Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Sunday, October 20, 2019

TIPS MELANCONG SAMBIL MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH DAN MADINAH


  1.       Anda digalakkan untuk melakukan perbandingan harga antara kedai-kedai jika mahu membeli-belah baju, kurma atau tasbih kerana sesetengah kedai mengenakan harga yang terlalu mahal daripada harga yang biasa.

  2.           Jika anda mahu membeli-belah, pastikan anda bergerak dalam kumpulan kerana Kota Mekah sangat sesak dengan manusia yang datang dari pelbagai negara. Oleh itu, tetapkan tempat untuk berkumpul supaya salah seorang ahli kumpulan anda tidak hilang dari pandangan anda.
  3.        Jika anda wanita, elakkan menaiki teksi berseorangan. Sebaliknya ambil perkhidmatan teksi secara beramai-ramai kerana sesetengah pemandu teksi bersikap kasar terhadap wanita serta melakukan penipuan dari segi harga tambang teksi.
  4.       Sila bawa peneman anda yang fasih berbahasa Arab semasa membeli-belah untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah terutamanya Jemaah Malaysia kerana kebanyakkan peniaga Arab suka menarik perhatian Jemaah dari Malaysia untuk membeli barang daripada mereka.
  5.       Jika anda adalah seorang yang suka makan dalam portion yang sederhana atau kecil, anda digalakkan untuk berkongsi makanan dengan orang lain ketika makan di luar hotel anda kerana portion makanan di sana agak banyak terutamanya jika membeli nasi beriyani.
  6.       Sediakan extra luggage untuk menyimpan semua barang yang anda telah membeli-belah untuk mengelakkan anda daripada membeli luggage ketika berada di sana.
  7.        Jika anda mahu memasuki Raudhah ( untuk perempuan), pastikan anda datang awal waktu untuk beratur serta elakkan daripada membawa apa-apa barang semasa mahu memasuki Raudhah.
  8.       Tidak semestinya anda harus memakai jubbah seharian. Boleh sahaja memakai pakaian selain jubbah yang sopan serta menutup aurat. 

Setakat itu sahaja pendapat saya, apa yang saya dapat simpulkan bahawa sebelum datang ke Mekah dan Madinah, anda sangat digalakkan untuk belajar mengawal kesabaran serta kemarahan untuk menanamkan sikap toleransi yang tinggi dan memudahkan kerja anda sepanjang berada di sana.

by: Nur Shahirah Binti Anuar A169683

No comments:

Post a Comment