Monday, December 23, 2019
Tuesday, December 3, 2019
HAT YAI, THAILAND
Nama penulis: Muhammad Wisno Bin Amiruddin (A156505)
Hatyai (Thailand) adalah merupakan salah satu tempat
wisata yang menarik di asia tenggara khususnya, ramai dari pelancong yang
berasal dari Indonesia mahupun malaysia sangat meminati tempat kunjungan
tersebut. Oleh kerana Hatyai sangat di kenali dengan tempat wisata yang banyak
dengan tradisi makanan yang menarik serta pantai yang cukup lumayan indah dan
ini gambar kami pada hari pertama semasa melawat di Hatyai floating market.
NEGARA PULAU SINGAPURA
Nama penulis: Muhammad Wisno Bin Amiruddin (A156505)
Kerana saya tidak mendapati gambar-gambar semasa kecil
saya bersama keluarga, saya akan menceritakan pengalaman melancong saya ketika
saya menjadi pemandu wisata bersama tetamu saya yang berasal daripada Indonesia
selama 2 hari 1 malam. Pertama saya akan menceritakan pengalaman saya pada hari
pertama setelah melewati check point di singapura. Gambar berikut ini merupakan
gambar ketika kami berada di persekitaran Merlion Park. Pada waktu itu jam
menunjukkan lebih kurang pukul 9.00 AM.
Thursday, November 21, 2019
Monday, November 18, 2019
Sunday, November 17, 2019
Friday, November 15, 2019
CUTI SEKOLAH 2019 DATANG LAGI
Setiap tahun, cuti sekolah pada hujung tahun sering ditunggu. Mahu bercuti bersama keluarga di mana ya. Tentunya ada ibubapa yang bertanya pada anak-anak sama ada kak Long or adik atau semua. Pilihan kepada ibubapa tentu bersandarkan beberapa pertimbangan.
Apa ya? Adakah pertimbangan ini?
- Pilihan destinasi atau pengalaman pada seisi keluarga
- Tempat yang menjadi idaman semua keluarga
- Harga dan perbelanjaan
- Bercuti sambil berziarah
- Perancangan ahli keluarga yang lain
- Family day
Apapun pilihannya, coretan percutian keluarga untuk dikongsi bersama keluarga wajar dijadikan amalan. Boleh melatih refleksi anak-anak dengan cara yang menarik. Enjoy sharing moment bersama...ha mana tahu jadi pula assignment nanti>
Thursday, November 14, 2019
Tuesday, November 12, 2019
Percutian ke Sabah,Kundasang-Pekan Nabalu-Kota Kinabalu by biskuttiger
Hi guys. Korang mesti dah bosan, asal rasa nak rasa sejuk-sejuk je mesti pergi Cameron Highland. Apa kata lepasni kita pergi Kundasang Sabah pulak. So untuk hari ni admin ada satu blog yang sangat menarik. Blogger ni ceritakan dengan detail dari perancangan,bajet dan tempat yang di pergi. Jadi mana yang plan nak pergi ke Kundasang,Pekan Nabalu dan Kota Kinabalu mari lah kita bersama-sama berganding bahu dan baca blog ni....hehehehehehehhehehe
Monday, November 11, 2019
Percutian ke Hatyai by syilingperingatan
Hi semua. So kalini admin ada cadangan untuk mereka yang teringin nak pergi Hatyai tapi takut pergi secara bagpacking. Sebenarnya tak ada beza pon kalau kita nak bercuti ke Hatyai melalui pakej atau secara sendiri. Tapi mungkin untuk kali pertama, lebih elok untung kita menggunakan pakej pelancongan yang ada. So tak ada lah kita terpinga-pinga atau buntu semasa di Hatyai nanti. Jadi baiknya jika kita belajar dahulu. Mungkin kosnya akan meningkat, tapi cara ni sebenarnya lebih selamat. Jadi pada mereka yang nak ke Hatyai dengan pakej pelancongan,bolehlah baca blog ni dan lihat sendiri tempat-tempat yang blogger ni pergi.
PART 1
PART 2
PART 3
Percutian mewah ke Bali by traveljunkiemum
Betul ke Bali tu khusus untuk percutian bersama pasangan je? Untuk perkongsian blog kali ni, admin ada jumpa satu blog yang menarik. Blogger ni berkongsi tentang pengalaman dan tips percutian mewah ke Bali bersama keluarga dengan kos yang rendah. Haaaa, jomlah kita baca blog ni dan ambil tips yang diberi untuk next holiday trip kita. Ayuh ayuh!!
Sunday, November 10, 2019
Superstar Gemini Cruise By Kekwa
Family Vacation at Cherating,Pahang by The 8th Voyager
Thursday, November 7, 2019
Family Vacation Decision Making Process
According to Baletić (1995), family is a basic social unit based on a joint life of close relatives, usually parents and their children. From the side of tourism market, families as a target segment have their own roles that differentiate them from other market segments.
Wednesday, November 6, 2019
Why Family Vacations are Good for Children
Monday, November 4, 2019
Thursday, October 31, 2019
CUTBAITY HOLIDAY, PULAU LANGKAWI PULAU LAGENDA, PEACE & ENJOY!
by : SHARIFAH CUT NURBAITY BINTI SAID NASIR (A170333)
Wednesday, October 30, 2019
TIPS BERCUTI DI PULAU PERHATIAN
Tips
bercuti di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian terletak di Terengganu dan ia
merupakan salah satu daripada tiga buah pulau yang sering menjadi tumpuan
pelancong selain dari Pulau Redang dan Pulau Kapas. Percutian ke Pulau
Perhentian ini sangat sesuai tanpa mengira ia adalah percutian bersama
keluarga, rakan-rakan ataupun bagi mereka yang datang untuk berbulan madu.
Masa
paling sesuai untuk bercuti di Pulau Perhentian
- Kebanyakan resort di sekitar kawasan pantai timur tidak akan beroperasi dari bulan November sehingga Februari atau Mac kerana merek sedang dilanda musim tengkujuh.
- Musim paling terbaik untuk ke Pulau Perhentian ialah pada bulan April-September.
- Sesetengah resort akan menurunkan harga bilik sebaik sahaja memasuki bulan Oktober.
Snorkeling.
- Lebih baik berurusan sebelum ke Pulau Perhentian untuk mendapatkan pakej snorkeling yang menarik daripada ejen-ejen yang bekerja disana.
- Ejen juga boleh dicari sewaktu di Pulau Perhentian sekiranya tidak menjumpainya sebelum percutian. Disana, anda akan berjumpa papan tanda operator-operator yang menawarkan pakej snorkeling dan scuba-diving.
- No telefon ejen atau operator ini juga boleh didapati di pantai-pantai utama atau daripada pihak resort atau chalet.
Scuba-Diving.
- Terdapat banyak operator yang boleh membantu menguruskan aktiviti ini. Selain itu, pelancong juga boleh mendapatkan lesen PADI ( Professional Association Diving Instructors ) disini.
- Lesen PADI ini pelancong boleh cek dengan pihak resort, tetpi kebiasannya para pelancong telah mengetahui resort mana yang menyediakan aktiviti scuba-diving yang bagus.
- Kasut :
- Pakai kasut yang bersesuaian. Selipar juga amat penting terutama bila berjalan di pantai kerana kadang-kadang di pesisir pantai terdapat serpihan kaca.
- Untuk lebih mudah, pengunaan selipar amat digalakkan berbanding kasut.
2. Beg :
- Digalakkan untuk menggunakan beg bergalas berbanding beg beroda.
- Memudahkan pergerakan di pantai dan semasa menukar bot atau menaiki feri.
- Lebih mudah, beg galas atau backpack.
3. Air mineral :
- Digalakkan untuk membawa stok air mineral yang banyak memandangkan kadang-kadang harga makanan dan minuman agak mahal di kawasan pulau-pulau.
- Oleh kerana cuaca di pulau agak panas, kita akan merasa cepat dahaga terutamanya selepas aktiviti di laut atau tertelan air masin semasa aktiviti. Untuk mengelakkan dehidrasi, kita perlulah minum air mineral dengan kuantiti yang banyak.
4. Powerbank
- Disarankan untuk membawanya kerana terdapat sesetengah chalet atau resort yang tidak menyediakan tenaga elektrik sepanjang 24 jam
5. Multiple Socket
- Di sana, plug atau suis di setiap bilik agak terhad, tambahan pula dengan penyediaan tenaga eletrik yang bukan 24 jam. Penggunaan multiple socket sangat membantu untuk caj telefon atau powerbank pada waktu yang serentak.
6. Kipas kecil
- Digalakkan juga untuk membawanya terutama sekali bersaiz kecil yang menggunakan USB dan boleh disambungkan pada telefon, ia boleh dgunakan pada waktu malam yang agak panas.
7. Torchlight
- Boleh digunakan pada masa-masa bekalan elektrik diputuskan atau pada waktu-waktu kecemasan kerana kita tidak menjangkakan apa yang boleh berlaku.
by: Norhayati (A170133)
“ Pulau Pinang, Pulau Mutiara"
Tips
melancong ke Pulau Pinang
1.
Ketahui tempat-tempat yang menarik
di Pulau Pinang.
Perkara pertama yang perlu dibuat oleh seorang
pelancong untuk melancong ke suatu tempat adalah dengan mengenalpasti
tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi sewaktu di tempat pelancongan. Tips paling penting, pelancong haruslah membuat penyelidikan terlebih dahulu
untuk ke suatu tempat pelancongan untu mengetahui tempat-tempat menarik untuk
dikunjungi. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Pulau
Pinang ialah Padang Kota Lama, Bukit Bendera, Batu Feringghi, Escape Penang,
Sky walk dan banyak lagi pantai yang menarik.
2.
Pilih tempat penginapan yang
strategik.
Penginapan bukan satu masalah apabila melancong di Pulau Pinang terutamanya dikawasan bandar atau kawasan pelancongan. Hal ini bukan sahaja dapat jimatkan masa anda untuk bergerak ke satu tempat yang lain, malah dapat juga jimatkan kos untuk pengangkutan. Georgetown dan Batu
Feringghi selalunya menjadi pilihan utama pelancong untuk dikunjungi kerana kawasan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik serta kemudahan untuk mendapatkan tempat
penginapan
.
3.
Perancangan awal
perjalanan sepanjang percutian.
Perancangan awal perjalanan juga merupakan antara
perkara terpenting yang perlu dilakukan sebelum melancongi ke suatu destinasi. Perancangan
awal itu adalah wajib, hal ini kerana dengan perancangan awal ini seseorang
dapat membuat persiapan dengan lebih awal antaranya seperti tempahan untuk
tempat penginapan, tempahan suatu tempat dan penyusunan jadual semasa di
destinasi. Contohnya, permulaan destinasi anda melancong di Pulau Pinang adalah
di Padang Kota Lama, seterusnya pergerakan ke Bukit Bendera.
4.
Kenali jenis pengangkutan awam yang terdapat di destinasi pelancongan.
Pulau Pinang juga
terkenal dengan sistem pengangkutan awan yang efisien. Antara pengangkutan yang
terdapat di Pulau Pinang ialah bas RAPID, feri dan beca. Terdapat dua cara
untuk ke bahagian pulau antaranya menggunakan kereta dan pengangkutan feri ke
pulau, pengangkutan feri ini sering digunakan oleh orang awam untuk mengelakkan
kesesakan diatas jambatan terutamanya sewaktu pergi dan balik kerja.
5.
Fahami jalan disekitar Pulau Pinang.
Kelancaran
semasa perjalanan juga haruslah dititik beratkan semasa melancong. Perjalanan semasa melancong akan lebih lancar kalau perancangan
awal untuk mengetahui jalan dan tempat di Pulau Pinang. Contohnya, paling kurang seseorang haruslah tahu kedudukan
Batu Ferringhi dalam Pulau Pinang, Georgetown arah timur, Bayan Lepas arah selatan dan Balik Pulau arah barat pulau manakala
Seberang Perai pula dekat mainland. Hal ini akan memastikan kelancaran perjalanan anda semasa melancong.
by: Adib Azmi (A170610)
Tips ke pulau pangkor antara pulau yng wajib pergi!
Tips ke pulau pangkor antara pulau yng wajib
pergi!
Tips
bercuti di Pulau Pangkor. Pulau
Pangkor ada tarikan lain yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Walaupun pulau
ini kecil, ia tetap memiliki sejarahnya yang tersendiri serta unik.
Jika anda seorang yang
mengimpikan satu percutian ala perkampungan nelayan yang mendamaikan, maka
pilihan destinasi cuti di Pulau Pangkor adalah yang sangat sesuai. Pulau
Pangkor adalah destinasi popular di negeri Perak. Malah, ia menjadi pilihan
utama untuk percutian bajet terutama untuk pelancong tempatan.
Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari barat daya bandaraya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut. Untuk ke Pulau Pangkor, anda perlu berada di Lumut terlebih dahulu.
Untuk ke Lumut, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak kemudahan awam yang menuju ke sana, seperti bas dan teksi. Untuk perkhidmatan bas, terdapat tidak kurang dari 10 buah syarikat bas yang beroperasi ke sini. Ia dari seluruh Semenanjung Malaysia.
·
Dari Kuala Lumpur : 252
km
·
Dari KLIA : 298 km
·
Dari Pulau Pinang : 262
km
·
Dari Ipoh : 85 km
Dari stesen bas Lumut,
anda hanya perlu jalan kaki ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Buat mereka
yang berkenderaan sendiri, anda mempunyai pilihan samada menggunakan perkhidmatan
feri di Jeti Lumut atau Jeti Marina Island.
Naik
Feri Ke Pulau Pangkor
Bagi anda yang mahu ke
Pulau Pangkor, ada dua perkhidmatan feri utama disediakan. Pertama ialah
menerusi Jeti Lumut, dan keduanya menerusi Jeti Marina Island. Pulau Pangkor
juga boleh dikunjungi menerusi udara. Ada lapangan terbang kecil di Pulau
Pangkor, yang selalunya digunakan oleh syarikat penerbangan 'peribadi'
Tiket feri di kedua-dua jeti berharga RM10 bagi dewasa untuk pergi dan balik manakala kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun hanya RM5. Perkhidmatan feri dari Jeti Marina Island mengambil masa 10 minit perjalanan manakala di Jeti Lumut selama 45 minit.
Tips
Untuk Bercuti Di Pulau Pangkor
Di Pangkor pengunjung
akan disambut deretan teksi merah jambu yang cukup sinonim dengan pulau
peranginan ini yang sedia membawa pelancong ke seluruh pulau, malah pengunjung
boleh menyewa motosikal dan kereta dengan harga berpatutan.
Namun begitu, berdasarkan kepada pengalaman saya beberapa kali bercuti di Pulau Pangkor, saya lebih syorkan anda untuk ambil pakej sewaan teksi van merah jambu untuk 'meronda' keseluruhan pulau ini. Jika anda tetap mahu menyewa kereta atau motorsikal pandu dan bawa sendiri, elok anda periksa keadaan kereta dan motor terlebih dahulu.
Pernah berlaku di mana ada pelancong terpaksa menggunakan lampu suluh untuk menyuluh jalan waktu malam kerana lampu kenderaan dan motorsikal tidak berfungsi dengan baik. Malah, banyak sekali kejadian di mana pelancong perlu menyorong motorsikal kerana meter minyak rosak - tanpa sedar bahawa motorsikal sudah kehabisan petrol.
Pulau Pangkor dan
sekitarnya ada beberapa pantai yang menarik. Keindahan pantainya pasti mencuri
tumpuan pencinta alam yang menginginkan suasana santai.
Antara yang menjadi
tarikan pelancong ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah, Teluk Ketapang,
Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi kerana bersih, indah dan tenang. Ada
sebahagian dari pantai ini diselenggara secara rapi oleh pihak pengurusan hotel
dan resort yang ada di situ, terutamanya Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi
atau juga dikenali sebagai Pantai Emas.
Untuk mereka yang mahukan pantai yang lebih eksklusif, boleh ke Pangkor Laut untuk menikmati keindahan Emerald Beach yang sering menjadi sebutan pelancong asing.
Selain untuk bermandi-manda dan bermain ombak, pantai-pantai di Pulau Pangkor juga menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah, menyelam dan memancing selain menaiki bot pisang, melihat matahari terbenam, menarik pukat bersama tekong, bermain bola tampar dan bola sepak pantai.
Untuk mereka yang mahukan pantai yang lebih eksklusif, boleh ke Pangkor Laut untuk menikmati keindahan Emerald Beach yang sering menjadi sebutan pelancong asing.
Selain untuk bermandi-manda dan bermain ombak, pantai-pantai di Pulau Pangkor juga menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah, menyelam dan memancing selain menaiki bot pisang, melihat matahari terbenam, menarik pukat bersama tekong, bermain bola tampar dan bola sepak pantai.
Bagaimanapun, pantai yang paling mendapat tempat di hati pelancong ialah Pantai Teluk Nipah dan Pantai Coral di Nipah Bay kerana mempunyai gugusan pulau kecil seperti Pulau Giam dan Pulau Mentagor.
Ia pilihan terbaik melakukan aktiviti
menyelam dan snorkeling yang dikelilingi batu karang, ikan dan timun laut, malah di Pulau Giam
pengunjung juga berkesempatan memberi makan kepada ikan.
Anda perlu mendapatkan khidmat daripada 'Beach Boy' Pulau Pangkor untuk ke pulau-pulau ini. Nasihat saya, dapatkan harga diskaun setiap kali anda ingin membuat tempahan. Dan seelok-eloknya, buat tempahan awal dan secara berkumpulan kerana harganya lebih murah daripada harga disenaraikan.
Elakkan membuat tempahan lewat petang kerana anda akan rugi masa untuk ke pulau-pulau dinyatakan. Jangan lupa untuk tawar-menawar eh .. ...
Anda perlu mendapatkan khidmat daripada 'Beach Boy' Pulau Pangkor untuk ke pulau-pulau ini. Nasihat saya, dapatkan harga diskaun setiap kali anda ingin membuat tempahan. Dan seelok-eloknya, buat tempahan awal dan secara berkumpulan kerana harganya lebih murah daripada harga disenaraikan.
Elakkan membuat tempahan lewat petang kerana anda akan rugi masa untuk ke pulau-pulau dinyatakan. Jangan lupa untuk tawar-menawar eh .. ...
Antara keunikan Pangkor ialah kegemaran penduduk setempat menjadikan ikan buntal sebagai hiasan rumah mahupun kedai. Jadi, jangan terkejut apabila anda melewati setiap rumah dan kedai di sepanjang pulau itu ikan buntal yang bukan dikategorikan ikan cantik banyak digantung dan ditiup angin laut.
Di sini juga terdapat
pelbagai menu berasaskan makanan laut segar dari bot nelayan boleh didapati.
Jika mahukan menu yang ringan, pengunjung
boleh memilih makanan popular penduduk Pangkor iaitu laksa mi atau lebih
dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’. Saya minta maaf tak dapat nak sertakan
gambar laksa istimewa ini .. huhu ...
Istimewanya, laksa mi tidak menggunakan mi biasa atau laksa tetapi mi yang diadun khas dan disertakan bersama sup jernih berasaskan ikan atau udang, sambal tumis merah, hirisan kacang panjang serta lobak masin.
Untuk
mereka yang mahu meneroka Pulau Pangkor ini, saya syorkan anda melawat tempat
peninggalan sejarah
ratusan tahun iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung.
Jika anda bernasib baik mendapat seorang pemandu van teksi merah jambu yang
ramah, anda akan diceritakan dengan kisah menarik Kota Belanda dan juga Batu
Bersurat.
Tarikan
lain di pulau berkenaan antaranya Galeri Pangkor, Taman Tarikan Foo Ling Kong dan Sunset View Chalet
Teluk Nipah untuk aktiviti memberi makan burung enggang, aktiviti pembuatan bot
dan perkampungan nelayan di Kampung Teluk Dalam.
Di Taman Tarikan Foo Ling Kong, anda boleh bergambar dengan Tembok Besar China Mini yang ada di situ, selain melihat ikan Arapaima bersaiz gergasi yang terdapat di kolam ikan berhadapan temple. Di sini juga terdapat banyak gerai cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan.
Bermalam 3 Hari Baru Puas
Jika anda bercuti ke
Pangkor, saya syorkan anda untuk bermalam selama 3 hari. Sehari untuk menikmati
keindahan dan habiskan masa dengan aktiviti pantai, sehari untuk meneroka tempat
menarik yang ada di Pulau Pangkor dan sehari untuk jelajah kawasan sekitar
perairan - pulau-pulau kecil yang ada di sekitar pulau popular di Perak ini.
Sebelum
pulang, pengunjung boleh membeli hasil laut seperti ikan bilis, sate ikan,
sotong kering, ikan pedas dan pelbagai produk berasaskan hasil laut di
sepanjang jalan Pekan Pangkor atau beli terus di kilang.
by: Rusydi Saad (A170729)
TIPS MELANCONG KE PULAU LANGKAWI PULAU LAGENDA
Pengangkutan ke Langkawi
- Jika mengambil penerbangan ke Langkawi ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam dari KLIA
- Jika ingin menaiki feri, boleh naik dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi di mana feri akan menuju ke jeti Kuah. Bagi mengelakkan tiket feri habis anda disarankan untuk membeli tiket untul balik setelah tiba di jeti Kuah. Tambang feri sehala bagi Kuala Perlis ke Langkawi adalah RM18 untuk dewasa manakalan kanak-kanak berharga RM13
- Anda juga boleh menaiki Feri Roro ke Langkawi iaitu jika anda ingin membawa kereta sendiri dimana kadar bayaran untuk kenderaan adalah berbeza sebagai contoh kereta sedan bawah 2000cc dikenakan tambang RM186/RM352 (sehala/pergi-balik)
- Bila-bila masa sesuai ke Langkawi Cuma kalau boleh elakkan pergi semasa musim hujan. Banyak aktiviti akan tergendala dan terbatas seperti Islang Hoping, Mangrove Cruise di Kilim Geo Park dan Cable Car Langkawi Panoramic.
- Peak season adalah ketika LIMA, cuti sekolah atau cuti umum. Waktu ini merupakan tempat tarikan yang akan dipenuhi oleh pengunjung. Dan waktu sebegini susah untuk mendapatkan diskaun untuk kereta sewa.
- Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang bole dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget dimana pilihan utama untuk anda di Pantai Cenang dan Pekan Kuah.
- Pantai Cenang mempunyai pemandangan yang mempesonakan ketika menjelang senja.Terdapat banyak kedai dan restoran yang berdekatan dengan hotel anda. Terdapat pelbagai resort seperti Cenang Plaza Beach Hotel, Langgura Baron Resort, Best Star Resort dan Malibest Resort.
- Jika ingin percutian yang tidak kelam kabut, anda disarankan bermalam selama 4 hari 3 malam.
- Contonya, untuk Island Hoping memerlukan masa selama satu hari. Begitu juga dengan Cable Car, memerlukan lebih kurang ½ hari kerana perlu beratur panjang.
- Ini belum termasuk lagi dengan Underwater World Langkawi, Shopping Barangan Bebas Cukai, Rumah Mahsuri di Padang Maksirat.
TIPS KE PULAU LANGKAWI
Tips pertama ke Langkawi adalah pengunjung boleh ke sini dengan beberapa pilihan sama ada melalui udara atau laut. Melalui udara adalah dengan menaiki kapal terbang iaitu penerbangan MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly. Pernerbangan ke Langkawi ini mengambil masa 1 jam 20 minit mengikut jenis pesawat yang anda pilih. MAS berlepas dari KLIA manakala Airasia dan Malindo dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport. Seterusnya, melalui laut pula adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Perkhidmatan feri ini hanya mempunyai dua destinasi sahaja yang boleh kita naik ke Langkawi iaitu Kuala Perlis dan Kuala Kedah. semasa membeli tiket feri lebih baik anda membeli tiket pulang sekali untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik telah habis.
Tips yang kedua adalah anda perlu memilih tarikh yang sesuai untuk pergi ke Langkawi supaya percutian anda ke sini tidak sia-sia. Waktu yang sesuai ke Langkawi adalah dari bulan 1 hingga bulan 3 kerana pada waktu ini cuaca cerah dan sesuai untuk ke Langkawi. Manakala pada bulan 9 sehingga awal bulan 11 adalah waktu yang kurang sesuai. Hal ini dilatakan demikian kerana pada bulan ini cuaca lembab yang menyebabkan aktiviti luar tidak dapat dijalankan seperti hujan lebat.
Tips yang ketiga adalah anda perlu menempah tempat penginapan 3 bulan awal untuk memastikan semasa berada di sana amda mempunyai tempat tinggal. Ini kerana pada cuti sekolah selalunya ramai pelancong datang ke Langkawi. Untuk mengelakkan anda tiada tempat tinggal, anda perlu menempah tempat tinggal 3 bulan awal sebelum ke Langkawi. Lokasi yang menjadi tumpuan tempat tinggal adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah, Kuala Muda, Tangjung Rhu dan Padang Maksirat. Penginapan yang paling terkenal adalah di kawasan Pantai Cenang atau Pantai Tengah.
Tips yang keempat adalah pilihan makanan yang paling banyak adalah di kawasan Pekan Kuah dan Pantai Cenang. Anda boleh mendapatkan makanan di kawasan ini kerana terdapat terdapat beberapa tempat yang agak special dan yang agak ‘viral’ di lokasi tertentu yang perlu anda kunjungi. Anda juga perlu elak makan makanan seafood untuk mengelakkan anda kekurangan bajet kerana lobster di Langkawi bukan murah seperti lobster di Kota Kinabalu.
Tips kelima adalah anda perlu bijak membelanja kerana Langkawi terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Opelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah. Antara barangan yang sering dibeli oleh pelancong adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/ pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai yang menjadi tumpan pelancong adalah di kawasan Pekan Kuah iaitu Haji Ismail Groupm RAMS, Idaman Suri dan lain-lain. Jadi anda perlu bijak membelanja semasa berada di Langkawi.
by: Soleh Abu Hassan (A170916)
1.Perancangan Rapi
Tips pertama ke Langkawi adalah pengunjung boleh ke sini dengan beberapa pilihan sama ada melalui udara atau laut. Melalui udara adalah dengan menaiki kapal terbang iaitu penerbangan MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly. Pernerbangan ke Langkawi ini mengambil masa 1 jam 20 minit mengikut jenis pesawat yang anda pilih. MAS berlepas dari KLIA manakala Airasia dan Malindo dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport. Seterusnya, melalui laut pula adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Perkhidmatan feri ini hanya mempunyai dua destinasi sahaja yang boleh kita naik ke Langkawi iaitu Kuala Perlis dan Kuala Kedah. semasa membeli tiket feri lebih baik anda membeli tiket pulang sekali untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik telah habis.
Tips yang kedua adalah anda perlu memilih tarikh yang sesuai untuk pergi ke Langkawi supaya percutian anda ke sini tidak sia-sia. Waktu yang sesuai ke Langkawi adalah dari bulan 1 hingga bulan 3 kerana pada waktu ini cuaca cerah dan sesuai untuk ke Langkawi. Manakala pada bulan 9 sehingga awal bulan 11 adalah waktu yang kurang sesuai. Hal ini dilatakan demikian kerana pada bulan ini cuaca lembab yang menyebabkan aktiviti luar tidak dapat dijalankan seperti hujan lebat.
Tips yang ketiga adalah anda perlu menempah tempat penginapan 3 bulan awal untuk memastikan semasa berada di sana amda mempunyai tempat tinggal. Ini kerana pada cuti sekolah selalunya ramai pelancong datang ke Langkawi. Untuk mengelakkan anda tiada tempat tinggal, anda perlu menempah tempat tinggal 3 bulan awal sebelum ke Langkawi. Lokasi yang menjadi tumpuan tempat tinggal adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah, Kuala Muda, Tangjung Rhu dan Padang Maksirat. Penginapan yang paling terkenal adalah di kawasan Pantai Cenang atau Pantai Tengah.
Tips yang keempat adalah pilihan makanan yang paling banyak adalah di kawasan Pekan Kuah dan Pantai Cenang. Anda boleh mendapatkan makanan di kawasan ini kerana terdapat terdapat beberapa tempat yang agak special dan yang agak ‘viral’ di lokasi tertentu yang perlu anda kunjungi. Anda juga perlu elak makan makanan seafood untuk mengelakkan anda kekurangan bajet kerana lobster di Langkawi bukan murah seperti lobster di Kota Kinabalu.
Tips kelima adalah anda perlu bijak membelanja kerana Langkawi terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Opelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah. Antara barangan yang sering dibeli oleh pelancong adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/ pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai yang menjadi tumpan pelancong adalah di kawasan Pekan Kuah iaitu Haji Ismail Groupm RAMS, Idaman Suri dan lain-lain. Jadi anda perlu bijak membelanja semasa berada di Langkawi.
by: Soleh Abu Hassan (A170916)
1.Perancangan Rapi
Membuat
perancangan rapi akan memberikan ketenangan sewaktu pergi bercuti bersama
keluarga nanti. Seperti keluarga saya telah menyusun setiap perancangan beserta
aktiviti yang perlu dilakukan semasa melancong.Gunakan aplikasi mudah alih
untuk mencari maklumat tentang cuaca, ulasan hotel, jalan raya, peta dan
perkhidmatan teksi supaya percutian kami sekeluarga lebih mudah.
2. Kemas bagasi
Barang-barang
keperluan seperti pakaian dan barang yang lain telah diuruskan mengikut
keperluan masing-masing. Kami mengambil masa sedikit bagi mengklasifikasikan
pakaian-pakaian yang perlu dibawa sepanjang 3 hari kami di sana. Ibu saya
memainkan peranan penting dalam hal ini. Ibu saya memastikan tiada satu pun
barang keperluan kami tertinggal. Beliau telah mengingatkan kami sekeluarga
berkali-kali sebelum bertolak ke jeti Kuala Perlis.
3. Tempat penginapan
Bapa
saya telah menguruskan penginapan bagi seluruh seisi keluarga iaitu di Baron
Hotel berdekatan dengan pantai Cenang. Beliau telah menempat bilik-bilik di
hotel tersebut melalui atas talian bagi mengelak sebarang ketiadaan tempat
penginapan bagi kami sekeluarga. Bapa saya telah membuat penempahan terlebih
awal iaitu sebulan awal. Bapa saya memilih Baron Hotel kerana tempat tersebut
berdekatan dengan destinasi yang akan kunjungi untuk beberapa hari kami di
sana.
4. Destinasi yang ingin di tuju
Antara
destinasi yang dituju seperti Langkawi Cable Car, SkyRex, SkyDome, SkyBridge, 6D
Cinemotion dan 3D Art Langkawi serta beberapa tempat lain yang terdapat di
Langkawi. Hal ini menunjukkan kami sekeluarga telah membuat perancangan yang
rapi. Hal ini kerana bagi mengelakkan kebuntuan kami sekeluarga bagi memilih
tempat melancong kami di sana. Bapa saya telah mengetahui terlebih dahului
jalan yang lebih dekat tanpa sebarang kesesakan lalu lintas dengan bertanyakan
‘laluan tikus’ dengan kawan-kawannya
yang tinggal di Pulau Langkawi.
5. Pengankutan
Bagi
pengangkutan pula, bapa saya menguruskan hal tersebut dengan menyewa kereta
sewa. Kereta sewa tersebut dimiliki oleh kawannya sendiri. Hal ini kerana
kawannya tersebut menyediakan perkhidmatan kereta sewa bagi pelancongan yang
ingin menggunakan khidmatnya. Lebih menguntungkan ialah kami sekeluarga telah
memperoleh diskaun separuh harga kerana bapa saya merupakan kenalan beliau. Hal
ini telah mengurangkan aliran wang yang keluar bagi kegunaan kami sekeluarga
sepanjang berada di Pulau Langkawi.
by:
Izwadi Mat Ali (169738)
TIPS MELANCONG KE SUNGAI KLAH HOTSPRING PARK, SUNGKAI PERAK
1. Lokasi yang mudah
- Sebelum memulakan perjalanan untuk melancong, kita seharusnya bijak dalam memilih lokasi pelancongan yang mudah untuk kita sampai di sesuatu lokasi. Kita mestilah mempunyai pengangkutan, kemampuan kewangan, tempat penginapan, makanan dan sebagainya.
- Ketika melancong di Hotspring Sungkai,
kami sudah membuat membuat kajian terhadap lokasi pelancongan. Kami mempunyai
kemampuan yang secukupnya sama ada dari segi kewangan,pengangkutan dan
sebagainya.
- Oleh itu, kita seharusnya membuat kajian yang terperinci terhadap sesuatu lokasi pelancongan terlebih dahulu.
- Membawa apa yang perlu sahaja ketika melancong dapat menjimatkan ruang penyimpanan barang dalam beg. Hal ini akan menyebabkan pergerakan kita menjadi lebih mudah untuk bergerak jika kita tidak membawa barang yang terlampau banyak serta barang yang tidak perlu.
- Ketika melancong ke Sungai Klah, Hotspring, Sungkai Perak, saya hanya membawa peralatan yang perlu dan mencukupi semasa melancong seperti pakaian dan juga peranti gajet.
- Pada zaman globalisasi ini, semua maklumat yang kita ingin cari hanya di hujung jari. Oleh itu, kita haruslah menggunakan segala jenis kemudahan ini dengan sebaik mungkin.
- Semasa kami melancong di Sungai Klah, Hotspring, Sungkai Perak, kami memuat turun aplikasi waze bagi membantu kami untuk menunjukkan jalan untuk sampai ke destinasi pelancongan kami.
- Umum mengetahui bahawa wang merupakan perkara yang penting pada masa kini. Jika ingin melancong pastikan anda ukur baju di badan sendiri. Jika kita melakukan pengiraan segala kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita mengurus kewangan dengan baik dan kita terhindar daripada bentuk pembaziran sengan perkara yang tidak berfaedah.
- Sebelum melancong ke Sungai Klah, Hotspring Sungkai saya tidak membawa duit terlalu banyak, hanya sekadar mengikut keperluan sahaja.
- Membuat tempahan penginapan lebih awal mempunyai banyak kelebihan antaranya kita dapat merancang perjalanan dengan lebih lancar.
- Kami membuat tempahan awal iaitu
seminggu awal sebelum kami melancong. Hal ini demikian kerana kami ingin
mengelakkan terjadinya kelam kabut sebelum pelancongan.
- Kami membuat tempahan penginapan di Mengkawan Chalet adalah seminggu awal sebelum bertolak untuk melancong.
Monday, October 28, 2019
MENIKMATI KEINDAHAN TERINDAH BERSAMA KELUARGA DI PULAU LAGENDA LANGKAWI, KEDAH
by : NORAFIZA SURAYA BINTI MD JUSOH (A169515)
TIPS MELANCONG KE DESTINASI IMPIAN
Tips
Melancong Ke Destinasi Impian
1. Membuat Pemilihan Ke Destinasi Di Tuju
- Sebelum melancong saya akan menyenaraikan tempat yang menarik hendak di tuju.
- Contonya, Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Cameron Highland. Setelah menyenaraikan saya akan berbincang dengan ahli keluarga untuk memilih destinasi mempunyai undian terbanyak.
- Pasport sangat penting apabila hendak melancong ke luar negara. Oleh itu, passport kita boleh mendaftar di mana-mana pusat kemudahan pendaftaran atau UTC dengan harga RM100 dan sah tempoh 2 tahun
- Ramai yang suka melancong ke luar negara dengan mengunjungi tempat-tempat yang menarik seperti ke Bali Indonesia, Istanbul Turki dan Seoul Korea.
- Destinasi ini selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia. Hal ini kerana terdapat banyak makanan halal dan tempat yang menarik.
- Setelah menyenaraikan tempat-tempat bakal dituju, mengira kos perbelanjaan sangat penting. Jika kos ke destinasi sangat tinggi, destinasi lain akan menjadi pilihan.
- Tarikh adalah perkara paling penting sebelum melancong. Hal ini kerana kebanyakan ahli keluarga mempunyai komitmen seperti bersekolah, bekerja dan lain-lain.
- Pemilihan tarikh yang bijak sangat penting dalam melakukan aktiviti melancong. Kebanyakan ahli kelurga akan memilih waktu cuti sekolah kerana ahli kelurga akan berkumpul dan mempunyai banyak masa terluang.
- Selalunya, kelemahan para pelancong ialah tidak menempah lebih awal seperti penginapan dan kenderaan (kapal terbang).
- Tempahan perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan harga yang tinggi.
- Setiap ibu bapa berperanan menyediakan keperluan untuk anak-anak mereka sebelum melancong. Contonya, jika melancong dalam lima hari, keperluan seperti pakaian, beg, ubat-ubatan dan kelengkapan mandi akan disediakan ibubapa.
- Selain itu. kenderaan juga perlu di servis jika memerlukan kenderaan. Hal ini mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika dalam perjalanan.
- Sesetengah individu selalu terlupa untuk menukar wang kepada mata wang negara yang ingin dilawati. Terdapat negara tidak menerima mata wang selain dari wang mereka.
- Oleh itu, untuk persediaan awal, kita hendaklah menyediakan seberapa banyak mata wang asing untuk kemudahan kita apabila ingin membuat pembayaran.
- Ketika hendak melancong, kekuatan stamina perlu ada. Hal ini untuk memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Selain itu, jika hendak melancong ke negara sejuk, setiap individu perlu bersedia dengan suhu kesejukan yang berlaku di negara tersebut.
- Kita juga perlu bersabar menghadapi sebarang cabaran yang berlaku nanti seperti sikap penerimaan masyarakat negara dituju dengan melayan tidak baik.
- Setiap ibubapa perlu mengawasi keselamatan anak-anak ketika bersiar-siar. Jangan biarkan berjalan bersendirian dan lebih baik pimpinlah tangan mereka.
- Selain itu, kita hendaklah menjaga keselamatan ketika hendak jumpa orang yang baru dikenali. Jangan mudah percaya jika mereka menawarkan perkhidmatan. Selidik dahulu seseorang itu baru percaya apa yang mereka kongsikan.
by: Rosina (A169971)
by: Intan Zuriani (A170726)
by: Farihah Aziz (A170052)
Membuat perancangan awal mengenai tempat-tempat yang terkenal di destinasi yang hendak melancong. Ketika sekeluarga tidak menempah agen pelancongan, semua orang mesti berusaha untuk mengetahui tempat-tempat yang terkenal di Destinasi yang hendak melancong. Hal ini menyebabkan, keluarga boleh menjimat kos untuk menempah agen pelancongan dan boleh menyewa kereta untuk tempat yang terkenal di destinasi tersebut.
Sekeluarga boleh melakukan jadual untuk setiap hari yang melancong. Jadual ini memudahkan keluarga untuk menjimat masa dan dapat melancong semua tempat yang hendak melancong. Perkara ini juga mengelakkan keluara untuk menghabiskan banyak masa hanya di satu tempat sajaha. Aktiviti jadual juga membantu keluarga untuk meguruskan masa baik untuk secukup tidur dan mangambil makanan pada tepat masa. Tips ini boleh membantu keluarga yang melancong dengan orang tua dan kanak-kanak.
Selain itu, perlu menempah tempat penginapan sebelum ke destinasi dapat membantu ahli keluarga. Hal ini kerana, kebanyakkan keluarga bercuti pada musim cuti persekolahan dan cuti awam. Maka, kebanyakkan tempat penginapan penuhi pada masa itu. Sekiranya, tidak menempah awal, ahli keluarga akan membazirkan masa dan tenaga untuk mencari tempat penginapan tersebut.
Ahli keluarga juga membawa barang harian seperti pakaian yang mencukupi untuk semua hari yang melancong. Hal ini kerana, kita tidak mengetahui harga barangan di tempat melancong. Ketika tidak membawa barangan yang mencukupi, kita terpaksa untuk membeli barangan yang murah dengan harga yang sangat mahal. Contohnya, semasa saya melancong di Langkawi, say terlupa untuk membawa pakaina yang cukup. Maka, ayah saya membeli baju yang simple dengan harga yang sangat mahal.
Akhirnya, menempah tiket penerbangan semasa promosi. Setiap tahun, semua syarikat penerbangan akan membuar promosi tikat. Maka, boleh menempah tiket peerbangan dengan harga yang murah pada ketika itu. Contohnya, sekiranya kita maut naik dan register app Air Asia, mereka selalu menawarkan promosi dengan harga yang sangat murah daripada harga pasaran. Maka, keluarga dapat menjimatkan duit dan dapat melancong di destinasi dengan kapal terbang.
by: Elis Mishalini (A71943)
1. LOKASI YANG BERSESUAIAN
Bagi memulakan satu perjalanan baharu, sudah pastinya lokasi menjadi tumpuan utama kita. Lokasi yang dipilih mestilah mudah untuk dituju tidak kira dari segi pengangkutan, penginapan ataupun soal makanan halal bagi orang Islam. Tinjauan awal boleh dibuat dengan menggunakan laman sesawang untuk mengetahui tentang sesuatu lokasi tersebut. Sebagai contohnya, jika anda berhasrat untuk melancong ke negara Matahari Terbit dan itu merupakan trip pertama anda, pastikan anda sudah membuat kajian terperinci tentang kawasan di sana terlebih dahulu. Anda juga boleh berkunjung ke bloggers yang sedia ada untuk mengetahui feedback sesebuah negara seperti familyvacationmalaysia.blogspot.com.
2. SIMPAN DOKUMEN PERJALANAN DALAM SATU FAIL
Semestinya pada hari kejadian, kita akan merasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika check in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen anda di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah. Hal ini juga penting untuk mengelakkan kecuaian jika anda terlupa dimana letaknya dokumen perjalanan anda.
3. SEDIAKAN UBAT-UBATAN YANG PENTING
Tips yang seterusnya ialah penting untuk kita menyediakan ubat-ubatan seperti panadol, ubat sakit perut, minyak gamat, dan yang berkaitan sebagai persediaan dikala kecemasan. Hal ini penting untuk kita membawa ubat tersebut bersama kita sebelum kita mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital berdekatan. Bagi sesetengah orang, mereka tidak selesa jika berada di dalam kapal terbang atau kereta bagi jangka masa yang panjang, jadi ini merupakan penyelamat awal untuk anda.
by: Intan Zuriani (A170726)
TIPS
PELANCONGAN
Antara
tips pelancongan disini saya ingin kongsi ialah tentang perkhidmatan
penginapan. Pihak yang menyediakan perkhidmatan penginapan haruslah memberikan
harga yang berpatutan kepada para pelancongan. Contohnya pengurus hotel haruslah
memberikan diskaun kepada para pelancong semasa musim cuti. Hal ini kerana
ramai pelancong akan memilih untuk menginap di hotel tersebut. Selain itu,
Cameron Highland merupakan satu kawasan yang sejuk. Maka pihak hotel haruslah
menyediakan perkhidmatan air panas dalam bilih hotel. Contoh memasang ‘heater’
dalam bilik mandi supaya para pelanggan dapat menikmati air panas ketika
suasana di sana sangat sejuk. Seterusya, makanan merupakan salah perkara yang
amat penting kerana para pelancong yang melancong ke sesuatu tempat baharu akan
mencari jenis makanan yang unik untuk dinikmatinya. Penyediaan makanan yang
unik dan baru adalah sangat penting dan juga dapat meningkatkan kedatangan
ramai para pelancong. Akhir sekali, pihak kerajaan juga memulihara beberapa
kawasan yang mempunyai suasana yang indah dan nyaman. Contohnya seperti menjaga
kawasan hijau dengan baik supaya tidak cemar dan sentiasa dalam keadaan yang
baik.
by: Arvin Raj (A170655)
· Sediakan Peti Kecemasan
by: Arvin Raj (A170655)
· Sediakan Peti Kecemasan
Semasa
melancong bersama keluarga, ibu telah menyediakan kelengkapan ubat-ubatan
seperti ubat sakit perut, ubat sakit kepala dan minyak panas. Hal ini demikian
kerana jika berlaku kecemasan yang tidak diingini boleh menggunakan ubat-ubatan
tersebut sebagai rawatan awal sebelum ke pusat kesihatan yang berhampiran. Ibu
sangat menitikberatkan soal kesihatan kami sekeluarga terutamanya apabila
melibatkan perjalanan keluarga yang jauh.
·
Bekal
Makanan dan Minuman Sampingan
Semasa
perjalanan yang jauh, ibu sentiasa menyediakan bekal makanan sampingan kepada
kami sekeluarga. Hal ini demikian kerana ahli keluarga saya akan berasa lapar
ketika berada dalam perjalanan dan tidak sempat untuk singgah di mana-mana
stesen hentian rehat dan rawat. Antara makanan sampingan yang sering disediakan
oleh ibu seperti kuih-muih, kerepek dan sebagainya.
·
Pemeriksaan
Kenderaan
Sebelum
memulakan perjalanan yang jauh, ayah akan melakukan pemeriksaan kenderaan yang
ingin dibawa ketika bercuti ke pusat khidmat kereta untuk melihat keadaan
keretanya sama ada sesuai atau tidak hendak digunakan untuk tujuan perjalanan
jauh. Antara pemeriksaan yang dilakukan seperti keadaan tayar, enjin kereta, lampu
kereta, minyak pelincir kereta dan sebagainya. Hal ini sangat penting untuk
membantu melancarkan perjalanan percutian keluaga kami.
by: Farihah Aziz (A170052)
Membuat perancangan awal mengenai tempat-tempat yang terkenal di destinasi yang hendak melancong. Ketika sekeluarga tidak menempah agen pelancongan, semua orang mesti berusaha untuk mengetahui tempat-tempat yang terkenal di Destinasi yang hendak melancong. Hal ini menyebabkan, keluarga boleh menjimat kos untuk menempah agen pelancongan dan boleh menyewa kereta untuk tempat yang terkenal di destinasi tersebut.
Sekeluarga boleh melakukan jadual untuk setiap hari yang melancong. Jadual ini memudahkan keluarga untuk menjimat masa dan dapat melancong semua tempat yang hendak melancong. Perkara ini juga mengelakkan keluara untuk menghabiskan banyak masa hanya di satu tempat sajaha. Aktiviti jadual juga membantu keluarga untuk meguruskan masa baik untuk secukup tidur dan mangambil makanan pada tepat masa. Tips ini boleh membantu keluarga yang melancong dengan orang tua dan kanak-kanak.
Selain itu, perlu menempah tempat penginapan sebelum ke destinasi dapat membantu ahli keluarga. Hal ini kerana, kebanyakkan keluarga bercuti pada musim cuti persekolahan dan cuti awam. Maka, kebanyakkan tempat penginapan penuhi pada masa itu. Sekiranya, tidak menempah awal, ahli keluarga akan membazirkan masa dan tenaga untuk mencari tempat penginapan tersebut.
Ahli keluarga juga membawa barang harian seperti pakaian yang mencukupi untuk semua hari yang melancong. Hal ini kerana, kita tidak mengetahui harga barangan di tempat melancong. Ketika tidak membawa barangan yang mencukupi, kita terpaksa untuk membeli barangan yang murah dengan harga yang sangat mahal. Contohnya, semasa saya melancong di Langkawi, say terlupa untuk membawa pakaina yang cukup. Maka, ayah saya membeli baju yang simple dengan harga yang sangat mahal.
Akhirnya, menempah tiket penerbangan semasa promosi. Setiap tahun, semua syarikat penerbangan akan membuar promosi tikat. Maka, boleh menempah tiket peerbangan dengan harga yang murah pada ketika itu. Contohnya, sekiranya kita maut naik dan register app Air Asia, mereka selalu menawarkan promosi dengan harga yang sangat murah daripada harga pasaran. Maka, keluarga dapat menjimatkan duit dan dapat melancong di destinasi dengan kapal terbang.
by: Elis Mishalini (A71943)
Subscribe to:
Posts (Atom)