Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Monday, October 14, 2019

PULAU LANGKAWI DAN PULAU PANGKOR

Nama penulis: Abdullah Hakim Bin Kairudin (A170881)


Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melibatkan pergerakan sementara individu atau sekumpulan pelancong ke sesebuah destinasi dalam negeri atau luar negara untuk tujuan rekreasi, beristirehat, konvensyen dalam tempoh melebihi daripada satu hari.
Pelancongan juga boleh dijadikan pelancongan domestik atau antarabangsa dimana kegiatan aliran mata wang digunakan dalam menjalankan pertukaran nilai. Hal ini kerana pelancongan merupakan sumber pendapatan utama bagi banyak negara dan memberi kesan kepada ekonomi kedua-dua pihak negara.
Di samping itu, migrasi ini telah menyumbang kepada statistik dan kedudukan pelancongan dunia mahupun dalam Malaysia. Secara amnya, Malaysia merupakan negara ke-3 dalam benua Asia dan tempat ke-12 dalam perbandingan kesemua negara di dunia. China mencatatkan dengan kemasukan pelancong seramai lebih 59.27 juta orang pada tahun 2017 manakala Thailand menerima seramai 32.58 juta orang pelancong. Negara Malaysia berada di kedudukan ke-3 dengan menerima 26.75 juta orang pelancong berbanding Jepun yang berada ke-4 iaitu 24.03 juta pelancong. Namun kedudukan lima teratas ini di akhiri negara India sebagai negara ke-5 paling popular untuk melancong.
Tambahan pula, bagi tahun 2016, lima destinasi pelancongan paling popular di dunia adalah negara Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol, China dan Itali mengikut kedudukan tersebut. Untuk tahun 2017 pula, negara yang menduduki lima terats paling popular sebagai destinasi kekal sama namun hanya kedudukannya berubah. Perancis kekal sebagai negara paling popular dengan kedatangan seramai 86.9 juta orang pelancong. Sepanyol yang menduduki tempat kedua dengan mencatatkan sebanyak 81,8 juta pelancong. Amerika Syarikat menunjukkan seramai 76.9 juta pelancong diikuti China dan akhirnya Itali dengan 58.3 juta orang keseluruhannya. Tambahan pula,  5 lagi negara yang melengkap 10 negara paling popular di dunia adalah Mexico, United Kingdom, Turki, Jerman dan Thailand.
Namun sektor pelancongan menyumbang RM 84.1 bilion kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Cuti persekolahan sudah semestinya sinonim dengan pelancongan oleh setiap ibu bapa dan anak-anak. Pelancongan merupakan satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan setiap tahun baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Hal ini demikian kerana sesudah sibuk bekerja dan belajar, dapat merehatkan minda dengan melancong pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluarga.  Melancong bukan sahaja dapat memberi peluang untuk meneroka tempat baru, tetapi juga mendapat pelbagai pengalaman menarik. Sebagai seorang anak, pengalaman melancong yang saya lalui bersama keluarga merupakan pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan.
Antara tempat pelancongan yang pernah dikunjungi oleh saya dan keluarga ialah Pulau Langkawi sewaktu cuti persekolahan pada tahun 2013. Langkawi terletak di Kedah dan dikenali sebagai permata Kedah. Hal ini demikian kerana Langkawi merupakan salah satu tarikan pelancongan yang mendapat sambutan paling menggalakkan bagi setiap tahun sebagai destinasi pelancongan pilihan. Pulau-pulau yang terdapat di Langkawi mempunyai pelbagai tarikan menarik antaranya pantai yang cantik, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia, kawasan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna, pengalaman membeli-belah bebas cukai yang sangat murah dan lagenda yang menarik.


Langkawi mempunyai kisah lagenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Sekiranyanya berpeluang mengunjungi Langkawi, para pelancong yang menujukan soalan kepada sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan pastinya akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawi telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri, tempat di mana Mahsuri disemadikan.
Walaupun kelihatan seperti cenderung kepada pelancongan, kebanyakan penduduk pulau ini bekerja sebagai petani, nelayan dan usahawan. Kami dapat menikmati keindahan kawasan desa dan sawah padi yang menenangkan dengan menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar pulau. Beberapa pemandangan suasana desa yang terbaik terdapat di sepanjang jalan mengelilingi pulau.
Selain itu, saya dan keluarga dapat melihat kampung-kampung kecil dengan rumah kayu yang dikelilingi oleh pokok palma, dan kanak-kanak sibuk mengayuh basikal bersiar-siar di desa. Selain daripada menikmati cara hidup masyarakat tempat, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi. Rasai pengalaman menaiki kereta kabel yang mendebarkan ke puncak Gunung Mat Cincang iaitu gunung kedua tertinggi di Langkawi untuk menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang mengasyikkan.
Destinasi terkenal yang lain yang kami kunjungi adalah Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh dan Pantai Pasir Hitam. Lawatan bot disediakan ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Untuk menghabiskan masa dengan alam semulajadi, kami juga menjelajah merentasi hutan hujan dara yang meliputi hampir seluruh Langkawi, atau menaiki bot melalui kawasan paya bakau. Saya dan keluarga turut pergi menyelam di pulau Padang Beras Terbakar. Langkawi juga mempunyai satu dunia bawah air, dengan terowong bawah tanah yang merentasi sebuah akuarium gergasi, yang menjadi bualan ramai.


Langkawi merupakan satu destinasi yang menjadi pilihan ramai dan jika berpeluang saya ingin datang kembali ke sini bersama keluarga kerana Langkawi mempunyai daya tarikan sebenar pelancong iaitu keunikan, keistimewaan dan keindahan landskap dan warisan alami, bukannya prasarana buatan manusia. Untuk membawa pelancong ke Langkawi, kita perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti sistem pengangkutan, produk tarikan pelancong, hotel dan resort, makanan dan pelbagai produk tempatan sebagai tanda hati.
Pada masa ini, Langkawi menyediakan semua kemudahan ini dengan cemerlang. Begitupun, secara falsafahnya, kemudahan ini ialah keperluan asas bagi menjayakan aktiviti pelancongan, tetapi jangan sekali memusnah atau mengganggu warisan tabii dan keaslian landskap, iaitu sumber asas daya tarikan pelancong ke Langkawi. Kami perhatikan, pembangunan awal memberikan perhatian tinggi kepada aspek keaslian landskap tabii ini. Kebanyakan resort dibina di kawasan strategik, tidak melebihi empat tingkat, bersesuaian dengan topografi dan di celah-celah hutan rimba atau pesisir pantai. Pelancong yang datang berasa kagum dan bangga dengan usaha pengekalan keaslian topografi dan keindahan alam sehingga menjadi bahan mulut untuk diceritakan kepada rakan potensi pelancong akan datang. Inilah pendekatan terbaik dan paling berkesan untuk meningkatkan kedatangan pelawat dan kelestarian pelancongan ke Pulau Langkawi.
Destinasi seterusnya kami melancong ke Pulau Pangkor, Perak pada pertengahan tahun 2015. Pulau Pangkor dijadikan destinasi pelancongan keluarga saya, ia merupakan salah satu daripada pulau paling terkenal di Malaysia yang terletak di sepanjang Selat Melaka, pulau ini menjadi tumpuan di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia. Pulau percutian ini terkenal dengan nelayan dan juga sebagai pusat pelancongan di mana ia menerima kujungan ribuan pelawat setiap tahun kerana kedudukan pulaunya yang strategik. Pulau pangkor mempunyai iklim yang menarik untuk pelancong asing dari negara-negara sejuk seperti eropah Sebelum tiba di Pulau Pangkor kami sekeluarga telah merancang perjalanan ke destinasi dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan PLUS bagi mempercepatkan masa perjalanan kami.
Disebabkan Pulau Pangkor tidak mempunyai jambatan bagi menghubungkan Lumut dan Pulau Pangkor. Jadi saya sekeluarga perlu menaiki feri dan tiket pergi dan balik berharga RM10 seorang. Setelah tiba di jeti di Pulau Pangkor, perkhidmatan teksi tersedia untuk membawa pelancong ke lokasi utama di pulau ini. terdapat beberapa buah perkampungan nelayan yang terletak di sekitar bahagian timur pulau ini, di mana pelancong boleh mengalami dan belajar bagaimana industri ini dilakukan. Ini merupakan tempat terbaik untuk dilihat jika pelancong ingin mengenali lebih dekat lagi akan tradisi dan budaya masyarakat tempatan. Bandarnya pula terletak di sekitar kawasan ini, di mana pelancong boleh melawat kedai makanan laut kering, menikmati makanan tempatan juga membeli barangan cenderahati.
 Kami sekeluarga telah pergi ke Masjid Terapung Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ini terletak di Teluk Gadong dan masjid ini terdapat kaligrafi 1000 selawat serta ia dibina di atas air, oleh itu ia dipanggil sebagai masjid terapung. Di samping itu, kami mengambil kesempatan untuk bersolat di masjid terapung. Seterusnya, tempat yang boleh dilawati oleh pelancong adalah Kota Belanda atau dikenali sebagai Dutch Fort. Kota Belanda ini terletak di Teluk Gadung dan merupakan kota tua yang sudah berusia kira-kira 300 tahun. Pulau Pangkor sebenarnya mempunyai sejarah dengan pihak Belanda. Untuk pemahaman bahawa kubu ini dibina atas tujuan untuk menghalang pihak British daripada merampas pulau ini.

            Selain itu, saya dan keluarga pergi ke Pantai Teluk Nipah yang dikatakan pantai yang paling cantik daripada pantai-pantai lain yang terdapat di Pulau Pangkor ini. Keindahan alam semulajadi di Pantai Teluk Nipah ini memberikan aura ketengan dan kedamaian kepada pengunjungdi sini. Pulau Pangkor mempunyai kepulauan seperti Pulau Giam dimana lokasinya hanya lebih kurang 10 minit saja dari Pulau Pangkor yang mana pelancong boleh menggunakan kayak atau bot kecil untuk pergi ke pulau tersebut.  Yang menariknya di sini, air yang jernih boleh dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti laut seperti snorkelling. Landskap Pulau Giam yang menarik dimana batu-batu besar terhampar di sekeliling pulau menjadi sudut yang menarik untuk bergambar bersama keluarga. Lokasi Pulau Giam berhadapan dengan Teluk Nipah dan bersebelahan dengan Pulau Mentagor.



            Detinasi terakhir di Pulau Pangkor sebelum pulang ke rumah halaman adalah Pekan Pangkor. Pekan ini merupakan antara tempat para pengujung boleh mendapatkan barangan hasil laut kering atau basah. Selain itu, Kilang Hasil laut Pak Su juga berdekatan dengan pecan di mana pelancong boleh memborang produk hasil laut di sini dan di jadikan sebagai buah tangan kepada keluarga atau sahabat.
            Kesimpulannya, kegiatan pelancongan di Malaysia adalah yang paling menarik. Hal demikian kerana geografi bentuk muka bumi Malaysia dibawah garis khatulistiwa yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai satu percutian keluarga. Serta berbagai  keunikan budaya dan kesenian. Pelancongan sukan dan bangunan warisan sejarah peninggalan penjajah yang sentiasa terpelihara. Ini membuatkan keinginan kami sekeluarga untuk kembali ke tempat  pelancongan yang sama dan melihat sesuatu perkembangan atau pembangunan baru di tempat pelancongan yang kami lawati.


No comments:

Post a Comment