1) PASPORT –
pastikan pasport belum tamat tempoh dan ada lebih 6 bulan sebelum expired
semasa tarikh travel.
2) TIKET
FLIGHT – sahkan tiket flight dengan syarikat
penerbangan ataupun ejen jika travel menggunakan travel agent.
3) DUIT TUKAR –
tukar duit negara yang kita nak pergi siap-siap. Pernah terjadi pada aku masa
pergi umrah aku gagal jumpa money changer. Kalau boleh buat akaun bank kita
boleh buat pengeluaran duit di luar negara.
4) INTERNATIONAL ADAPTOR
& EXTENTION PLUG – Beli siap-siap
international adapter yang boleh guna disemua negara. Bagi yang banyak gadget
nak dicaj jangan lupa bawa juga extension wayar. So semua boleh sekali jalan
untuk dicaj.
5) LUGGAGE / BACKPACK – Bawa 2
jenis bag . 1 jenis tarik beroda untuk anda sumbat segala jenis keperluan dan
kalau boleh jangan penuhkan sebab kebiasaanya kita akan beli cenderamata untuk
dibawa pulang.
6) DATANG
AWAL KE LAPANGAN TERBANG - Datang awal ke lapangan terbang selewat-lewatnya satu
jam sebelum berlepas. Lagi awal lagi bagus. Bila datang awal dapat mengelakkan
perkara yang tidak dijangka berlaku.
7) PAKAIAN, KELENGKAPAN PENJAGAAN DIRI DAN
UBAT-UBATAN
Packing adalah aktiviti penting sebelum anda pergi melancong.
Jangan sampai ada keperluan yang tertinggal apabila anda hendak berangkat
nanti. Bawalah pakaian, kelengkapan penjagaan diri, ubat-ubatan jika perlu dan
keperluan tambahan lain secukupnya. Senaraikan dahulu apa yang benar-benar
diperlukan, barulah packing. Kemudian timbang dahulu berat beg dan
bagasi anda supaya tidak overweight semasa check-in nanti.
8) BAWA SEKURANG-KURANGNYA SATU ATAU DUA KAD
KREDIT ATAU KAD DEBIT
Bawa
sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai backup. Ada
masalah satu kad tak dapat digunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu
ada ganti. Dan aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum
bercuti.
9) BAWA BEKALAN MAKANAN YANG MENCUKUPI
Walaupun
anda merancang makan di luar. Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati
di sesebuah negara.
10) BELI TRAVEL INSURANS
Beli
insurans kembara, jangan berkira untuk melabur RM 80 untuk insurans kembara,
ini sangat penting dan berguna terutamanya jika berlaku kes kecemasan seperti
kemalangan jalan raya ketika berada di luar negara.
by: Najwa Hanna (A170744)
No comments:
Post a Comment