Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Monday, October 28, 2019

TIPS MELANCONG DI CAMEROON HIGHLAND

1. Lokasi ini merupakan tempat sesuai untuk membawa seisi keluarga terutama sekali yang mempunyai anak kecil untuk ke tempat yang sejuk, berangin dan baby-friendly tanpa perlu travel ke luar negara dan ingin menjimatkan wang.

2. Untuk menjimatkan masa dan cepat ke destinasi. Exit tol Tapah dari Duta. Jalan dari Tapah ke Cameron sangat teruk tetapi kereta tidak banyak. Kaedah lain, exit seimpang Pulai yang lebih selesa.

3. Check in Hotel Kea Garden Guest House dengan harga RM360 untuk katil king selama 3 hari 2 malam untuk penginapan yang terbaik dan murah. Anda boleh membuat tempahan dalam atas talian iaitu Booking.com atau Trivago. Hotel Kea Garden memang terbaik kerana hotel tersebut mempunyai taman bunga yang cantik dan bersebelahan dengan pasar Kea Farm. Sekiranya anda hendak ke Kea Farm, sangat sesak dan sukar untuk mencari tempat letak kenderaan di Tanah Rata dan Brinchang.

4. Pada cuti sekolah dan cuti umum, kawasan ini sangat sesak. Sila bertolak awal, selepas azan subuh untuk memudahkan perjalanan anda.

5. Seelok-eloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau perayaan kerana harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal, sukar untuk parking kereta, kebanyakan hotel penuh dan harga sangat mahal dan kurang privasi.

6. Sediakan paying kerana kawasan berbukit sering hujan.


Tips tempat menarik di Cameroon Highland

1. Ladang The Boh di Ringlet atau Bharat The Garden beroperasi pada pukul 9.30 pagi hingga4.30 petang pada hari Selasa hingga Ahad.

2.  KEA Farm beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.

3. Ladang anggur Bertam Valley pada pukul 9 pagi hingga 5 petang (musim anggur pada bulan 12)

4. Taman Abang Steamboat & Grill, harga dewasa RM39 & harga untuk kanak-kanak RM29

5. Pasar malam Sungai Ruil berhampiran Golden Hills beroperasi pada lewat petang sehingga pada waktu malam pada hari Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad dibuka untuk cuti sekolah.

6. Cameroon Valley Tea House

7. Nasi Lemak Sambal Stawberry di Kampung Sedia dengan harga RM10

by: Norli Yana (A171883)

Tips melancong ke Tawi Tawi the Beautiful Pearls Sulu Waterworld

1. Tempah tiket penerbangan seawal 4 bulan

Pembelian tiket seawal 4 bulan penting untuk mengelakkan harga agak mahal ditambah lagi bila musim perayaan yang akan menyebabkan harga penerbangan menjadi mahal.

2. Perbaharui passport sebelum ke luar negara
Passport perlu diperbaharui sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan ia tamat tempohnya.

3. Tulis nombor kedutaan Negara
Bagi mengelakkan sebarang benda yang tak diingini berlaku seperti perompakan, penculikan terutamanya di kawasan kawasan yang agak berbahaya  seperti di Forbidden Island.

4. Beli siap siap simkad dari luar negara
Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat sekiranya kita ingin membuat panggilan ke negara asal.

5.Pilih Destinasi
Penentuan lokasi sekiranya ingin melancong ke Filipina sangat  penting kepada Muslim kerana kawasan Ibadah dan makanan halal sangat sukar untuk diperolehi.

6. Tukar mata wang asing sebelum berlepas
Elakkan menukar wang di bank atau lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah kerana ada sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut.

7. Packing makanan halal siap siap
Terutamanya bila pergi ke Negara yang minoritnya islam yang agak menyukarkan untuk mencari makanan halal.

8. Rancang pengurusan masa
Merancang masa melalui jadual  melancong ke tempat yang  menarik perlu disediakan bagi memastikan pelancongan mempunyai hala tuju yang jelas disamping dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

9. Barang Keperluan bayi
Ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil perlu menyediakan barangan kelengkapan secukupnya kerana kawasan sekitar sana agak sukar untuk mencari barangan sebegitu kerana dikekang oleh jarak yang jauh dari kawasan perumahan.

10. Tempahan Bilik Hotel
Sekiranya pengunjung ingin melancong ke kawasan Tawi Tawi perlu mencari tempat tinggal kerana Hotel disana agak terhad.

by: Norsyila (A170795)

PERKONGSIAN TIPS PERCUTIAN SARAH DAN KELUARGA KE PULAU LAGENDA IAITU “PULAU LANGKAWI” SELAMAT MENCUBA!!!


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips kepada sesiapa yang ingin melancong ke Pulau Langkawi, Kedah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga tips yang diberikan ini boleh membantu pelancong dalam membuat persediaan awal sama ada sebelum atau semasa berada di sana.

1. Sesiapa yang merancang untuk melakukan perjalanan menggunakan jalan darat sebelum sampai di jeti untuk ke Pulau Langkawi seperti menaiki kereta dan bas, rancanglah masa perjalanan dengan betul bagi menggurangkan rasa penat. Jika mempunyai saudara di kawasan terdekat bolehlah menumpang sekejap untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

2. Sebelum menaiki feri, para penumpang terutama yang mempunyai gejala mabuk laut perlulah membuat persediaan seperti membawa minyak angin ataupun makan ubat tahan sakit bagi mengurangkan masalah tersebut.

3. Ketika sampai di jeti kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis, pelancong digalakkan membeli tiket pulang bagi mengelakkan kehabisan tiket terutama jika melancong pada musim cuti sekolah. Tiket feri boleh dibeli menerusi secara dalam talian kerana lebih cepat dan menjimatkan masa.

4. Pelancong digalakkan memilih tempat penginapan yang terdekat dengan kawasan yang ingin dilawati serta mempunyai pemandangan yang menarik dengan harga yang sesuai. Oleh itu, saya memilih Cenang View Hotel kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan serta mempunyai pemandangan yang menarik dan selesa.

5. Ketika bercuti di sana, eloklah memilih masa yang sesuai dan elakkan bercuti ketika musim hujan kerana boleh menyebabkan banyak akiviti tergendala seperti island hopping dan menaiki kereta kabel. Walaupun pemandangan nampak lebih cantik tetapi boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan setiap pelancong.

6. Pelancong juga diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan di mana-mana kawasan yang dikunjungi dan menunjukkan perlakuan yang sopan ketika berada di kawasan tumpuan orang. Contohnya ketika bergambar di Makam Mahsuri yang dihormati.

7. Ketika membeli barangan di sana, para pelancong diingatkan supaya membuat tinjauan harga dan tawar-menawar sebelum membeli kerana ada segelintir peniaga suka menaikkan harga yang tinggi ke atas barangan yang dijual apabila mengetahui kita merupakan seorang pelancong.

Tips yang dikongsikan di atas diharap dapat memberi manfaat dan berguna kepada sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Langkawi.

Selamat bercuti!!!

by: Siti Sarah (A168224)

TIPS SEBELUM MELANCONG KE TEMPAT YANG ANDA INGIN PERGI

TIPS MERANCANG PERLANCONGAN ANDA


Melancong memang amat menyeronokkan dan dapat merehatkan minda kita disamping menambah pengalaman dan ilmu. Namun, mesti kita tidak mahu percutian mengalami masalah dan menambah kekusutan fikiran yang sepatutnya beritirehat. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Di sini saya cadangkan tips untuk merancang perlancongan anda.

1. Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi




Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di pulau Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di pulau Bohey Dulang Sabah

2. Bercuti di waktu luar musim cuti

Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melancongpada waktu bukan musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan murah.

3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong


Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik

4. Pilih tempat penginapan yang selesa dan murah

Sangat penting mendapatkan tempat penginapan seperti homestay atau hotel yang selesa, tapi tak semestinya mahal. Jika anda pergi melancong dalam jumlah yang kecil, berdua atau bertiga misalnya, anda boleh buat hotel reservations, tetapi jika ahli rombongan anda agak ramai, pilihlah homestay sebagai tempat penginapan. Sekarang banyak terdapat banyak homestay, samada homestay terapunghomestay kontena di tengah sawah atau homestay yang dibuat dari gelung simen.

5. Buat tempahan tempat penginapan lebih awal
Merancang dan membuat tempat penginapan lebih awal untuk mengelakkan masalah apabila anda telah sampai ke destinasi menarik pilihan ada. Dalam musim-musim tertentu, hotel dan homestay telah habis ditempah. Anda mungkin akan merasa kecewa jika menyewa hotel atau homestay secara “ad hoc”. Boleh jadi ianya tidak selesa atau anda ditempatkan di bilik yang tidak memuaskan

6. Gunakan pengangkutan yang efektif semasa melancong
Yang paling seronok pergi melancong ialah dengan memandu kereta sendiri. Kita bebas ke sana ke mari tanpa batasan. Namun jika anda tinggal di kampung atau bandar kecil dan ingin melancong ke bandara-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya, memandu kereta sendiri mungkin akan mendatangkan sedikit masalah, anda mungkin tersesat jalan atau terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk. Jadi memilih kenderaan awam lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menaiki keretapi, apabila ke destinasi pelancongan yang dituju, anda boleh menggunakan teksi atau LRT dan kandag-kandag menaiki kapalterbang lebih murah dari menaiki kenderaan darat. Selain itu anda mungkin keletihan memandu dalam jarak yang terlalu jauh dan keseronokan melancong akan bertukar kepada kepenatan yang membosankan.

7. Simpan duit kecemasan


Pastikan anda sentiasa menyimpan duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda di waktu timpa masalah. Sekurang-kurangnya anda masih ada duit spare untuk digunakan bagi mendapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di balai polis.

8.  Sentiasa menyimpan beg plastik dalam beg pakaian anda
Tentunya anda tidak mahu pakaian berbau stokin atau hapak kerana bercampur dengan pakaian yang sudah di pakai. Pastikan simpan beg plastik dalam bagasi untuk asingkan barangan peribadi.

9. Balut beg pakaian anda dengan wrap plastic

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kes penyeludupan dadah secara sembunyi melalui orang awam tanpa disedari oleh mangsa? Gunakan servis pembalutan beg dengan tape plastik di lapangan terbang kerana ia penting untuk keselamatan beg anda dari sebarang kecurian dan sebarang sindiket penyeludupan yang boleh melibatkan anda.

10. Pastikan kad bank anda aktif

Sukarnya apabila kita menghadapi masalah dengan kad bank ketika sedang bercuti apatah lagi di luar negara. Jadi, pastikan dahulu kad bank anda diaktifkan sebelum pergi melancong. Telefon bank untuk pastikan sekiranya anda membuatnya melalui mesin ATM atau online

11. Dahulukan gambar pemandangan

Selfie? Tidak salah untuk kita selfie ketika sedang melancong. Tetapi ruginya kalau kita tidak mengambil gambar pemandangan indah di tempat kita pergi untuk kenangan

12. Simpan dokumen perjalanan dalam satu fail
Semestinya kita akan rasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika check-in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah

13. Travel kit penyelamat anda

Gunakan travel kit untuk bawa bahan-bahan cecair seperti syampu, sabun mandi dan pencuci muka bersaiz mini. Semestinya anda tidak mahu barang-barang keperluan anda dihalang masuk pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan lapangan terbang. Ia juga dapat menjimatkan ruang beg anda.

14. Ambil tahu di mana pejabat kedutaan
Ia sangat serius. Jangan fikir anda berada di negara yang selamat tidak akan ada masalah berlaku kepada anda. Layari dan buat research, catat alamat pejabat kedutaan berada dan simpan di tempat yang selamat

Ada banyak lagi tips berguna yang boleh anda baca di blog-blog pelancongan. Semoga TIPS MERANCANG PERLANCONGAN ANDA  ini menjadi panduan asas yang dapat membantu anda mencapai keseronokan melancong ke tempat menarik pilihan anda.


by: Norain (A170880)


5 Tips Ketika Anda Melancong

1. Rancang perjalanan anda
Ketika anda melancong ke dalam atau luar negara, pastikan perjalanan anda telah siap dirancang sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan anda kehilangan peluang untuk melawat ke tempat-tempat menarik dalam tempoh melancong. 
Pastikan anda melawat tempat yang jauh terlebih dahulu supaya tidak perlu terburu-buru untuk melawat lokasi lain. Ketidakcekapan dalam merancang perjalanan boleh menyebabkan anda tidak dapat melawat lokasi-lokasi lain kerana kekangan masa. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda.

2. Bawa yang perlu sahaja
Dalam keterujaan melancong ke sesebuah destinasi, pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi dan tidak melebih-lebih. Ini membantu dalam penganggaran perbelanjaan untuk bayaran timbangan ketika menaiki kapal terbang. 
Tambahan pula, anda akan membeli pelbagai oleh-oleh untuk dijadikan kenangan bukan? Sudah semestinya oleh-oleh untuk keluarga anda akan menambah beban bagasi anda juga. Maka bawalah pakaian yang perlu sahaja. Khidmat dobi disediakan di hotel serta rumah penginapan, usah bimbang.

3. Pergi bersama orang yang berpengalaman
Tidak salah untuk mengembara berseorangan, tetapi jika anda sukar membawa diri, pelbagai musibah mampu berlaku. Antaranya seperti ditipu penjual. Sudah tentu anda tidak mahukan itu.
Jika anda mempunyai kenalan yang pernah melancong ke tempat yang anda ingin tuju, bawalah kenalan itu bersama. Kebanyakan peniaga akan mengambil kesempatan dalam menaikkan harga barangan bagi pelancong yang tidak mengetahui nilai harga semasa sesuatu barangan itu.
Membawa orang yang berpengalaman mampu menyelamatkan nilai perbelanjaan anda malahan anda mungkin mampu membeli dengan jumlah yang lebih banyak.

4. Simpan data sokongan
Sebelum anda memulakan perjalanan anda, pastikan anda telah menyimpan data sokongan untuk gajet-gajet yang anda bakal gunakan ketika melancong. 
Ini adalah sebagai tanda-tanda keselamatan awal andai kata terdapat sebarang malapetaka yang terjadi sepanjang anda melancong. Anda juga digalakkan membawa peranti powerbank untuk simpanan lebihan kuasa bagi gajet anda.

5. Ketahui pantang larang sesuatu tempat
Kebanyakan pelancong tidak peka akan adat dan pantang larang yang terdapat di sesebuah negara yang mereka kunjungi menyebabkan kesan buruk berlaku dan imej negara asal pelancong-pelancong tersebut tercalar seperti yang berlaku pada sekumpulan pelancong yang memilih untuk berbogel di atas gunung Kinabalu. Selain dari terpaksa membayar sejumlah denda, mereka juga terpaksa menanggung malu apabila kesalahan mereka mendapat liputan daripada pihak media.
by: SAZWAN BIN RAMLI (A171716)

Tips melancong

1. Membuat bajet atau perancangan belanjawan.
  • Sebelum pergi melancong, kita digalakkan untuk membuat kira-kira perbelanjaan yang bakal kita gunakan. Hal ini akan dapat membantu kita dalam memjimatkan penggunaan wang kita agar tidak terlebih berbelanja.

2. Merancang laluan perjalanan yang lebih selamat dan menjimatkan masa.
  • Ramai pelancong yang akan merancang laluan perjalanan mereka terlebih awal. Hal ini agar perjalanan ke destinasi yang ingin dituju dapat sampai pada waktu yang ditetapkan dan dapat mengelakkan dari tersesat dan seumpamanya. Sesetengah pelancong juga akan membuat carian didalam internet untuk mencari laluan alternatif atau untuk membuat jangkaan waktu perjalanan ke destinasi yang mereka ingin tuju.
3. Bersedia menerima perubahan budaya luar
  • Apabila melancong ke tempat yang mempunyai budaya yang berbeza dari tempat asal kita, kita haruslah bersiap sedia untuk menerima perbezaan budaya mereka. Kita juga haruslah menghormati agama, makanan, rutin harian mereka dan sebagainya.

 4. Memastikan kesihatan diri dalam keadaan baik.
  • Kesihatan diri perlulah dijaga sebelum atau semasa melancong, apabila kesihatan diri kita dalam keadaan baik, kita akan dapat menikmati percutian dengan lebih nikmat kerana segala aktiviti dan perjalanan kita akan berjalan dengan lancar.


5. Mempelajari serba sedikit bahasa komunikasi negara yang ingin dilawati.
  • Apabila kita pergi bercuti ke negara atau negeri yang mempunyai bahasa yang berbeza dengan kita, kita seharusnya mempelajari sedikit sebanyak bahasa mereka untuk memudahkan urusan percutian kita dan sebagai keselamatan juga agar kita tidak mudah tertipu dengan mereka yang mempunyai niat jahat terhadap kita.
by: Nurlia Nasuha (A169718)

TIPS BERCUTI KE JOGJAKARTA


1)  Masa dan waktu di Jogja adalah 1 jam lewat dari Malaysia.

2) Jangan sesekali sewa kereta dan drive sendiri di Jogja. Better hire supir ja sebab cara orang sana drive sangat menyeramkan dan jalan kat sana sangat bahaya dan mengelirukan.

3) Satu attraction ke attraction yang lain agak jauh (1-2 jam), jadi prepare lah snacks untuk makan dalam kereta/van ataupun microfone untuk menyanyi menghiburkan suasana

4) Hati-hati masa nak beli simcard. Kalau boleh beli dekat kedai Telekomunikasi yang memang jual simcard semata-mata, bukan dekat kedai runcit sebab dorang markup double triple. Simcard terbaik adalah dari jenama SimPATI.

5) Kebanyakan attractions/tempat yang dilawati memerlukan kita untuk mendaki. Jadi kalau nak selesa, pakai kasut yang sedap. Sandals pun boleh tapi make sure yang tak sakit kaki. Nak selamat pakai ja sneakers or sport shoes.

6) Ayam penyet kat Jogja the best! Tapi pedas dia Astaghfirullah menusuk yang amat boleh menangis kalah putus cinta

7)  JANGAN pakai sandals di Pantai Timang sebab jalannya berbatu.

8) Pantai Timang was majestic!  Pemandangan dia Subhanallah cantik gilaaa! It’s the highlight of our Jogja trip.

9) Harga naik gondola pergi & balik – Rp200,000. Perjalanan menyeberangi dua pantai tu tak sampai satu minit pun tapi memang berbaloi sangat sebab akan ada orang yang ikut kita dan tolong ambil gambar kita. Dia siap bawak ke setiap pelusuk pantai tu untuk ambik gambar yang cantik-cantik

10) Kalau taknak naik gondola, boleh jalan merentasi jambatan ja. Harganya Rp100,000. Bagi yang gayat tu, all the best

11) Nak ke Pantai Timang tu kena naik jeep. Jalan dia subhanallah, mencabar ya walaupun sebagai penumpang.

12) Wajib makan di Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang. Sedap, puas & affordable.

13) Student price untuk Prambanan Temple – Rp217,500. Borobudur Temple pun sama harga. Jangan lupa bawak student card! Untuk normal adult price, lebih kurang Rp365,000 per temple. Untung jadi student ni

14) Boleh beli tiket combo Prambanan & Borobudur. Tapi admission hanya valid 2 hari. Contohnya harini pergi Prambanan, esok pergi Borobudur. Kalau nak pergi Borobudur pada hari selepasnya, tak boleh beli tiket combo. Kena beli satu-satu. Harga tiket combo tu lebih kurang Rp400,000. Jimat la kalau beli combo tiket.

15) Souvenirs (tshirt, kemeja, fridge magnet etc) di Prambanan Temple jauh lebih murah berbanding di Malioboro & boleh tawar-menawar lagi. Barang di Malioboro mahal sebab tempat tourists & kalau kita acah-acah nak balik dari kedai tu bila dia tak bagi murah, dorang takkan panggil balik. Kalau di Prambanan dia akan kejar kita hahaha.

16) Rattan bags yang tengah hit sekarang tu ada jual di Malioboro, ranges from Rp150,000 to Rp200,000 (RM40-55).

17) Bonus bagi yang boleh cakap Jawa sbb boleh dapat discount! Fasih cakap Indo pun dah cukup buat tawar-menawar.

18) Perkhidmatan teksi di Jogja: Grab, SayTaxi, Go-JEK.


19)  Untuk coffee lover, boleh pi Kopi Luwak dan Klinik Kopi (yang dalam AADC).

20) Orang Jogja semua baik-baik belaka dan peramah. Indonesia ni memang penuh dengan pickup lines

21) Kami book supir dari nama Catur. Alhamdulillah supir kami Mas Catur memang the best sangat memahami yang kami ni bising dan banyak songeh hahaha dan pandai ambil gambar!!

by: Syafikah Ahmad (A170250)