Tips
melancong ke Pulau Pinang
1.
Ketahui tempat-tempat yang menarik
di Pulau Pinang.
Perkara pertama yang perlu dibuat oleh seorang
pelancong untuk melancong ke suatu tempat adalah dengan mengenalpasti
tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi sewaktu di tempat pelancongan. Tips paling penting, pelancong haruslah membuat penyelidikan terlebih dahulu
untuk ke suatu tempat pelancongan untu mengetahui tempat-tempat menarik untuk
dikunjungi. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Pulau
Pinang ialah Padang Kota Lama, Bukit Bendera, Batu Feringghi, Escape Penang,
Sky walk dan banyak lagi pantai yang menarik.
2.
Pilih tempat penginapan yang
strategik.
Penginapan bukan satu masalah apabila melancong di Pulau Pinang terutamanya dikawasan bandar atau kawasan pelancongan. Hal ini bukan sahaja dapat jimatkan masa anda untuk bergerak ke satu tempat yang lain, malah dapat juga jimatkan kos untuk pengangkutan. Georgetown dan Batu
Feringghi selalunya menjadi pilihan utama pelancong untuk dikunjungi kerana kawasan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik serta kemudahan untuk mendapatkan tempat
penginapan
.
3.
Perancangan awal
perjalanan sepanjang percutian.
Perancangan awal perjalanan juga merupakan antara
perkara terpenting yang perlu dilakukan sebelum melancongi ke suatu destinasi. Perancangan
awal itu adalah wajib, hal ini kerana dengan perancangan awal ini seseorang
dapat membuat persiapan dengan lebih awal antaranya seperti tempahan untuk
tempat penginapan, tempahan suatu tempat dan penyusunan jadual semasa di
destinasi. Contohnya, permulaan destinasi anda melancong di Pulau Pinang adalah
di Padang Kota Lama, seterusnya pergerakan ke Bukit Bendera.
4.
Kenali jenis pengangkutan awam yang terdapat di destinasi pelancongan.
Pulau Pinang juga
terkenal dengan sistem pengangkutan awan yang efisien. Antara pengangkutan yang
terdapat di Pulau Pinang ialah bas RAPID, feri dan beca. Terdapat dua cara
untuk ke bahagian pulau antaranya menggunakan kereta dan pengangkutan feri ke
pulau, pengangkutan feri ini sering digunakan oleh orang awam untuk mengelakkan
kesesakan diatas jambatan terutamanya sewaktu pergi dan balik kerja.
5.
Fahami jalan disekitar Pulau Pinang.
Kelancaran
semasa perjalanan juga haruslah dititik beratkan semasa melancong. Perjalanan semasa melancong akan lebih lancar kalau perancangan
awal untuk mengetahui jalan dan tempat di Pulau Pinang. Contohnya, paling kurang seseorang haruslah tahu kedudukan
Batu Ferringhi dalam Pulau Pinang, Georgetown arah timur, Bayan Lepas arah selatan dan Balik Pulau arah barat pulau manakala
Seberang Perai pula dekat mainland. Hal ini akan memastikan kelancaran perjalanan anda semasa melancong.
by: Adib Azmi (A170610)
No comments:
Post a Comment