2) Pada musim cuti,
Pasar Payang akan dipenuhi oleh pengunjung tempatan serta para pelancong.
Disebabkan itu, anda mungkin akan merasai kesesakan kerana tempat ini padat
dengan lautan manusia. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda berkunjung ke
tempat ini bukan pada musim cuti.
3) Keadaan di dalam
Pasar Payang yang agak sempit dan panas akan menyukarkan pergerakan anda semasa
membeli belah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membawa kipas tangan atau kipas
elektronik yang bersaiz kecil supaya ia serba sedikit mampu mengurangkan
kehangatan yang dialami.
4) Jika anda
berjalan-jalan di pesisiran pantai, anda digalakkan supaya memakai topi dan
kaca mata hitam kerana keadaan pantai yang panas terik boleh menganggu aktiviti
anda untuk beriadah dan menikmati pemandangan yang indah.
5) Selain itu, anda
perlu memakai pelindung matahari (sunscreen) yang cukup untuk mengelakkan kulit
anda dari terbakar (sunburn) akibat terkena cahaya matahari kerana semasa
melancong anda banyak melakukan aktiviti luar.
6) Terengganu sangat
terkenal dengan keenakan keropok lekor. Setiap pelancong kebiasaanya akan
membeli keropok lekor untuk dibawa pulang. Kini, anda boleh membeli keropok
lekor yang telah siap dibungkus dalam bungkusan vakum. Ia lebih mudah untuk
dibawa selain lebih tahan lama untuk perjalanan pulang yang jauh.
7) Jika anda
merancang untuk melancong ke Terengganu sekitar hujung bulan Oktober sehingga
ke awal tahun berikutnya, anda digalakkan untuk melihat perkembangan cuaca yang
dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia terlebih dahulu kerana kedudukan
negeri ini yang berhadapan dengan Laut China Selatan akan mengalami perubahan
tiupan angin iaitu Monsun Timur Laut yang boleh mengakibatkan kejadian banjir.
8) Akhir sekali,
lebih baik jika anda membuat sedikit perancangan awal mengenai destinasi yang
ingin dituju supaya perjalanan melancong anda adalah teratur selain anda dapat
merasai nikmat pelancongan yang sebenarnya.
by: Aina Shakina (A169626)
by: Aina Shakina (A169626)
No comments:
Post a Comment