Pulau Langkawi ialah tempat pelancongan
pertama bagi saya bersama keluarga. Persiapan awal yang telah kami lakukan
ialah mengemas pakaian dan menempah tiket untuk sampai ke destinasi yang
dituju. Perasaan pertama yang dirasai oleh saya ialah sangat teruja dan tidak
sabar untuk tiba di destinasi tersebut bersama seisi keluarga. Setibanya kami
di jeti, saya dan adik-beradik berasa amat
gembira kerana ianya merupakan kali pertama kami menaiki jeti yang laju dan cantik. Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi percutian yang tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia, malahan pelancong dari negara-negara luar. Antara tempat yang telah dilawati oleh saya sekeluarga semasa di Langkawi ialah HIG Haji Ismail Group, Kota Mahsuri, dan Dataran Lang.
gembira kerana ianya merupakan kali pertama kami menaiki jeti yang laju dan cantik. Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi percutian yang tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia, malahan pelancong dari negara-negara luar. Antara tempat yang telah dilawati oleh saya sekeluarga semasa di Langkawi ialah HIG Haji Ismail Group, Kota Mahsuri, dan Dataran Lang.
Tempat pertama yang telah
kami kunjungi ialah HIG Haji Ismail Group iaitu salah satu tempat yang sangat
digemari terutamanya bagi para ibu. HIG sangat terkenal dengan barangan yang
sinonim seperti pinggan, mangkuk, perkakas dapur, coklat, dan sebagainya.
Tempat ini juga dikenali sebagai ‘one
stop centre’ untuk para pelancong membeli pelbagai barangan. Bagi penggemar
coklat seperti saya pula, destinasi ini bagaikan syurga. Terdapat pelbagai
pilihan coklat berjenama yang boleh dibeli seperti Daim, Kit Kat, Kinder Bueno,
dan lain-lain. Perasaan saya ketika itu sangat gembira disebabkan oleh betapa
sukanya saya pada coklat meskipun tidak dapat memenuh keinginan untuk memborong
coklat-coklat yang saya gemari. Semasa saya dan adik-beradik sedang sibuk
dengan ‘syurga’ kami, ibu saya pula sangat khusyuk dengan pilihan jenama set
pinggan dan mangkuk yang terdapat di situ. Bagi para ibu pula, bahagian itulah
‘syurga’ pada mereka. Salah satu kenangan yang paling saya tidak akan lupa
ialah kami adik-beradik perlu mengangkut lebih daripada 8 set besar pinggan dan
mangkuk yang telah dibeli oleh ibu saya.
Kota Mahsuri merupakan
salah satu destinasi yang menarik untuk dilawati ketika melancong di Langkawi.
Secara ringkasnya, Kota Mahsuri adalah antara destinasi pelancongan yang berada
dalam kategori tempat bersejarah kerana di situlah terletaknya Makam Mahsuri,
replica rumah tradisional, pameran-pameran visual seperti muzium, Telaga
Mahsuri, dan sebagainya. Semasa saya memasuki Makam Mahsuri, perasaan pertama
saya pada waktu itu adalah sangat teruja dan kagum dengan setiap keunikan
mengenai Mahsuri. Pengalaman menarik yang tidak akan saya lupakan adalah ketika
saya dapat menggunakan telaga yang dikenali sebagai Telaga Mahsuri. Galeri
pameran visual di situ banyak mengetengahkan barangan lama dan klasik seperti
senjata, barangan perhiasan, dan informasi berkenaan Mahsuri. Destinasi ini
sangat menarik perhatian saya untuk dilawati kerana ketika itu, saya berusia 12
tahun dan segala perkara yang bersejarah seperti ini amat menguja hati
kanak-kanak seusia saya. Terdapat juga beberapa barangan untuk dibeli di
beberapa kedai berdekatan yang menjual produk-produk kesihatan tradisional
seperti minyak gamat dan produk herba.
Destinasi terakhir yang
kami lawati ialah Dataran Lang Pulau Langkawi. Percutian di Langkawi bagi
setiap pelancong tidak akan pernah lengkap sekiranya tidak bergambar di
destinasi yang sangat simbolik dengan Pulau Langkawi ini, iaitu Dataran Lang. Suasana
di Dataran Lang pada waktu itu sangat padat dan sesak dengan ramai orang bagi
sesi bergambar untuk dijadikan kenangan. Sepertimana yang semua ketahui,
replika helang di situ menjadi tanda mercu Pulau Langkawi yang sangat ikonik.
Perkataan “lang” mewakili burung helang dan “kawi” pula bermaksud perang
kemerahan menurut Bahasa Melayu lama.
Keseluruhannya, Pulau
Langkawi memiliki pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi
oleh para pelancong. Walaupun kami sekeluarga hanya sempat bercuti di Pulau
Langkawi untuk beberapa hari sahaja, namun pelbagai tempat menarik yang telah
dijadikan sebagai destinasi-destinasi pelancongan telah memberi sedikit
sebanyak kenangan yang manis pada kami sekeluarga. Masih terdapat pelbagai
tempat menarik yang boleh saya kunjungi sekiranya saya berpeluang untuk
melancong ke Pulau Langkawi pada masa akan datang dan ini akan menambah lagi
banyak kenangan dan pengalaman saya melancong bersama keluarga. Meskipun tiada
gambar-gambar sepanjang kami berada di Pulau Langkawi untuk dijadikan sebagai
kenangan, namun setiap peristiwa indah yang telah kami hadapi akan sentiasa
kekal dalam ingatan kami.
Info sangat membantu dan menarik untuk dikongsi bersama mereka yang ingin melancong atau bercuti. Info yang bermanfaat.
ReplyDeletePengalaman dan cerita yang menarik untuk dikongsi membuatkan saya teruja untuk membaca. Penulisan ini mengingatkan saya tentang percutian saya bersama keluarga, Terima kasih atas informasi dan tempat yang tercatat menjadi panduan pada sesiapa yang ingin pergi bercuti selepas ini��
ReplyDelete