Tempat pelancongan paling terkini yang
telah dikunjungi oleh saya sekeluarga ialah Tanah Tinggi Cameron atau Cameron
Highland yang teretak di Pahang. Sejak saya berada di sekolah menengah lagi,
Cameron Highland merupakan tempat yang paling saya ingin kunjungi kerana
udaranya yang sangat nyaman, sejuk, dan segar serta terdapat pelbagai tempat
menarik yang telah menawan hati
saya sehinggakan saya berasa tersangatlah teruja untuk pergi melancong di sana bersama keluarga. Pendek kata, Cameron Highland ialah tempat idaman bagi saya kerana destinasi ini sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu atau ‘honeymoon’.
saya sehinggakan saya berasa tersangatlah teruja untuk pergi melancong di sana bersama keluarga. Pendek kata, Cameron Highland ialah tempat idaman bagi saya kerana destinasi ini sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu atau ‘honeymoon’.
Semasa persiapan awal
dilakukan, saya sudah melayari banyak laman web yang menyenaraikan beberapa
tempat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highland. Tempoh percutian kami
sepanjang di Cameron Highland adalah selama tiga hari dan perjalanan yang
sangat jauh sedikit sebanyak telah memakan masa kami disebabkan oleh jalan yang
sangat sesak dan kami bergerak dari Johor Bahru, Johor. Kenderaan yang dinaiki
oleh kami pada waktu itu ialah sebuah kereta yang dipandu oleh ayah saya. Pada
pendapat saya, kenangan yang agak pahit bagi saya sepanjang perjalanan ke
Cameron Highland ialah terpaksa menempuhi kesesakan jalan yang mengambil masa
sehingga lebih lapan jam untuk tiba di destinasi kerana kami pergi semasa
hujung minggu. Tanpa kami sedari, ramai orang yang turut sama pergi melancong
pada waktu itu.
Setelah tiba di hotel
yang kami menginap selama tiga hari dua malam, kami berehat sebentar sebelum
memulakan perjalanan yang seterusnya untuk pergi ke destinasi pertama di
Cameron Highland. Antara tempat yang telah kami kunjungi ialah Cactus Point,
Pasar Malam di Cameron Highland, Kea Farm, dan Taman Agroteknologi MARDI.
Sebenarnya, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi tetapi
disebabkan oleh kekangan masa, kami sekeluarga hanya sempat melancong ke
beberapa tempat sahaja di Tanah Rata dan Brinchang kerana kawasan tersebut
berdekatan dengan hotel yang kami menginap.
Destinasi pertama kami
ialah Cactus Point di mana semasa kami dalam perjalanan untuk ke destinasi
lain, kami sempat berhenti di situ. Satu-satunya perkara yang sangat menarik
bagi saya di Cactus Point ialah dapat melihat keindahan pelbagai jenis kaktus
yang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk, dan warna. Perkara lain yang
menarik di Cactus Point ini ialah destinasi ini tidak mengenakan bayaran masuk
bagi pelancong yang datang berbanding destinasi-destinasi pelancongan lain yang
terdapat di Cameron Highland. Landskap sekeliling dan pelbagai benda yang
berwarna-warni di dalam kebun ini telah menarik minat saya yang sangat mendalam
untuk mengambil banyak gambar dan rakaman pokok kaktus yang bersaiz kecil.
Bukan sahaja itu, seluruh keluarga saya telah memborong pelbagai jenis saiz
pokok kaktus untuk dibawa pulang ke rumah dan beberapa kawan kepada ibu saya
telah memesan untuk membeli pokok kaktus yang disukai oleh mereka. Harganya
juga sangat murah dan berpatutan iaitu serendah RM2 berbanding harga jualan
yang mahal bagi seunit pokok kaktus di negeri-negeri lain.
Pada malam pertama kami
berada di Cameron Highland, kami telah mengunjungi Pasar Malam Cameron Highland
yang terletak di Sungai Ruil berdekatan Cameron Golden Hill Resort. Pasar malam
ini berada di antara Pekan Brinchang dan Tanah Rata yang tidak jauh dari hotel
kami. Suasana ketika kami di pasar malam itu sangatlah sesak dengan ramai orang
sehinggakan banyak kenderaan yang terpaksa ‘parking’
jauh disebabkan oleh ruang ‘parking’
di pasar malam itu sangat terhad. Berbeza dengan pasar malam yang biasa kita
lihat, kebanyakan barangan yang dijual semuanya adalah hasil tanaman daripada
produk di Cameron Highland sendiri seperti sayur-sayuran, buah strawberi,
jagung, dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai pilihan makanan berat yang boleh
didapati di Pasar Malam Cameron Highland ini. Pada pendapat saya, keluasan
pasar malam yang besar dan agak panjang di situ sangat memenatkan saya
sehinggkan kami tidak mampu untuk meneroka keseluruhan tempat tersebut.
Mengikut pemerhatian saya juga, kebanyakan penjual di situ menjual jagung dan
strawberi berikutan Cameron Highland yang kaya dengan kedua-dua hasil tanaman
itu. Namun, kami berasa amat puas hati kerana harga yang berpatutan dan kualiti
makanan yang dijual di pasar malam itu sangat bagus. Daya tarikan yang terdapat
di sini akhirnya membuatkan kami sekeluarga turut berkunjung ke tempat yang
sama pada malam kedua di Cameron Highland.
Destinasi terakhir yang
telah dikunjungi oleh kami ialah Taman Agroteknologi MARDI yang merupakan salah
satu destinasi di Cameron Highland yang sangat popular dalam kalangan pelancong
di Malaysia dan luar negara. Taman ini memiliki tanah seluas lebih 40 hektar
yang terdapat beberapa bahagian utama seperti tapak penyemaian, kebun bunga,
ladang, dan kawasan penanaman pokok-pokok teh. Malahan, terdapat banyak tarikan
tumbuhan-tumbuhan lain yang eksotik seperti pelbagai jenis periuk kera yang
memiliki warna yang sangat cantik dan sebagainya. Pokok-pokok yang terdapat di
sini bukan sahaja dijadikan sebagai pameran kerana pengunjung juga boleh
membelinya sekiranya berminat. Taman ini juga merupakan suatu tempat yang
menarik kerana kebanyakan tumbuhan yang terdapat di Cameron Highland boleh
didapati di Taman Agroteknologi MARDI ini. Contohnya, kaktus, strawberi, pokok
bunga, dan sebagainya. Kesuburan dan kecantikan pokok bunga di taman ini telah
menarik minat ibu saya untuk membelinya serta harga yang berpatutan dan murah
yang menyebabkan ramai pelancong rasa lebih tertarik untuk membeli hasil
tanaman di situ.
Secara keseluruhannya,
saya amat berpuas hati sepanjang kami melancong ke Cameron Highland, Pahang
kerana banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh setiap pelancong yang
datang ke situ bersama seisi keluarga. Cuaca yang sejuk secara semulajadi
merupakan salah satu tarikan yang sangat unik di Cameron Highland. Begitu juga
dengan keindahan dan keunikan pelbagai tanaman yang terdiri daripada pelbagai
saiz, bentuk, dan warna yang sangat menarik. Meskipun saya berasa sedikit
kecewa kerana tidak dapat mengunjungi Ladang Teh BOH, Kebun Pokok Bunga
Lavender, dan Kebun Strawberi akibat kesesakan jalan yang berliku-liku,
kepadatan pengunjung, dan kekangan masa, namun saya berharap agar saya dapat
melancong ke Cameron Highland sekali lagi dan penuhi impian saya untuk
berkunjung ke destinasi-destinasi tersebut pada masa akan datang. Cameron
Highland telah memberi sejuta kenangan yang indah pada saya walaupun tempoh percutian
kami sekeluarga sangat singkat.
Bila terbaca mengenai honeymoon, saya rasa selepas ini saya tahu mahu pergi ke mana. Terima kasih atas segala perkongsian untuk saya plan bersama isteri saya akan datang. Saya suka honey honey moon.
ReplyDeleteHai there, what a great story. Many great place that i can go on the next trip, Thank you for you information dear. Muahh
ReplyDelete