Betul ke percutian keluarga itu hanya dinilai pada berapa jauhkah jarak tempat percutian dengan rumah kita? Adakah percutian keluarga itu hanya dikira sebagai percutian jika kita pergi ke pantai atau kawasan luar daripada kesibukkan bandar? Sebuah percutian keluarga itu boleh je berlaku walaupun kita sekeluarga bercuti di mana-mana hotel berdekatan dengan rumah kita. Inilah yang kita namakan dengan Staycation, di mana seseorang atau sesebuah keluarga itu bercuti hanya berdekatan dengan rumah kita je. Apa yang penting di sini adalah masa berkualiti yang kita luangkan bersama keluarga kita. Jadi kepada ketua keluarga di sana, jangan bimbang, jangan khuatir. Ayuhlah kita bawa keluarga kita untuk menginap di mana-mana hotel berdekatan dan jalankan aktiviti yang ditawarkan oleh pihak hotel berkenaan. Tinggalkanlah sebentar segala kekusutan di tempat kerja kita dekat rumah dan luangkanlah masa berkualiti kita dengan keluarga. Bagi penduduk di Kuala Lumpur dan sekitarnya, bolehlah baca
blog yang admin jumpa ni dan jadikanlah ia sebagai inspirasi untuk kita luangkan hujung minggu kita dengan berkesan dan mantap!!!
No comments:
Post a Comment