Kerana saya tidak mendapati gambar-gambar semasa kecil
saya bersama keluarga, saya akan menceritakan pengalaman melancong saya ketika
saya menjadi pemandu wisata bersama tetamu saya yang berasal daripada Indonesia
selama 2 hari 1 malam. Pertama saya akan menceritakan pengalaman saya pada hari
pertama setelah melewati check point di singapura. Gambar berikut ini merupakan
gambar ketika kami berada di persekitaran Merlion Park. Pada waktu itu jam
menunjukkan lebih kurang pukul 9.00 AM.
Tetamu yang saya pandu tersebut berjumlah lebih kurang
15 orang dewasa dan 2 orang anak kecil. Kemudian saya memandu mereka untuk
sedikit berjalan kaki menuju ke merlion park tempat yang lebih di kenali oleh
ramai orang dengan ikon singa muntah.
Kemudian setelah beberapa jam kami berada di Merlion Park kami meneruskan lawatan kami menuju ke Gardens By The Bay yang lebih di
kenali dan tampak cantik dengan banyak warna-warni lampunya pada malam hari,
tetapi ketika itu kami melawatinya pada siang hari di keranakan ramai di antara
mereka lebih memilih untuk melawat pada siang hari dan pada malamnya mereka
hanya mahu beristirahat di penginapan. Berikut saya paparkan gambar tetamu
tersebut semasa berada di Gardens By The Bay.
Setelah kami menikmati beberapa lawatan pada hari
itu lalu saya memandu tetamu menuju ke kedai makan yang pada waktu itu telahpun di pesan oleh
boss saya. Gambar ini saya ambil di internet di keranakan saya tidak lagi
mempunyai file semasa berada di kedai makan.
Akhir sekali pada hari ke-2 ialah hari terakhir
saya bersama pemandu bas mengantarkan tetamu ke pelabuhan feri keberangkatan
menuju ke Batam, Indonesia.
No comments:
Post a Comment