Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Sunday, October 27, 2019

Tips Mengerjakan Umrah Buat Kali Pertama


Pelbagai perkara perlu dititikberatkan sebelum kita pergi mengerjakan umrah terutama kepada mereka yang pertama kali mahu menunaikan ibadah tersebut. Tips mengerjakan umrah buat anda yang sedang merancang untuk pertama kali ke sana tidak lama lagi.

1. Niat
Niat haruslah betul dan anda digalakkan supaya niat dengan ikhlas iaitu ingin beribadat kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa supaya Allah memudahkan urusan anda yang mahu menunaikan umrah.

2. Ilmu
Sebelum mengerjakan umrah, seelok-eloknya anda mempersiapkan diri dengan ilmu agar dapat melaksanakan amal ibadat dengan betul dan sempurna.

3. Solat sunat jenazah
Tidak rugi anda belajar bagaimana cara-cara untuk solat sunat jenazah kerana besar ganjarannya jika anda berpeluang mengerjakan solat sunat jenazah di Tanah Suci semasa berada di sana.

4. Suntikan imunisasi
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, jemaah umrah dan haji diwajibkan mengambil suntikan imunisasi untuk mengelakkan diri anda daripada terkena penyakit dan menyebar penyakit ketika pulang ke tanah air.

5. Pasport & visa
Perkara paling penting yang anda harus sediakan dengan lebih awal ialah pasport dan visa bagi memudahkan perjalanan anda. Wang yang dibawa juga perlu mencukupi. 

6. Bagasi
Selain pasport, anda juga harus membuat senarai semak barang keperluan yang harus dibawa. Beg juga harus ditanda supaya anda mudah untuk mengenalpasti beg kepunyaan anda dan mengelakkan ia daripada tertukar dengan orang lain.

7. Kesihatan
Anda dinasihatkan untuk menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit semasa berada di sana. Rugi la jika jatuh sakit dan tak sempat beribadat walaupun sudah berada di Tanah Suci. Anda harus berhati-hati semasa beribadah dan berwaspada dengan golongan yang mengambil kesempatan kepada jemaah lain dengan membuat gangguan seksual semasa tawaf. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya dan jauh daripada perkara yang tidak baik.

8. Niat ihram bersyarat
 Bagi perempuan, sangat disarankan niat ihram bersyarat. Ketika di Makkah, jika sebelum sempat tawaf, atau sedang tawaf haid datang maka secara automatik dia dikira bertahallul maka kita terlepas daripada pantang larang ihram. 


Semasa Berada di Makkah

1. Saya sampai Makkah petang, masuk bilik, bersihkan diri kemudian siap-siap pergi Masjidil Haram. First time nak tengok Kaabah, tak tau nak cakap macam mana. Sebak, takut, happy dan kekadang betul ke ni dah sampai Makkah. Tapi sampai sini tenangnya masya Allah. Kami mula buat tawaf saie semua lepas isyak sebab tak nak kelam kabut. Jadi lepas isyak lebih tenang dan boleh buat slow-slow. Biasanya, nak buat umrah pertama mutawwif akan guide. So jangan risau, tanya lah mutawwif tu kalau tak tahu atau tak paham. Masa tawaf kena focus (tak boleh niat nak kejar ayah kat depan lah, takut kena tinggal lah). Lepas tawaf boleh buat solat sunat tawaf (pilih lah tempat yang paling mustajab doa ye).

2. Pemandangan dari tempat tawaf tingkat 3. Baik, tempat tawaf ada 3. Tingkat bawah sekali, tingkat 2 dan tingkat 3. Saya dah cuba tawaf tiga-tiga tempat ni. So far paling best tawaf kat bawah sekali sebab rasa dekat sangat dengan Kaabah. Jika tak nak bersesak sangat, tingkat 2 dan 3 tenang sikit. Tapi kena hati-hati sebabnya ni tempat untuk orang tolak kerusi roda. Biasanya dorang ni main tolak je. Uish kalau terkena kaki orang depan tu, sakit nya masya Allah. Ayah cerita ada mamat ni kaki dia kena wheelchair, berdarah habis. Perbanyakkan buat TAWAF SUNAT. Sebab ada ustaz cakap, amalan yang paling terbaik di Makkah is tawaf. Tengok Kaabah pun dah kira ibadah tau. So kalau penat tak larat nak tawaf, tengok Kaabah pun dapat pahala, best kaaann!

3. Masjidil Haram ada je tempat berwudhu untuk perempuan. Tapi kekadang ada je laki yang tak faham main masuk je masa kita tengah sibuk amik wudhu. Tapi tak boleh nak buat apa, SABAR je lah kan. Tapi kena cek juga tempat tu bersih ke tak, sebab masa saya ambik wudhu ada orang “buang air” plak kat situ. Tu pun kena sabar lagi. Huhu. Mungkin dia tak jumpe toilet (husnuzon). Ingat, kat sana kena banyak bersangka baik okay.

4. Memakai kasut/stokin tawaf dan saie. Boleh je nak pakai stokin tebal, tapi kekadang stokin ni licin dan nanti senang terjatuh. Macam kasut/stokin ni, dia ada ‘bintik-bintik’ kat tapak yang membuat tak licin masa nak buat tawaf dan saie. Macam saya, saya pakai stokin tebal dan pakai kasut/stokin. Biar tebal, sebabnya nak elak tumit kaki merekah dan rasa sakit. Sebabnya kat Makkah banyak jalan dan tumit akan rasa sakit. Huhu.

5. Bila malas nak pergi tempat ambik wudhu sebab jauh sangat, boleh la ambik wuduk guna spray ni. Isi lah air zam-zam/air biasa ambik je wuduk kat bucu-bucu masjid atau memana yang selesa. Ada akak ni pesan kat saya, isi lah spray tu dengan air zam-zam sebab nya kat Makkah je boleh ambik wuduk dengan air zam-zam. Yelaa kat tempat lain tak ada kan.

6. Di Makkah ni memang kena pandai menyelit. Dan biasanya kalau bukan solat fardu, memang campur je laki perempuan. Tempat saya solat sunat tawaf. Memang dah niat nak duduk depan multazam. Masa ni sebelum solat subuh. Tapi nanti nak dekat subuh mmg kena halau lah sebab ni tempat solat lelaki.

7. Di pintu gerbang King Fahd Gate. Saya dan ayah memang guna pintu tu je. Senang, terus je terus nampak Kaabah. Oh, saya kan datang dengan keluarga, jadi selalu saya gerak dengan mak dan adik perempuan atau tak pun janji dengan ayah dan adik-adik lelaki nak jumpa memana. Jangan risau nak gerak berasingan, just cakap dalam hati in shaa Allah, Allah jaga. Jangan cakap besar, contohnya “haa mesti jumpa kat sini punya” (tanpa sebut in shaa Allah). Nanti Allah murka, habis laa. Hehe.

8. Wakaf Al Quran, boleh beli Al quran untuk wakaf kat kedai-kedai tepi masjid. Tapi pastikan Al Quran tu sama dengan apa yang ada dalam masjid. Sebab kalau lain, memang tak dibenarkan letak dalam masjid.

9. Untuk shopping kacang, inai, perfume saya prefer kat Makkah lagi. Inai serbuk boleh beli masa pergi melawat jabal rahmah. Ada orang jual kat tepi-tepi. Lagi murah. Kalau nak beli inai tube, beli kat kedai tepi-tepi jalan kat area Masjidil Haram. 1 kotak boleh dapat 20 riyal, kat Madinah 30 riyal. Praktikkan amalam tawar menawar ye kalau beli banyak. Tapi jangan lah tawar sampai tak ada untung pak arab tu. Hehe.

10. Ice cream! Mesti try ice cream kat Makkah. Sedappp! hehe. Boleh beli dekat kedai-kedai tepi masjid. 3 riyal. Bila nak balik akan ajak ayah makan ice cream dulu. Hehe.

11. Jika rasa nak makan makanan arab yang sedap, boleh cuba kat food court dalam Safwa Tower. Harga agak mahal, tapi makanan tu portion banyak. Boleh makan 2 ke 3 orang. Mesti cuba nasi beriani atau nasi mandy. Sedaaappp! Tapi kalau kebab, saya rasa kat Malaysia lagi sedap. Tapi lain orang lain citarasa kan?

12. Di ladang pokok kurma. Memula ingat ni pokok kelapa sawit. Haha, biasanya memang jemaah akan dibawa pergi ladang kurma. Kat sini ada jual macam-macam jenis kurma. Tapi paling terkenal KURMA AJWA. Boleh je cuba semua kurma tu, paling penting ambik sebijik then tanya kat dia “halal’? Maksud halal kat depa tu free. Hehe.

13. Kurma ajwa. Sabda Nabi S.A.W, “Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu”.

14. Jabal Rahmah, tempat yang sangat terkenal untuk berdoa supaya dipermudahkan urusan jodoh dan mendapat jodoh yang terbaik. Hehe.

15. Ziarah Ladang Unta, bau kat ladang ni memang semerbak. Haha. Masa turun tu, tengok bawah masa jalan takut terpijak najis. Sebab biasanya lepas pergi ladang unta, kita akan pergi bermiqat untuk niat umrah. Nanti tak sah plak umrah kalau ada terkena najis kan? Sesapa nak cuba minum susu unta segar, boleh cuba kat sini.

Semasa Berada di Madinah

1. Masjid Nabawi, Madinah. Sebelum gerak ke Madinah, wajib buat TAWAF WIDA/ WADA iaitu tawaf selamat tinggal. Kalau tak, kena dam. Lepas tawaf wida’ kena banyak jaga tau, tak boleh tengok fon, tak boleh ambik gambar. Selepas tawaf wida jemaah hanya boleh buat solat sunat, kucup Hajar Aswad dan berdoa. Sampai je Madinah, memang suasana lain sikit dari Makkah (tu korang boleh rasa sendiri nanti) Tapi Masjid Nabawi cantik subhanallah tak tau nak cakap macam manaaaa. Cantik gila!

2. Untuk perempuan, masuk pintu 25 senang. Tapi sebelum masuk, akan ada orang cek bag. Cek je buat muka tak bersalah so tak da lah dorang nak cek lebih-lebih. Hehe. Pintu ni senang sebab dekat dengan raudhah semua. Pergh nak masuk raudhah tu mmg kena kental. Tapi doa dan pasang niat nak sampai carpet hijau, dan in shaa Allah, Allah akan permudahkan. Setiap kali masuk dalam masjid, bagi lah salam kat Rasulullah.

3. Masjid Quba antara masjid paling suci dalam Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Sabda Nabi S.A,W.,” Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba’ lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah
.
4. Haaa, lepas solat fardu depan pintu 25 banyak sangat orang menjual. Tudung memang selambak gitu. Jubah lagi lah 20 riyal je. Tapi jangan terperdaya, murah tapi quality tak ada pun tak best kan. Sepanjang jalan tu banyak je kedai jubah. Pasal shopping saya tak expert sangat, sebab kurang membeli. Tapi orang kata shopping kat Madinah lagi heaven. Kalau rasa shopping kat Madinah lagi mahal dari Makkah, jangan merungut. Anggap je kita shopping kat Madinah sebagai tanda menolong orang-orang kat sana yang menghidupkan dan menjaga Masjid Rasulullah. In shaa Allah pahala banyak kat situ amiinn.

5. Tips tambahan – prepaid sim kad, sampai sana mesti semua orang akan sibuk nak carik sim card atau wifi untuk hubungi keluarga bagitau dah smapai kan. Ye la, perjalanan jauh, kalau keluarga tak dapat khabar berita dari kte, mesti risau kan? Jadi sekarang saya nak cerita pasal sim card pula. Nak beli sim card pun kena hati-hati sebab takut kena tipu atau salah faham pasal sim card tu. Ye la kat sana nak comminucate macam payah sikit. Saya beli sim card yang boleh call je sebab saya ni susah nak lekang dengan phone kalau ada internet. Jadi guna wifi hotel je. Beli sim card ZAIN kat Makkah. 30 riyal untuk call sahaja. Ayah beli sim kad yang ada internet 70 riyal.

6. Tips tambahan – sedekah perjalanan ke Masjidil Haram, memang akan ada orang beratur minta sedekah. Dekat sana, amalam sedekah memang amat-amat digalakkan. Tapi yang kalau mereka beratur panjang, bahaya sikit. Sebab kalau bagi sorang, korang kena bagi semua sebabnya dorang akan kejar. Saya kena kejar sampai ke dalam mall okay haha. Nasib my dad my hero tolong selamat kan saya. Hehe. Tips nak sedekah ni, kalau kita niat nak sedekah untuk 3 orang, korang boleh sedekah kat 3 orang yang terakhir. Jadi yang depan tu tak nampak pun korang sedekah sebab membelakangkan kita kan. Haa jadi tak adalah lah adegan kejar mengejar kat situ. Heh. Boleh beribadat dengan tenang lepas tuu. Sedekah lah kat pekerja dalam masjid. Walaupun dorang kerja teruk, tapi gaji dorang sikit. Jadi boleh lah bagi duit sikit untuk depa lapik perut. Bagi 1 riyal pun dorang dah rasa happy dah. Seronok kan bila dapat buat orang happy weee. Haaa, lepas minum air zam zam, sedekah lah sikit kat orang yang angkut tong air zam zam tu okay?

7. Akhir sekali nak balik ke Malaysia tu, jangan lupa buat Ziarah Wida’ ye. Ucapkan selamat tinggal kat Rasulullah. Wuuu sedeynyaaaaa. Tapi memang best! Bagi saya best pergi Makkah dulu sebab kat Makkah kena all out then sampai Madinah boleh relax-relax sikit.

by: Aida Amira (A171932)

No comments:

Post a Comment