- Jika mengambil penerbangan ke Langkawi ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam dari KLIA
- Jika ingin menaiki feri, boleh naik dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi di mana feri akan menuju ke jeti Kuah. Bagi mengelakkan tiket feri habis anda disarankan untuk membeli tiket untul balik setelah tiba di jeti Kuah. Tambang feri sehala bagi Kuala Perlis ke Langkawi adalah RM18 untuk dewasa manakalan kanak-kanak berharga RM13
- Anda juga boleh menaiki Feri Roro ke Langkawi iaitu jika anda ingin membawa kereta sendiri dimana kadar bayaran untuk kenderaan adalah berbeza sebagai contoh kereta sedan bawah 2000cc dikenakan tambang RM186/RM352 (sehala/pergi-balik)
- Bila-bila masa sesuai ke Langkawi Cuma kalau boleh elakkan pergi semasa musim hujan. Banyak aktiviti akan tergendala dan terbatas seperti Islang Hoping, Mangrove Cruise di Kilim Geo Park dan Cable Car Langkawi Panoramic.
- Peak season adalah ketika LIMA, cuti sekolah atau cuti umum. Waktu ini merupakan tempat tarikan yang akan dipenuhi oleh pengunjung. Dan waktu sebegini susah untuk mendapatkan diskaun untuk kereta sewa.
- Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang bole dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget dimana pilihan utama untuk anda di Pantai Cenang dan Pekan Kuah.
- Pantai Cenang mempunyai pemandangan yang mempesonakan ketika menjelang senja.Terdapat banyak kedai dan restoran yang berdekatan dengan hotel anda. Terdapat pelbagai resort seperti Cenang Plaza Beach Hotel, Langgura Baron Resort, Best Star Resort dan Malibest Resort.
- Jika ingin percutian yang tidak kelam kabut, anda disarankan bermalam selama 4 hari 3 malam.
- Contonya, untuk Island Hoping memerlukan masa selama satu hari. Begitu juga dengan Cable Car, memerlukan lebih kurang ½ hari kerana perlu beratur panjang.
- Ini belum termasuk lagi dengan Underwater World Langkawi, Shopping Barangan Bebas Cukai, Rumah Mahsuri di Padang Maksirat.
TIPS KE PULAU LANGKAWI
Tips pertama ke Langkawi adalah pengunjung boleh ke sini dengan beberapa pilihan sama ada melalui udara atau laut. Melalui udara adalah dengan menaiki kapal terbang iaitu penerbangan MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly. Pernerbangan ke Langkawi ini mengambil masa 1 jam 20 minit mengikut jenis pesawat yang anda pilih. MAS berlepas dari KLIA manakala Airasia dan Malindo dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport. Seterusnya, melalui laut pula adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Perkhidmatan feri ini hanya mempunyai dua destinasi sahaja yang boleh kita naik ke Langkawi iaitu Kuala Perlis dan Kuala Kedah. semasa membeli tiket feri lebih baik anda membeli tiket pulang sekali untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik telah habis.
Tips yang kedua adalah anda perlu memilih tarikh yang sesuai untuk pergi ke Langkawi supaya percutian anda ke sini tidak sia-sia. Waktu yang sesuai ke Langkawi adalah dari bulan 1 hingga bulan 3 kerana pada waktu ini cuaca cerah dan sesuai untuk ke Langkawi. Manakala pada bulan 9 sehingga awal bulan 11 adalah waktu yang kurang sesuai. Hal ini dilatakan demikian kerana pada bulan ini cuaca lembab yang menyebabkan aktiviti luar tidak dapat dijalankan seperti hujan lebat.
Tips yang ketiga adalah anda perlu menempah tempat penginapan 3 bulan awal untuk memastikan semasa berada di sana amda mempunyai tempat tinggal. Ini kerana pada cuti sekolah selalunya ramai pelancong datang ke Langkawi. Untuk mengelakkan anda tiada tempat tinggal, anda perlu menempah tempat tinggal 3 bulan awal sebelum ke Langkawi. Lokasi yang menjadi tumpuan tempat tinggal adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah, Kuala Muda, Tangjung Rhu dan Padang Maksirat. Penginapan yang paling terkenal adalah di kawasan Pantai Cenang atau Pantai Tengah.
Tips yang keempat adalah pilihan makanan yang paling banyak adalah di kawasan Pekan Kuah dan Pantai Cenang. Anda boleh mendapatkan makanan di kawasan ini kerana terdapat terdapat beberapa tempat yang agak special dan yang agak ‘viral’ di lokasi tertentu yang perlu anda kunjungi. Anda juga perlu elak makan makanan seafood untuk mengelakkan anda kekurangan bajet kerana lobster di Langkawi bukan murah seperti lobster di Kota Kinabalu.
Tips kelima adalah anda perlu bijak membelanja kerana Langkawi terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Opelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah. Antara barangan yang sering dibeli oleh pelancong adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/ pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai yang menjadi tumpan pelancong adalah di kawasan Pekan Kuah iaitu Haji Ismail Groupm RAMS, Idaman Suri dan lain-lain. Jadi anda perlu bijak membelanja semasa berada di Langkawi.
by: Soleh Abu Hassan (A170916)
1.Perancangan Rapi

Membuat
perancangan rapi akan memberikan ketenangan sewaktu pergi bercuti bersama
keluarga nanti. Seperti keluarga saya telah menyusun setiap perancangan beserta
aktiviti yang perlu dilakukan semasa melancong.Gunakan aplikasi mudah alih
untuk mencari maklumat tentang cuaca, ulasan hotel, jalan raya, peta dan
perkhidmatan teksi supaya percutian kami sekeluarga lebih mudah.
2. Kemas bagasi
Barang-barang
keperluan seperti pakaian dan barang yang lain telah diuruskan mengikut
keperluan masing-masing. Kami mengambil masa sedikit bagi mengklasifikasikan
pakaian-pakaian yang perlu dibawa sepanjang 3 hari kami di sana. Ibu saya
memainkan peranan penting dalam hal ini. Ibu saya memastikan tiada satu pun
barang keperluan kami tertinggal. Beliau telah mengingatkan kami sekeluarga
berkali-kali sebelum bertolak ke jeti Kuala Perlis.
3. Tempat penginapan
Bapa
saya telah menguruskan penginapan bagi seluruh seisi keluarga iaitu di Baron
Hotel berdekatan dengan pantai Cenang. Beliau telah menempat bilik-bilik di
hotel tersebut melalui atas talian bagi mengelak sebarang ketiadaan tempat
penginapan bagi kami sekeluarga. Bapa saya telah membuat penempahan terlebih
awal iaitu sebulan awal. Bapa saya memilih Baron Hotel kerana tempat tersebut
berdekatan dengan destinasi yang akan kunjungi untuk beberapa hari kami di
sana.
4. Destinasi yang ingin di tuju
Antara
destinasi yang dituju seperti Langkawi Cable Car, SkyRex, SkyDome, SkyBridge, 6D
Cinemotion dan 3D Art Langkawi serta beberapa tempat lain yang terdapat di
Langkawi. Hal ini menunjukkan kami sekeluarga telah membuat perancangan yang
rapi. Hal ini kerana bagi mengelakkan kebuntuan kami sekeluarga bagi memilih
tempat melancong kami di sana. Bapa saya telah mengetahui terlebih dahului
jalan yang lebih dekat tanpa sebarang kesesakan lalu lintas dengan bertanyakan
‘laluan tikus’ dengan kawan-kawannya
yang tinggal di Pulau Langkawi.
5. Pengankutan
Bagi
pengangkutan pula, bapa saya menguruskan hal tersebut dengan menyewa kereta
sewa. Kereta sewa tersebut dimiliki oleh kawannya sendiri. Hal ini kerana
kawannya tersebut menyediakan perkhidmatan kereta sewa bagi pelancongan yang
ingin menggunakan khidmatnya. Lebih menguntungkan ialah kami sekeluarga telah
memperoleh diskaun separuh harga kerana bapa saya merupakan kenalan beliau. Hal
ini telah mengurangkan aliran wang yang keluar bagi kegunaan kami sekeluarga
sepanjang berada di Pulau Langkawi.
by:
Izwadi Mat Ali (169738)
No comments:
Post a Comment