Nama penulis: Elis Mishalini A/P Mani (A171943)
Pengalaman di Pulau Langkawi
Semasa saya berumur 8 tahun, saya dan
keluarga saya melancong di Langkawi untuk 3 hari 2 malam. Saya telah membuat
persiapan yang sangat rapi dan membeli belah dengan keluarga saya sebelum 2
minggu. Saya dan keluarga saya membuat keputusan untuk ke Langkawi dengan kapal
terbang iaitu AirAsia. Kami telah memilih hotel berdekatan dengan pantai yang
sangat suasana nyaman dan tenang. Pada hari kedua juga, saya rasa tidak sihat
kerana ia merupakan pelancongan yang pertama. Saya rasa sangat penat. Pada hari
kedua juga saya ke akuarium yang paling besar di Langkawi, iaitu Underwater
World Langkawi. Aquarium tersebut merupakan tarikan pelancong yang ramai. Harga
tiket untuk per entry juga bernilai untuk tempat tersebut. Tempat kedua yang
saya melancong ialah Dataran Lang. Di tempat tersebut kami membenarkan untuk
memberi makanan kepada burung. Seterusnya, kami sekerluarga ke Langkawi Cable
Car. Kami sekeluarga hanya melancong tempat yang sedikit sahaja, kerana banyak
budak-budak kecil termasuk saya tidak sihat kerana ia merupakan pelancongan
yang pertama dalam kehidupan.
Saya telah muntah di kapal terbang
semasa pergi ke Langkawi dan balik dari Langkawi. Pengalaman di Langkawi
merupakan pengalaman yang saya tidak boleh lupa dalam kehidupan saya. Saya
hendak pergi Langkawi kembali untuk melancong dengan keluarga saya.