Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 24, 2019

Tips bercuti bersama keluarga tersayang di Pulau Langkawi


Tips bercuti bersama keluarga tersayang

di Pulau Langkawi. J

Jika ingin melancong di pulau ini, saya sarankan:

  • Jika boleh elakkan datang sekitar bulan Disember hingga Februari kerana kebiasaannya pada ketika itu adalah musim hujan. Ketika musim ini, banyak aktiviti akan tergendala seperti ‘island hoping’, naik ‘cable car’ dan sebagainya yang sangat menjejaskan pergerakkan terutamanya yang mempunyai kanak-kanak.
  • Selain itu, jika yang bujang ataupun dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, anda perlulah merancang waktu percutian anda dengan sebaiknya jika ingin melancong pada musim kemuncak seperti ketika LIMA Langkawi, cuti sekolah ataupun cuti umum. Hal ini kerana, biasanya waktu sebegini tempat-tempat tarikan akan dipenuhi pengunjung yang boleh membantutkan ‘mood’ percutian.

Dari segi pengangkutan:
  • Sekiranya anda seorang yang ‘mabuk laut’, saya mengesyorkan untuk anda menaiki feri untuk ke Pulau langkawi melalui laluan Kuala Perlis. Ini kerana, laluan laut melalui Kuala Perlis ini hanya mengambil masa lebih kurang 55 minit sahaja untuk sampai berbanding di Kuala Kedah yang mengambil masa 2 jam.
  • Sewa kereta banyak di Langkawi. Boleh ditempah secara online atau telefon. Di airport dan jeti juga ada kaunter-kaunter kereta sewa.
  • Motosikal sewa juga boleh didapati di situ. Jalan sahaja di Pantai Cenang, pasti jumpa motosikal sewa.

Dari segi penginapan:


  • Hotel, resort, chalet, motel dan home-stay banyak di sini.
  • Jika musim cuti sekolah dan cuti am, perlu tempah awal bagi mengelakkan full.
  •  Antara lokasi yang menjadi pilihan utama adalah Pantai Cenang atau Pantai Tengah yang agak meriah. Ramai yang memilih untuk menginap di sini kerana pantainya yang agak cantik dan pemandangan yang agak mempersonakan terutama ketika sunset. Di situ, terdapat banyak kedai dan restoran. Senang nak makan, hanya perlu menapak sahaja dari hotel/chalet. 
Dari segi makanan:
  •  Terdapat banyak pilihan makanan di Langkawi terutama sekali di Pekan Kuah dan Pantai Cenang.
  • Terdapat juga beberapa tempat yang special dan ‘viral’ di lokasi yang tertentu yang perlu dikunjungi seperti Restoran Siti Fatimah yang terletak berhampiran Kampung Tok Senik Resort bagi yang ingin mencuba beronok (mentimun laut) dan yang paling penting ialah mencuba laksa tempatan di restoran Teratak Laksa Kaw Rossabina yang terletak berhadapan dengan Sek.Ren. Padang Mat Sirat.
  • Harga makanan di sini tidaklah terlalu mahal. Tetapi jika anda datang bercuti dalam mood bajet, anda disarankan untuk elakkan makanan di restoran seafood dan seumpamanya kerana harganya agak mahal
Dari segi mengunjungi tempat menarik:
  • Anda diminta untuk membuat tinjauan pakej harga untuk pakej-pakej seperti island hoping, mangrove tourdan seumpamanya supaya anda dapat membandingkan harga-harga yang lebih terbaik.
  • Jika datang pada musim cuti sekolah atau cuti umum, anda perlu menghadap beratur yang panjang terutamanya menaiki ‘cable car’. Masa yang diambil sangat lama kecuali ada yang sanggup bayar harga untuk express line yang agak mahal.

  •  Untuk tiket murah, boleh juga beli secara online melalui KLOOK kerana ia lebih murah dan mudah.

Dari segi membeli-belah:
  • Langkawi terkenal dengan Pulau Bebas Cukai. Kedai yang bebas cukai terdapat Pekan Kuah. Pelbagai barangan di sini yang bebas cukai yang jauh lagi murah daripada tanah besar seperti set pinggan mangkuk, coklat, kain batik dan kain pelekat, minyak gamat dan sebagainya.
  • Namun, kedai yang menjadi tumpuan para pelancong adalah Haji Ismail Group (HIG), RAMS dan Idaman Suri.
  • Setiap barangan mempunyai limit belian yang bermaksud belian yang tidak dikenakan cukai dan ianya bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. Jika anda membeli lebih dari yang dibenarkan, anda akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di airport.
  • Simpan tiket feri atau kapal terbang serta bil hotel/resort/chalet untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkawi.

by: Fatin Nor Izzati (A170955)




  • Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, jika menggunakan kenderaan darat pastikan kereta berada dalam keadaan baik dan telah diselenggara sebelum memulakan perjalanan.
  • Sebelum merancangan percutian keluarga, pastikan tarikh yang dipilih tarikh yang bersesuaian untuk melancong. (jangan pergi sewaktu musim cuti umum kerana harga barangan dan hotel menjadi mahal dan musim terkujuh kerana akan mengagngi aktiviti di laut)
  • Cari maklumat tentang hotel yang bakal diinap supaya memudahkan pencarian dan menyediakan keperluan yang harus disediakan.
  • Menyediakan wang yang secukupnya untuk membeli belah dan menghadkan perbelanjaan dengan baik.
  • Jika kenderaan ditinggalkan ditempat awam pastikan berada dalam keadaan berkunci supaya dapat mengelakkan kecurian.
By: Sharifah Cut Nurbaity (A170333)


Perjalanan yang jauh pastinya akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak dirancang dengan baik. Dalam memastikan percutian anda ke pulau ini kekal menarik, rancang perjalanan anda - sekiranya anda memilih untuk menggunakan pesawat sebagai medium pengangkutan, pastikan tempahan dibuat dua ke tiga bulan sebelum tarikh percutian anda. Menggunakan pesawat pada pandangan saya adalah sangat praktikal lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Pastinya ia akan menjadikan mereka lebih selesa dan tidak lagi meragam kerana tempoh perjalananya jauh lebih singkat berbanding menggunakan kereta atau keretapi. Tempahan awal  akan menjimatkan kos penerbangan anda sehingga dua kali ganda! Seterusnya, jika anda melancong bersama keluarga ataupun kumpulan rakan yang besar, lebih mudah sekiranya anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa. Pulau Langkawi adalah kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara, oleh itu kadang kala perkhidmatan teksi sedia ada agak kurang memberangsangkan. Kereta sewa akan memudahkan pergerakan anda ke destinasi yang ingin dilawati dan ianya jauh lebih menjimatkan. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan awal bagi setiap destinasi pilihan anda. Misalnya, jika anda ingin menikmati panorama indah Langkawi menggunakan kereta kabel, sebaiknya beli tiket secara dalam talian lebih awal. Anda tidak perlu untuk beratur panjang sekiranya menggunakan alternatif ini.  Langkah ini juga boleh diaplikasikan ke destinasi pelancongan lain, misalnya KilimGeoforest Park. Akhir sekali, sekiranya anda bukan dalam golongan yang masih bersekolah, pilih waktu percutian anda pada bukan musim cuti persekolahan. Trafik pada masa ini jauh lebih tenang, destinasi yang anda ingin lawati juga tidak akan sesesak sewatu musim cuti. Selamat melancong!

by: Naziha Aelmy (A169100)

No comments:

Post a Comment