“Mama abah cuti kali ni kita nak pergi mana pulak?” soal
aku kepada ibu bapaku dengan penuh teruja. “Baiklah, cuti kali ini kita akan
pergi melancong ke negeri Melaka” secara serentak ibu bapaku menjawab
pertanyaan itu. “Yeayyy!” keempat-empat adikku terus memberi reaksi yang sangat
teruja setelah mendengar jawapan dari ibu bapa kami.
Begitulah cerita kami pada setiap kali musim cuti persekolahan bermula setiap tahun. Betapa gembiranya aku dan adik-adikku apabila cuti persekolahan menjelang, kerana kami tahu ibu bapa kami pasti akan membawa kami sekeluarga melancong ke luar negeri. Aku merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik dalam keluarga. Ibu bapaku merupakan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, ini juga telah menjadi salah satu sebab mengapa kami sekeluarga amat suka mengambil peluang untuk melancong ke destinasi yang menarik pada musim cuti persekolahan. Sejak dari kecil lagi ibu bapaku akan membawa kami sekeluarga melancong kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami dengan meluangkan masa sepenuhnya pada waktu cuti. Bukan itu sahaja, banyak pengalaman suka dan duka yang telah kami lalui bersama sepanjang kami bercuti, sekaligus dapat menambahkan pengetahuan tentang tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pada masa akan datang.
Begitulah cerita kami pada setiap kali musim cuti persekolahan bermula setiap tahun. Betapa gembiranya aku dan adik-adikku apabila cuti persekolahan menjelang, kerana kami tahu ibu bapa kami pasti akan membawa kami sekeluarga melancong ke luar negeri. Aku merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik dalam keluarga. Ibu bapaku merupakan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, ini juga telah menjadi salah satu sebab mengapa kami sekeluarga amat suka mengambil peluang untuk melancong ke destinasi yang menarik pada musim cuti persekolahan. Sejak dari kecil lagi ibu bapaku akan membawa kami sekeluarga melancong kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami dengan meluangkan masa sepenuhnya pada waktu cuti. Bukan itu sahaja, banyak pengalaman suka dan duka yang telah kami lalui bersama sepanjang kami bercuti, sekaligus dapat menambahkan pengetahuan tentang tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pada masa akan datang.
Ketika aku masih berumur enam tahun, ibu bapaku telah
membawa kami sekeluarga melancong ke negeri Pantai Timur iaitu Terengganu dan
Kelantan buat pertama kalinya. “Semua barang yang perlu dibawa esok sudah
dikemas ya” kata ibuku. “Jangan ada yang tertinggal pulak” kata bapaku kepada
kami sekeluarga. Seperti biasa ibu dan bapaku akan memastikan setiap keperluan
yang perlu kami bawa ketika melancong sudah dikemas sebelum bertolak ke
destinasi yang ingin dituju. Misalnya, ibuku akan menyediakan pakaian yang akan
diguna oleh kami sepanjang percutian di destinasi yang dituju mengikut hari
yang telah dirancang. Manakala, bapaku pula akan memeriksa keadaan kereta yang
akan kami gunakan sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami ke destinasi yang
dituju. Hal ini merupakan salah satu perkara penting yang perlu ditekankan
kerana jika kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan yang tidak baik, maka
ia akan menjejaskan keselamatan kita sepanjang perjalanan. Contohnya, pastikan
tayar dalam keadaan yang baik, minyak sentiasa cukup, lampu hadapan dan
belakang kereta berfungsi dan lain-lain lagi. Oleh itu, jika kesemua keperluan
dan kenderaan ini sudah mencukupi dan berada dalam keadaan baik, semestinya
percutian kita akan menjadi lebih seronok.
Pada keesokan harinya, bermulalah perjalanan kami ke
destinasi yang ingin dikunjungi. Destinasi pertama yang akan kami tuju ialah
negeri Kelantan atau lebih dikenali dengan nama negeri Cik Siti Wan Kembang.
“Kakak, adik, abang bangun mandi cepat nanti lambat” kedengaran suara ibuku
yang memanggil nama kami. Begitulah rutin harian ibuku pada setiap pagi yang
akan mengejutkan kami semua dari tidur. “Semua dah siap ya, kita akan gerak
selepas subuh” kata bapaku kepada kami semua. Pada setiap kali kami sekeluarga mengambil
peluang untuk bercuti ke luar negeri, ibu dan bapaku lebih gemar untuk
memulakan perjalanan pada awal pagi. Hal ini demikian kerana ibu bapaku mahu
memastikan kami sekeluarga mendapat tidur yang cukup sebelum kami memulakan
perjalanan ke destinasi yang jauh. Ia pasti amat memenatkan jika kita tidak
mendapat rehat yang cukup, terutamanya bapa yang akan memandu kereta sepanjang
perjalanan. Bukan itu sahaja, jika kita memulakan perjalanan pada waktu pagi,
kita dapat melihat pemandangan yang indah pada waktu siang. “Wah, cantiknya
pemandangan di luar!” kata adikku yang begitu teruja sambil melihat ke luar
tingkap kereta. Oleh itu, terdapat banyak kebaikan jika kita memulakan
perjalanan pada awal pagi, percutian kita pasti akan lebih menarik dan keselamatan
juga lebih terjamin pada waktu siang khususnya bagi perjalanan jarak jauh.
Setelah beberapa jam berada dalam perjalanan kami dari
Perak ke Kelantan, bapaku akan berhenti rehat di mana-mana RNR yang terdapat di
lebuhraya. “Baiklah, kita akan berhenti rehat di sini dahulu” kata bapaku
ketika berada di salah satu RNR. Kami akan mengambil masa lebih kurang sejam
untuk rehat, makan dan solat di RNR tersebut sebelum menyambung perjalanan ke
destinasi yang dituju. Hal ini merupakan salah satu perkara penting yang kita
perlu tekankan sewaktu berada dalam perjalanan yang jauh, kerana setelah
berjam-jam berada di atas jalan raya kita perlu mengambil masa untuk rehat
sebentar untuk mengelakkan sebarang perkara buruk yang tidak diingini berlaku.
Misalnya, seseorang pemandu itu tidak boleh memandu dalam keadaan yang penat
dan ngantuk, ini akan mangakibatkan berlakunya kemalangan di jalan raya. Selain
itu, sebagai umat Islam kita perlulah menitikberatkan soal kewajipan kita yang
perlu dilaksanakan tidak kira di mana kita berada iaitu melaksanakan solat lima
waktu. Oleh hal yang demikian, berhentilah rehat sebentar di mana-mana RNR yang
terdapat di lebuhraya sebelum menyambung sesuatu perjalanan yang lebih jauh.
\PINTU GERBANG KELANTAN |
“Alhamdulillah, kita dah sampai negeri Kelantan.”kata
bapaku dengan penuh teruja. “Yeayyy, tak sabar nak jalan-jalan.” Kata adikku
sambil melompat-lompat dengan begitu terujanya. Akhirnya, setelah mengambil
masa 7 jam sepanjang perjalanan yang agak jauh ini kami telah pun sampai di
Kota Bharu, Kelantan. Kebiasaannya, ibu bapaku akan mencari tempat penginapan
terlebih dahulu seperti hotel setelah sahaja sampai ke sesebuah destinasi yang
dituju. Hal ini demikian kerana, kami akan berehat dahulu sebelum meneruskan
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang berada di tempat yang dikunjunngi itu.
Selain itu juga, kami ingin mencari tempat penginapan dahulu supaya tidak
terlambat untuk menyewa bilik, ini kerana pada musim cuti sekolah hampir
kebanyakan tempat penginapan akan penuh dengan para pelancong. Ibu dan bapaku
lebih gemar untuk mencari tempat penginapan setelah kami tiba di destinasi yang
kami tuju berbanding membuat tempahan secara atas talian. Hal ini kerana, kami
dapat melihat sendiri keadaan tempat penginapan yang dipilih dengan harga yang
berpatutan. Bukan itu sahaja, kami juga lebih mementingkan keselesaan
berbanding harga, jika harga murah namun keadaannya tidak selesa ia akan
menjejaskan suasana percutian kami. Oleh itu, kita perlulah membuat pilihan
yang terbaik jika ingin mencari tempat penginapan dan ia bergantung kepada diri
kita sendiri untuk membuat keputusan.
Kebanyakan tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular
dan sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan
pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah dan juga kawasan pantai.
Tidak kurang juga beberapa destinasi pelancongan yang lebih kepada aktiviti
menikmati keindahan alam semula jadi seperti air terjun, hutan rimba dan
aktiviti rekreasi yang terdapat di beberapa resort yang menarik di Kelantan.
Sekiranya, anda baru pertama kali melancong ke Kelantan pasti anda akan jumpa
dan rasa kelainan terhadap beberapa aspek seperti kebudayaan masyarakat
setempat, menu makanan hariannya dan yang paling ketara adalah dialek bahasanya
yang mungkin agak sukar bagi orang luar untuk memahaminya. “Abang, nanti kita
pergi pasar dulu ya teringin la nak beli baju dan kraftangan yang murah dan
cantik.” Kata ibuku kepada bapaku dengan penuh gembira. Tanpa berfikir panjang
bapaku terus membawa kami semua ke pasar tersebut yang cukup terkenal di
Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah. Di sinilah tempat yang pasti kaum wanita
akan habiskan berjam-jam lamanya untuk membeli pelbagai jenis barangan yang
murah dan cantik. Destinasi pasar basah dan kering ini menjanjikan pelbagai
produk menarik untuk dibeli serta ideal untuk dijadikan buah tangan buat jiran
tetangga dan keluarga. Antara kategori barangan yang menarik di sini adalah
pakaian, kain wanita, kain ela, alatan solat, barang kraftangan, perkakasan
hantaran perkahwinan dan sebagainya.
PASAR SITI KHADIJAH |
“Mama, kenapa kat sini semua penjualnya orang perempuan?”
soal aku kepada ibuku dengan penuh hairan. Jika anda perhatikan, kebanyakan
peniaga di sini majoritinya adalah terdiri daripada golongan wanita. Ini
mungkin satu pengalaman baru untuk kita melihat suasana jual beli di pasar ini
yang sangat jarang terdapat di negeri lain. Pasar Besar Siti Khadijah juga
boleh dikategorikan sebagai one stop
centre untuk pelancong menerokai aneka makanan tradisional di Kelantan
seperti akok, nasi tumpang, etok salai, nasi kerabu, kuih-muih dan banyak lagi.
Jika diimbas kembali kenangan lalu, aku pernah bertanya kepada ibuku “kenapa
nasi dekat Kelantan ni warna biru mama?” lalu ibuku menjawab “itu namanya nasi
kerabu, makanan tradisional orang Kelantan.” Jika anda peminat barangan
kraftangan, terdapat beberapa bahagian yang menjual produk ukiran seperti
hiasan dinding, rantai kekunci, tongkat dan macam-macam lagi.
“Malam ni kita pergi pasar malam pulak ye” kata bapaku
kepada kami. “Dah semua pergi mandi solat pastu siap-siap ye” kata ibuku
sesudah sahaja kami sampai ke bilik hotel. Destinasi kami yang kedua di
Kelantan ialah Pasar Malam Wakaf Che Yeh, merupakan pasar malam yang sangat
besar dan jika anda datang ke sini sudah tentu tidak kurang dua jam untuk
aktiviti mencuci mata sahaja. Suasana di sini mula meriah di sebelah malam
sehinggalah ke awal pagi keesokannya. Kota Bharu bukanlah seperti di Kuala
Lumpur yang mempunyai banyak kedai mamak 24 jam ataupun Midnight Cineplex. Maka, sekiranya anda mencari destinasi menarik untuk
memenuhi aktiviti percutian anda di Kota Bharu pada waktu malam, pasar ini
adalah salah satu tempat menarik yang sangat disyorkan untuk dikunjungi. Produk
jualan di pasar ini juga sangat pelbagai, baik pakaian wanita, aksesori wanita,
tudung, seluar jeans, jersey bola dan macam-macam lagi.
WAKAF CHE YEH |
Anda lapar? Tidak tahu tempat menarik untuk mendapat
aneka makanan? Usah risau kerana di sini juga terdapat medan selera di
tengah-tengah pasar malam ini yang menghidangkan pelbagai menu makanan kenegerian
masyarakat Kelantan yang sangat menarik dan menyelerakan. Kita tidak perlu lagi
keluar jauh untuk mendapatkan makanan yang menarik jika berada di Kota Bharu.
Malah, harga makanan di pasar malam ini juga amatlah berpatutan dan sangat
berbaloi untuk kita sebagai pelancong luar. “Abah, kakak nak yang tu nak yang
ni jugak ye hehe” kata aku kepada bapaku dengan penuh gembiranya setelah
melihat pelbagai makanan yang menarik di sini. Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini
boleh dikatakan satu tempat yang paling “happening”
untuk dilawati jika bercuti di Kota Bharu. Cabaran ke sini hanyalah satu,
pada waktu kemuncak agak sukar untuk mencari parkir kereta.
NASI KERABU |
Pada keesokan harinya, kami meneruskan lagi aktiviti kami
iaitu menuju ke destinasi yang seterusnya. Kami telah pergi mengunjungi Pasar
Terapung Pulau Suri. Pasar terapung ini merupakan pasar yang sangat sinonim di
Thailand, yang boleh didapati di Kelantan dan lokasinya terletak di Kampung
Pulau Suri, Tumpat. Bagi yang ingin mencari makanan popular masyarakat
Kelantan, bolehlah pergi ke pasar terapung ini sekaligus dapat merasai
pengalaman yang berbeza ketika membeli juadah makanan orang setempat. “Mama,
kalau kita pergi pasar tu bole la naik bot dia sekali kan hehe” soal adikku
yang membuatkan kami semua ketawa dengan gurauannya itu. Pengalaman ke pasar
terapung sebegini juga sangat unik dan tiada negeri lain yang menawarkan produk
pelancongan seperti ini. Selain membeli belah, pelancong juga berpeluang juga
berpeluang untuk bersiar-siar melihat keindahan kawasan sekeliling Sungai
Kelantan yang cukup menarik. Pasar terapung ini hanya dibuka pada hujung minggu
dan ada bayaran sedikit untuk masuk ke sini termasuk dengan bayaran tambang
bot. Pelancong perlu menaiki bot di Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota
Bharu untuk ke pasar terapung.
MASJID KAYU |
“Sebelum balik nanti kita singgah masjid cantik ye.” Kata
ibuku sambil tersenyum. “Ok dah kemas semua barang, jom kita kene check out.” Kata bapaku. Setelah sahaja
keluar dari hotel yang kami sewa itu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi
terakhir di Kelantan iaitu Masjid Ar-Rahman. Sekiranya anda seorang yang obsess
dengan kesenian dan binaan bangunan yang unik, Masjid Ar Rahman yang terletak
di Pengkalan Chepa merupakan destinasi yang sangat ideal untuk dilawati.
Lokasinya hanya kira-kira 10 minit sahaja dari lapangan terbang Kota Bharu.
Masjid yang dibina dengan kayu cengal ini, kaya dengan ukiran yang bermotifkan
kesenian Islam Melayu dan paling mencuri tumpuan adalah ukiran-ukiran ayat suci
Al Quran yang sangat halus seninya dan kepala paip di kawasan berwudhunya lain
dari yang lain. Perkarangan masjid ini dikelilingi dengan tasik yang menghijau
dan kelihatan seperti terapung jika dilihat dari sudut tertentu. Bagi mereka
yang gemar menghasilkan karya photo landskap yang, masjid ini sangat menarik
dan sesuai untuk diterjah. Sememangnya, masjid ini sangat disyorkan untuk
pelancong yang cintakan keindahan senibina tradisional.
Maka berakhirlah percutian kami di negeri Cik Siti Wan
Kembang ini. Negeri Kelantan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang
sangat menarik untuk dikunjungi serta sesuai bagi mereka yang bercuti bersama
keluarga mahupun rakan-rakan. Negeri Kelantan ini sememangnya destinasi
pelancongan yang mempunyai pelbagai produk pelancongan yang wajib dilawati dari
pelbagai aspek makanan tradisional, keindahan alam, dan keunikan senibina
tradisional. Negeri Kelantan pasti akan memberikan kenangan terindah untuk kita
lawati.
Selain itu, terdapat banyak lagi destinasi pelancongan
lain di dalam Malaysia yang telah kami sekeluarga lawati pada setiap kali musim
cuti persekolahan. Misalnya, negeri Perak terdapat banyak tempat menarik untuk
dilawati seperti Kellie Castle di Ipoh, Zoo Taiping & Night Safari, Gua
Tempurung, Gunung lang, Royal Belum, dan banyak lagi. Seterusnya, negeri-negeri
di utara juga kami telah pergi sebagai destinasi pelancongan yang amat menarik.
Di Pulau Pinang terdapat pelbagai lokasi yang menarik untuk dilawati seperti
Bukit Bendera, Muzium Bersejarah, Street Art, Muzium Rumah Terbalik, Sky Walk,
Escape Park, Medan Selera yang menyajikan aneka makanan tradisi Penang dan
banyak lagi. Di Kedah dan Perlis juga terdapat banyak lokasi menarik untuk
dikunjungi seperti Menara Alor Setar, Pasar Pekan Rabu dan Muzium Sawah Padi di
Kedah yang juga terkenal dengan negeri jelapang padi, manakala tempat menarik
di Perlis pula seperti di Gua Kelam, Arked Niaga Padang Besar, Masjid Terapung
Al Hussain dan banyak lagi.
PULAU PINANG |
KEDAH |
PERLIS |
PERAK |
Tambahan lagi, kami sekeluarga juga telah bercuti ke
negeri-negeri di sebelah Pantai Barat dan Selatan. Misalnya, Pantai Port
Dickson di Negeri Sembilan yang cukup terkenal sebagai salah satu lokasi
pelancongan yang pasti akan dikunjungi oleh pelancong. Seterusnya, di negeri
Melaka pula merupakan salah satu negeri yang begitu terkenal sebagai lokasi
pelancongan bersejarah. Melaka mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dilawati
seperti Kota A Famosa, River Cruise, Muzium Kapal Samudera, Menara Taming Sari,
Pantai Klebang dan banyak lagi. Akhir sekali, di negeri Johor juga banyak
menawarkan lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi seperti Pantai Desaru,
Bazaar Johor (bazar karat), Danga Bay, dan sebagainya.
MELAKA |
NEGERI SEMBILAN |
Kesemua negeri di
Malaysia yang telah kami sekeluarga lawati ini amatlah disyorkan sebagai lokasi
percutian yang sememangnya akan memberikan pengalaman dan kenangan yang sangat
menarik dan indah dengan pelbagai produk pelancongan yang telah ditawarkan
seperti makanan, pakaian, keindahan alam, hasil seni bina, kraftangan, dan
bermacam lagi. Sebagai perkongsian, untuk menjadi pelancong kita perlu membuat
persiapan dan persediaan dalam semua aspek sebelum kita memulakan perjalanan di
mana-mana destinasi.
Wowww, such a happy family ��
ReplyDeleteSaya tertarik la cara penulisan awak. Ada dialog-dialog ringkas dan menarik ��
ReplyDeleteGreat sharing! In love with your writing ☺
ReplyDelete