Kota Yogyakarta juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang terletak
di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan
peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra. Selain
warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah
Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
Tuesday, October 15, 2019
CAMERON HIGLANDS DAN LANGKAWI ISLAND
Nama penulis: Nur Shafiqa Aqila binti Zainuddin (A170161)
Secara
jujurnya jika bercerita tentang pengalaman melancong saya bersama keluarga dari
kecil sehinggalah sekarang. Dapatlah diringkaskan bahawa pengalaman melancong
saya tidaklah begitu banyak jika dibandingkan dengan pengalaman melancong orang
lain. Tambahan pula, kebanyakan tempat pelancongan yang telah saya kunjungi
setakat ini hanyalah sekitar di Malaysia sahaja. Hal ini kerana, sejak dari
kecil lagi, saya dan keluarga lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding
melancong. Oleh itu, setakat apa yang saya ingat, sewaktu saya berada di peringkat sekolah rendah. Saya pernah melancong bersama keluarga ke Cameron Highlands, Pahang.
KOTA SINGAPURA: NEGARA 1001 LARANGAN
Nama penulis: Fithriyaani Binti
Zainal (A169728)
Kata
orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu
saya dan keluarga saya bercuti dan melancong ke Kota Singapura pada tahun 2010.
Pada abad ke-14, pulau kecil yang strategik ini mendapat nama samaran baru.
Menurut legenda, Sang Nila Utama, seorang pangeran dari Palembang (ibu kota
kerajaan Sriwijaya), sedang berburu ketika ia melihat seekor binatang yang
belum pernah dilihatnya sebelumnya. Dengan mengandaikan ini adalah satu petanda
yang baik, dia kemudiannya menubuhkan bandar di mana binatang itu ditemui, dan
menamakannya Lion City atau Singapura, yang diambil dari Sanskrit
"simha" (singa) dan "pura" (bandar).
PULAU MUTIARA, PULAU PINANG
Nama penulis: Azirul Adib Bin Azmi (A170610)
Pelancongan merupakan
suatu yang melibatkan pergerakan sementara individu dan keluarga atau sekumpulan pelancong yang pergi ke sesebuah destinasi dalam negeri atau luar
negara untuk tujuan rekreasi, beristirehat, konvensyen dalam tempoh melebihi
daripada satu hari, yang juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh
penyaji atau pengusaha perkhidmatan
dan berada di destinasi untuk seketika untuk menikmati, menonton dan melakukan aktiviti, produk dan ruang pelancongan.
SEOUL, KOREA
Nama penulis: Nurnazihah Binti Badrul Azmi (A169379)
Pada
bulan Januari 2019 saya dan keluarga telah melancong ke negara Korea Selatan
selepas tamat peperiksaan akhir saya. Korea Selatan merupakan antara negara
yang saya ingin saya lawati sejak kecil lagi. Namun, pada tahun 2019, hajat
saya untuk melancong ke Korea Selatan telah tercapai. Setelah sekian lama saya
tidak pergi melancong kerana ibu bapa saya sibuk bekerja. Tambahan pula, saya
dan adik saya masih belajar. Tujuan utama kami sekeluarga pergi melancong
adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta mengenali budaya
masyarakat Korea dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



