cameron,
kepala saya sangat pening kerana jalan tidak lurus dan telinga saya tidak
kedengaran. Ibu saya memberi minyak panas suapaya dapat melegakan kepala saya. Ayah saya berhenti seketika untuk melegakan
keadaan kerana saya terasa hendak muntah ketika itu. Kami berhenti beberapa
kali kerana adik saya menangis. Setelah
tiba di Cameron, cuaca di sana sangat sejuk dan keseronokan dirasai oleh kami
adik beradik yang teruja dengan tempat- tempat yang sejuk dan nyaman sepert
ini. Pada malam tersebut, kami ke Pasar malam Pekan Brinchang. Suasana di Pasar
itu sangat bising dan menjual pelbagai makanan serta sayur, buah dan tanaman
segar. Saya berasa tenang kerana pasar malam di sini sangat sejuk dan
penjualnya sangat harmoni.Di pasar ini, terdapat banyak buah-buah yang sangat
segar dan manis. Kami membeli banyak buah-buahan di situ kerana harganya
berpatutan dan sangat segar. Saya seakan
akan ingin membeli kesemua barang yang dijual. Ayah saya membeli jangung panas
di pasar tersebut. Kami kongsi jagung tersebut dan terasa nikmatnya apabila
makan jagung segar yang manis dalam suasana yang sejuk. Manakala ibu saya pulak
sedang membelek pokok-pokok bunga yang segar di pasar itu. Kami adik beradik tidak
boleh duduk diam dan adik saya menangis kerana hendak membeli mainan di pasar
malam tersebut. Ibu saya membelikan permainan tersebut supaya adik saya
berhenti menangis. Selain itu, saya pula teruja melihat seorang penjual yang
sedang demo kan barang yang sangat unik iaitu patung yang boleh tumbuh daun.
Saya memujuk ayah untuk membelinya. Akhirnya, saya dapat membeli barang
tersebut dan saya sangat gembira serta terharu kerana ayah menunaikan
permintaan saya ketika itu. Itu adalah kenangan terindah saya ketika di Cameron.
Selepas selesai membeli barang di pasar tersebut, kami pulang ke hotel dan
berehat.Saya dan abang sedang memerhati barang yang dijual di Pasar Malam tersebut |
Keesokan
harinya pula, kami terus mengemas barang- barang keperluan kami kerana kami
terus keluar dari hotel sebelum ke destinasi seterusnya. Seterusnya, kami
melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di Cameron.
Pemandangan di Cameron waktu pagi sangat menarik dan cuacanya sangat sejuk.
Kami adik beradik mandi kesejukan serta menggigil kertika mandi pagi tersebut
sebelum kami bertolak ke destinasi seterusnya. Kami sangat teruja hendak ke
destinasi seterusnya. Ayah bawa kami ke ladang teh untuk dilawati, ladang teh
tersebut terletak sebelum sampai ke Tanah Rata. Pengalaman di ladang teh Bharat
ini memberi pengalaman yang berbeza buat saya kerana saya rasa sangat tenang
melihat kehijauan ladang tersebut.Terdapat kedai teh dan kafe di Ladang Teh
Bharat tersebut. Kami sekeluarga mengambil peluang untuk merasa keunikan teh
segar yang mempunyai pelbagai jenis perisa buah seperti manga, strawberi dan
sebagainya. Air yang disediakan adalah air panas yang hangat. Kami juga membeli
“scone” bersama jam beri. Pada ketika itu, saya pertama kali makan ‘scone’ yang
disuap oleh ibu saya. Ia sangat sedap apabila dimakan bersama jem straberi.
Kelazatan itu saya masih ingat sampai sekarang. Harga makanan dan minuman di
kafe itu agak mahal tetapi kenangan serta kenikmatan berada di atas kafe itu
sambil melihat pemandangan ladang teh itu akan sangat berbaloi. Kenikmatan
minum air panas dan melihat permandangan yang sangat indah dan kesejukan yang
dirasai ketika itu adalah kenangan manis saya ketika di Cameron. Kami
sekeluarga mengambil gambar di ladang sebagai tanda kenangan kami di sini.
Suasana tersebut masih segar dalam ingatan saya pada masa sekarang. Suasana
tenang tersebut membuatkan saya hendak ke sana pada masa yang akan datang.
Selain
itu, kami teruskan destinasi kami ke Big Red Strawberry Farm, ini adalah antara
ladang strawaberi yang paling besar di Cameron. Selain itu, masuk adalah
percuma. Saya dapat pengalaman yang sangat bermakna kerana dapat merasa memetik
buat yang segar dan sangat merah di situ. Selain itu, pelbagai jualan
berinovasikan strawberi yang dijual di situ, sebagai contoh jem, aiskrim, strawberi
kering dan sebagainya. Kami tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar di
ladang Strawberi tersebut. Tambahan pula, ibu saya membeli beberapa cenderamata
untuk dibawa pulang sebagai kenangan di Big Red Strawberry Farm ini.
Seterusnya, kami berangkat pulang ke rumah. Perasaan kertika
itu sangat sedih. Saya berharap saya dapat berpeluang bercuti ke sana lagi
kerana saya sangat suka melihat suasana di Cameron Highland. Udaranya yang
sejuk dan nyaman. Saya berasa sangat tenang ketika bercuti di Cameron. Kenangan
manis saya di Cameron adalah ketika kami berkongsi makan jagung yang hangat
bersama keluarga di Pasar malam. Seterusnya, kenangan yang tidak boleh
dilupakan adalah ketika kami menikmati juadah ringan iaitu teh segar sambil
menikmati keindahan kehijauan ladang teh bersama keluarga saya. Kenangan ini
saya tidak akan lupa dan masih segar dalam ingatan saya. Syukur Alhamdulillah
kerana diberi peluang untuk merasa nikmat yang indah ini bersama keluarga yang
tercinta. Keluarga yang bercuti di Cameron ini, perlu membawa baju yang tebal
dan perlu sentiasa membawa minyak angin untuk kes-kes emergency. Tempat di
Cameron ini sangat tenang dan sesuai untuk membawa anak bercuti dan meluang
masa bersama mereka.
No comments:
Post a Comment