1. Lokasi yang mudah
- Sebelum memulakan perjalanan untuk melancong, kita seharusnya bijak dalam memilih lokasi pelancongan yang mudah untuk kita sampai di sesuatu lokasi. Kita mestilah mempunyai pengangkutan, kemampuan kewangan, tempat penginapan, makanan dan sebagainya.
- Ketika melancong di Hotspring Sungkai,
kami sudah membuat membuat kajian terhadap lokasi pelancongan. Kami mempunyai
kemampuan yang secukupnya sama ada dari segi kewangan,pengangkutan dan
sebagainya.
- Oleh itu, kita seharusnya membuat kajian yang terperinci terhadap sesuatu lokasi pelancongan terlebih dahulu.
- Membawa apa yang perlu sahaja ketika melancong dapat menjimatkan ruang penyimpanan barang dalam beg. Hal ini akan menyebabkan pergerakan kita menjadi lebih mudah untuk bergerak jika kita tidak membawa barang yang terlampau banyak serta barang yang tidak perlu.
- Ketika melancong ke Sungai Klah, Hotspring, Sungkai Perak, saya hanya membawa peralatan yang perlu dan mencukupi semasa melancong seperti pakaian dan juga peranti gajet.
- Pada zaman globalisasi ini, semua maklumat yang kita ingin cari hanya di hujung jari. Oleh itu, kita haruslah menggunakan segala jenis kemudahan ini dengan sebaik mungkin.
- Semasa kami melancong di Sungai Klah, Hotspring, Sungkai Perak, kami memuat turun aplikasi waze bagi membantu kami untuk menunjukkan jalan untuk sampai ke destinasi pelancongan kami.
- Umum mengetahui bahawa wang merupakan perkara yang penting pada masa kini. Jika ingin melancong pastikan anda ukur baju di badan sendiri. Jika kita melakukan pengiraan segala kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita mengurus kewangan dengan baik dan kita terhindar daripada bentuk pembaziran sengan perkara yang tidak berfaedah.
- Sebelum melancong ke Sungai Klah, Hotspring Sungkai saya tidak membawa duit terlalu banyak, hanya sekadar mengikut keperluan sahaja.
- Membuat tempahan penginapan lebih awal mempunyai banyak kelebihan antaranya kita dapat merancang perjalanan dengan lebih lancar.
- Kami membuat tempahan awal iaitu
seminggu awal sebelum kami melancong. Hal ini demikian kerana kami ingin
mengelakkan terjadinya kelam kabut sebelum pelancongan.
- Kami membuat tempahan penginapan di Mengkawan Chalet adalah seminggu awal sebelum bertolak untuk melancong.
No comments:
Post a Comment