Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Wednesday, October 30, 2019

Tips ke pulau pangkor antara pulau yng wajib pergi!


Tips ke pulau pangkor antara pulau yng wajib pergi!

Tips bercuti di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor ada tarikan lain yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Walaupun pulau ini kecil, ia tetap memiliki sejarahnya yang tersendiri serta unik.
Jika anda seorang yang mengimpikan satu percutian ala perkampungan nelayan yang mendamaikan, maka pilihan destinasi cuti di Pulau Pangkor adalah yang sangat sesuai. Pulau Pangkor adalah destinasi popular di negeri Perak. Malah, ia menjadi pilihan utama untuk percutian bajet terutama untuk pelancong tempatan.

    Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari barat daya bandaraya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut. Untuk ke Pulau Pangkor, anda perlu berada di Lumut terlebih dahulu.
Untuk ke Lumut, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak kemudahan awam yang menuju ke sana, seperti bas dan teksi. Untuk perkhidmatan bas, terdapat tidak kurang dari 10 buah syarikat bas yang beroperasi ke sini. Ia dari seluruh Semenanjung Malaysia.

·         Dari Kuala Lumpur : 252 km
·         Dari KLIA : 298 km
·         Dari Pulau Pinang : 262 km
·         Dari Ipoh : 85 km
Dari stesen bas Lumut, anda hanya perlu jalan kaki ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Buat mereka yang berkenderaan sendiri, anda mempunyai pilihan samada menggunakan perkhidmatan feri di Jeti Lumut atau Jeti Marina Island.

Naik Feri Ke Pulau Pangkor
Bagi anda yang mahu ke Pulau Pangkor, ada dua perkhidmatan feri utama disediakan. Pertama ialah menerusi Jeti Lumut, dan keduanya menerusi Jeti Marina Island. Pulau Pangkor juga boleh dikunjungi menerusi udara. Ada lapangan terbang kecil di Pulau Pangkor, yang selalunya digunakan oleh syarikat penerbangan 'peribadi'

Tiket feri di kedua-dua jeti berharga RM10 bagi dewasa untuk pergi dan balik manakala kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun hanya RM5. Perkhidmatan feri dari Jeti Marina Island mengambil masa 10 minit perjalanan manakala di Jeti Lumut selama 45 minit.

Tips Untuk Bercuti Di Pulau Pangkor
Di Pangkor pengunjung akan disambut deretan teksi merah jambu yang cukup sinonim dengan pulau peranginan ini yang sedia membawa pelancong ke seluruh pulau, malah pengunjung boleh menyewa motosikal dan kereta dengan harga berpatutan.

Namun begitu, berdasarkan kepada pengalaman saya beberapa kali bercuti di Pulau Pangkor, saya lebih syorkan anda untuk ambil pakej sewaan teksi van merah jambu untuk 'meronda' keseluruhan pulau ini. Jika anda tetap mahu menyewa kereta atau motorsikal pandu dan bawa sendiri, elok anda periksa keadaan kereta dan motor terlebih dahulu.

Pernah berlaku di mana ada pelancong terpaksa menggunakan lampu suluh untuk menyuluh jalan waktu malam kerana lampu kenderaan dan motorsikal tidak berfungsi dengan baik. Malah, banyak sekali kejadian di mana pelancong perlu menyorong motorsikal kerana meter minyak rosak - tanpa sedar bahawa motorsikal sudah kehabisan petrol.
Pulau Pangkor dan sekitarnya ada beberapa pantai yang menarik. Keindahan pantainya pasti mencuri tumpuan pencinta alam yang menginginkan suasana santai.
Antara yang menjadi tarikan pelancong ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah, Teluk Ketapang, Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi kerana bersih, indah dan tenang. Ada sebahagian dari pantai ini diselenggara secara rapi oleh pihak pengurusan hotel dan resort yang ada di situ, terutamanya Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi atau juga dikenali sebagai Pantai Emas.

Untuk mereka yang mahukan pantai yang lebih eksklusif, boleh ke Pangkor Laut untuk menikmati keindahan Emerald Beach yang sering menjadi sebutan pelancong asing.
Selain untuk bermandi-manda dan bermain ombak, pantai-pantai di Pulau Pangkor juga menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah, menyelam dan memancing selain menaiki bot pisang, melihat matahari terbenam, menarik pukat bersama tekong, bermain bola tampar dan bola sepak pantai.

Bagaimanapun, pantai yang paling mendapat tempat di hati pelancong ialah Pantai Teluk Nipah dan Pantai Coral di Nipah Bay kerana mempunyai gugusan pulau kecil seperti Pulau Giam dan Pulau Mentagor.
      Ia pilihan terbaik melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling yang dikelilingi batu karang, ikan    dan timun laut, malah di Pulau Giam pengunjung juga berkesempatan memberi makan kepada ikan.
     Anda perlu mendapatkan khidmat daripada 'Beach Boy' Pulau Pangkor untuk ke pulau-pulau ini. Nasihat saya, dapatkan harga diskaun setiap kali anda ingin membuat tempahan. Dan seelok-eloknya, buat tempahan awal dan secara berkumpulan kerana harganya lebih murah daripada harga disenaraikan.
Elakkan membuat tempahan lewat petang kerana anda akan rugi masa untuk ke pulau-pulau dinyatakan. Jangan lupa untuk tawar-menawar eh .. ...

     Antara keunikan Pangkor ialah kegemaran penduduk setempat menjadikan ikan buntal sebagai hiasan rumah mahupun kedai. Jadi, jangan terkejut apabila anda melewati setiap rumah dan kedai di sepanjang pulau itu ikan buntal yang bukan dikategorikan ikan cantik banyak digantung dan ditiup angin laut.
Di sini juga terdapat pelbagai menu berasaskan makanan laut segar dari bot nelayan boleh didapati.

     Jika mahukan menu yang ringan, pengunjung boleh memilih makanan popular penduduk Pangkor iaitu laksa mi atau lebih dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’. Saya minta maaf tak dapat nak sertakan gambar laksa istimewa ini .. huhu ...

     Istimewanya, laksa mi tidak menggunakan mi biasa atau laksa tetapi mi yang diadun khas dan disertakan bersama sup jernih berasaskan ikan atau udang, sambal tumis merah, hirisan kacang panjang serta lobak masin.

Untuk mereka yang mahu meneroka Pulau Pangkor ini, saya syorkan anda melawat tempat
peninggalan sejarah ratusan tahun iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung. Jika anda bernasib baik mendapat seorang pemandu van teksi merah jambu yang ramah, anda akan diceritakan dengan kisah menarik Kota Belanda dan juga Batu Bersurat. Tarikan lain di pulau berkenaan antaranya Galeri Pangkor, Taman Tarikan Foo Ling Kong dan Sunset View Chalet Teluk Nipah untuk aktiviti memberi makan burung enggang, aktiviti pembuatan bot dan perkampungan nelayan di Kampung Teluk Dalam.

        Di Taman Tarikan Foo Ling Kong, anda boleh bergambar dengan Tembok Besar China Mini yang ada di situ, selain melihat ikan Arapaima bersaiz gergasi yang terdapat di kolam ikan berhadapan temple. Di sini juga terdapat banyak gerai cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan.

Bermalam 3 Hari Baru Puas
Jika anda bercuti ke Pangkor, saya syorkan anda untuk bermalam selama 3 hari. Sehari untuk menikmati keindahan dan habiskan masa dengan aktiviti pantai, sehari untuk meneroka tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor dan sehari untuk jelajah kawasan sekitar perairan - pulau-pulau kecil yang ada di sekitar pulau popular di Perak ini.
Sebelum pulang, pengunjung boleh membeli hasil laut seperti ikan bilis, sate ikan, sotong kering, ikan pedas dan pelbagai produk berasaskan hasil laut di sepanjang jalan Pekan Pangkor atau beli terus di kilang.


by: Rusydi Saad (A170729)

No comments:

Post a Comment