PERCUTIAN
BAJET PUN MASIH BOLEH ‘ENJOY’?
Bercakap tentang
bercuti, biasanya banyak belanja perlu dikeluarkan. Maklumlah, bukan selalu
bercuti panjang. Apa lagi jika bercuti beramai-ramai di satu-satu tempat dalam
jangka masa melebihi 3 hari. Perlu fikir kos hotel, kos makan semua ahli dan
kos transport. Jadi, macamana nak rancang percutian bajet?
1.
PACKING MAKANAN SIAP-SIAP
Sebelum
memulakan perjalanan, digalakkan bawa makanan yang disediakan di rumah. Ia
boleh dimakan semasa dalam kenderaan. Jadi, setiap kali anda berhenti di
mana-mana perhentian R&R ataupun stesen, anda juga boleh keluarkan makanan
yang dibawa dan makan beramai-ramai. Lagi seronok bukan?
2.
KUNJUNGI RESTORAN YANG SEDIAKAN PROMOSI
Banyak restoran
yang menyediakan set lunch yang lengkap dengan air. Jadi anda
dapat jimat daripada membeli secara bufet. Ada juga yang menawarkan
promosi “kids eat free” apabila membeli set hidangan yang
disediakan.
3.
TINGGAL DI HOMESTAY
Bukan sahaja
besar dan selesa, terasa seperti tinggal di rumah sendiri. Malahan harga
sewanya juga lebih murah berbanding hotel. Biasanya homestay turut
menyediakan dapur lengkap dengan tong gas untuk memudahkan anda memasak
hidangan. Jadi, anda boleh menyediakan makanan sendiri sebelum keluar
berjalan-jalan.
4.
RANCANG WAKTU
Perlu rancang
trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan
raya. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak. Jika anda naik
kereta api atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak
sampai lewat dan perlu pula keluarkan duit extra untuk sampai
ke destinasi. Bila ada promosi, cepat-cepat tengok kalendar dan tempah tiket
kapal terbang.
5. CARI
ALTERNATIF YANG KURANG POPULAR
Jika anda
menaiki kapal terbang, buat perbandingan antara harga sebelum menempah. Pilih
waktu penerbangan yang kurang sibuk seperti waktu pagi misalnya. Hotel-hotel
ternama juga lazimnya lebih mahal daripada hotel baru atau homestay yang tidak
kurang hebatnya! Jadi, buatlah sedikit research ya.
6. GUNA
KELEBIHAN KEAHLIAN
Ada hotel dan
syarikat penerbangan yang memberi points pada ahlinya. Hanya
dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan
sebagainya, anda boleh gunakannya sewaktu rancang percutian bajet.
7. CARI
AKTIVITI YANG TIDAK PERLU BELANJA BANYAK
Banyak hotel dan
tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka
terutamanya kanak-kanak. Jadi, sebelum anda menempah, dapatkan info dahulu
tentang aktiviti yang ditawarkan dan jika ada festival yang diraikan. Lebih
banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat
berjimat. Kalau tak, anda pun boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolam
renang, taman, tasik, atau rumah opah. Contohnya berbasikal, lumba renang,
tarik tali, atau memasak bersama seisi keluarga.
DALAM
BERJIMAT TU, KENA BERINGAT JUGA..
Walaupun
merancang percutian bajet, cuba elak terlalu berjimat hingga anak-anak terasa
tidak gembira bercuti. Inilah waktunya anda dapat bersama mereka kerana selepas
itu, anak-anak akan makin membesar dan duduk berjauhan. Yang pasti, kenangan
dan memori bercuti bersama seperti ini sukar untuk berulang lagi.
by: Aida Amira A171932
No comments:
Post a Comment