Tips
bercuti di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian terletak di Terengganu dan ia
merupakan salah satu daripada tiga buah pulau yang sering menjadi tumpuan
pelancong selain dari Pulau Redang dan Pulau Kapas. Percutian ke Pulau
Perhentian ini sangat sesuai tanpa mengira ia adalah percutian bersama
keluarga, rakan-rakan ataupun bagi mereka yang datang untuk berbulan madu.
Masa
paling sesuai untuk bercuti di Pulau Perhentian
- Kebanyakan resort di sekitar kawasan pantai timur tidak akan beroperasi dari bulan November sehingga Februari atau Mac kerana merek sedang dilanda musim tengkujuh.
- Musim paling terbaik untuk ke Pulau Perhentian ialah pada bulan April-September.
- Sesetengah resort akan menurunkan harga bilik sebaik sahaja memasuki bulan Oktober.
Snorkeling.
- Lebih baik berurusan sebelum ke Pulau Perhentian untuk mendapatkan pakej snorkeling yang menarik daripada ejen-ejen yang bekerja disana.
- Ejen juga boleh dicari sewaktu di Pulau Perhentian sekiranya tidak menjumpainya sebelum percutian. Disana, anda akan berjumpa papan tanda operator-operator yang menawarkan pakej snorkeling dan scuba-diving.
- No telefon ejen atau operator ini juga boleh didapati di pantai-pantai utama atau daripada pihak resort atau chalet.
Scuba-Diving.
- Terdapat banyak operator yang boleh membantu menguruskan aktiviti ini. Selain itu, pelancong juga boleh mendapatkan lesen PADI ( Professional Association Diving Instructors ) disini.
- Lesen PADI ini pelancong boleh cek dengan pihak resort, tetpi kebiasannya para pelancong telah mengetahui resort mana yang menyediakan aktiviti scuba-diving yang bagus.
- Kasut :
- Pakai kasut yang bersesuaian. Selipar juga amat penting terutama bila berjalan di pantai kerana kadang-kadang di pesisir pantai terdapat serpihan kaca.
- Untuk lebih mudah, pengunaan selipar amat digalakkan berbanding kasut.
2. Beg :
- Digalakkan untuk menggunakan beg bergalas berbanding beg beroda.
- Memudahkan pergerakan di pantai dan semasa menukar bot atau menaiki feri.
- Lebih mudah, beg galas atau backpack.
3. Air mineral :
- Digalakkan untuk membawa stok air mineral yang banyak memandangkan kadang-kadang harga makanan dan minuman agak mahal di kawasan pulau-pulau.
- Oleh kerana cuaca di pulau agak panas, kita akan merasa cepat dahaga terutamanya selepas aktiviti di laut atau tertelan air masin semasa aktiviti. Untuk mengelakkan dehidrasi, kita perlulah minum air mineral dengan kuantiti yang banyak.
4. Powerbank
- Disarankan untuk membawanya kerana terdapat sesetengah chalet atau resort yang tidak menyediakan tenaga elektrik sepanjang 24 jam
5. Multiple Socket
- Di sana, plug atau suis di setiap bilik agak terhad, tambahan pula dengan penyediaan tenaga eletrik yang bukan 24 jam. Penggunaan multiple socket sangat membantu untuk caj telefon atau powerbank pada waktu yang serentak.
6. Kipas kecil
- Digalakkan juga untuk membawanya terutama sekali bersaiz kecil yang menggunakan USB dan boleh disambungkan pada telefon, ia boleh dgunakan pada waktu malam yang agak panas.
7. Torchlight
- Boleh digunakan pada masa-masa bekalan elektrik diputuskan atau pada waktu-waktu kecemasan kerana kita tidak menjangkakan apa yang boleh berlaku.
by: Norhayati (A170133)
No comments:
Post a Comment