TIPS
MERANCANG PERLANCONGAN ANDA
Melancong memang amat menyeronokkan dan dapat merehatkan minda kita
disamping menambah pengalaman dan ilmu. Namun, mesti kita tidak mahu percutian
mengalami masalah dan menambah kekusutan fikiran yang sepatutnya beritirehat.
Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan
selesa dengan perbelanjaan yang murah. Di sini saya cadangkan tips untuk
merancang perlancongan anda.
1. Pilih tempat menarik yang
kurang dikunjungi
Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan
tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh
anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh
berihat dan menikmati keindahan pantai di pulau Tioman, Pulau Tenggol di
Terengganu atau di pulau Bohey Dulang Sabah
2. Bercuti di waktu luar musim cuti
Pelancongan
dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat
menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim
perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi
melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap
dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta.
Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melancongpada waktu bukan
musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan murah.
3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong
Walaupun di Malaysia mempunyai iklim
panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi
perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada
bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada
di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu
aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai
barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik
4. Pilih tempat penginapan yang selesa dan murah
Sangat penting mendapatkan tempat penginapan seperti
homestay atau hotel yang selesa, tapi tak semestinya mahal. Jika anda pergi
melancong dalam jumlah yang kecil, berdua atau bertiga misalnya, anda boleh
buat hotel reservations, tetapi jika ahli rombongan anda agak ramai,
pilihlah homestay
sebagai tempat penginapan. Sekarang banyak terdapat banyak
homestay, samada homestay
terapung, homestay kontena di tengah sawah atau homestay yang dibuat dari
gelung simen.
5. Buat tempahan tempat penginapan lebih awal
Merancang dan membuat tempat penginapan lebih awal untuk
mengelakkan masalah apabila anda telah sampai ke destinasi menarik pilihan ada.
Dalam musim-musim tertentu, hotel dan homestay telah habis ditempah. Anda
mungkin akan merasa kecewa jika menyewa hotel atau homestay secara “ad hoc”.
Boleh jadi ianya tidak selesa atau anda ditempatkan di bilik yang tidak memuaskan
6. Gunakan pengangkutan yang efektif semasa melancong
Yang paling seronok pergi melancong ialah dengan memandu
kereta sendiri. Kita bebas ke sana ke mari tanpa batasan. Namun jika anda
tinggal di kampung atau bandar kecil dan ingin melancong ke bandara-bandar
besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya, memandu
kereta sendiri mungkin akan mendatangkan sedikit masalah, anda mungkin tersesat
jalan atau terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk. Jadi memilih
kenderaan awam lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menaiki keretapi, apabila ke
destinasi pelancongan yang dituju, anda boleh menggunakan teksi atau LRT dan
kandag-kandag menaiki kapalterbang lebih murah dari menaiki kenderaan darat.
Selain itu anda mungkin keletihan memandu dalam jarak yang terlalu jauh dan
keseronokan melancong akan bertukar kepada kepenatan yang membosankan.
7. Simpan duit kecemasan
Pastikan anda sentiasa menyimpan
duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda
di waktu timpa masalah. Sekurang-kurangnya anda masih ada duit spare untuk
digunakan bagi mendapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di balai polis.
8. Sentiasa
menyimpan beg plastik dalam beg pakaian anda
Tentunya anda tidak mahu pakaian
berbau stokin atau hapak kerana bercampur dengan pakaian yang sudah di pakai.
Pastikan simpan beg plastik dalam bagasi untuk asingkan barangan peribadi.
9. Balut beg pakaian anda dengan wrap plastic
Tahukah anda bahawa terdapat
banyak kes penyeludupan dadah secara sembunyi melalui orang awam tanpa disedari
oleh mangsa? Gunakan servis pembalutan beg dengan tape plastik
di lapangan terbang kerana ia penting untuk keselamatan beg anda dari sebarang
kecurian dan sebarang sindiket penyeludupan yang boleh melibatkan anda.
10. Pastikan
kad bank anda aktif
Sukarnya apabila kita menghadapi
masalah dengan kad bank ketika sedang bercuti apatah lagi di luar negara. Jadi,
pastikan dahulu kad bank anda diaktifkan sebelum pergi melancong. Telefon bank
untuk pastikan sekiranya anda membuatnya melalui mesin ATM atau online
11. Dahulukan gambar pemandangan
Selfie? Tidak salah untuk kita selfie ketika
sedang melancong. Tetapi ruginya kalau kita tidak mengambil gambar pemandangan
indah di tempat kita pergi untuk kenangan
12. Simpan
dokumen perjalanan dalam satu fail
Semestinya kita akan rasa serabut
apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen
perjalanan dan pasport ketika check-in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua
dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah
13. Travel kit penyelamat anda
Gunakan travel kit untuk
bawa bahan-bahan cecair seperti syampu, sabun mandi dan pencuci muka bersaiz
mini. Semestinya anda tidak mahu barang-barang keperluan anda dihalang masuk
pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan lapangan terbang. Ia juga
dapat menjimatkan ruang beg anda.
14. Ambil
tahu di mana pejabat kedutaan
Ia sangat serius. Jangan fikir
anda berada di negara yang selamat tidak akan ada masalah berlaku kepada anda.
Layari dan buat research, catat alamat pejabat kedutaan berada dan
simpan di tempat yang selamat
Ada banyak lagi tips berguna yang boleh anda baca di blog-blog
pelancongan. Semoga TIPS MERANCANG PERLANCONGAN ANDA ini menjadi panduan asas yang
dapat membantu anda mencapai keseronokan melancong ke tempat menarik pilihan
anda.
by: Norain (A170880)
5
Tips Ketika Anda Melancong
1. Rancang
perjalanan anda
Ketika anda melancong ke
dalam atau luar negara, pastikan perjalanan anda telah siap dirancang
sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan anda kehilangan peluang untuk melawat ke
tempat-tempat menarik dalam tempoh melancong.
Pastikan anda melawat
tempat yang jauh terlebih dahulu supaya tidak perlu terburu-buru untuk melawat
lokasi lain. Ketidakcekapan dalam merancang perjalanan boleh menyebabkan anda
tidak dapat melawat lokasi-lokasi lain kerana kekangan masa. Oleh itu,
rancanglah perjalanan anda.
2. Bawa
yang perlu sahaja
Dalam keterujaan
melancong ke sesebuah destinasi, pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi
dan tidak melebih-lebih. Ini membantu dalam penganggaran perbelanjaan untuk
bayaran timbangan ketika menaiki kapal terbang.
Tambahan pula, anda akan
membeli pelbagai oleh-oleh untuk dijadikan kenangan bukan? Sudah semestinya
oleh-oleh untuk keluarga anda akan menambah beban bagasi anda juga. Maka
bawalah pakaian yang perlu sahaja. Khidmat dobi disediakan di hotel serta rumah
penginapan, usah bimbang.
3. Pergi
bersama orang yang berpengalaman
Tidak salah untuk
mengembara berseorangan, tetapi jika anda sukar membawa diri, pelbagai musibah
mampu berlaku. Antaranya seperti ditipu penjual. Sudah tentu anda tidak mahukan
itu.
Jika anda mempunyai
kenalan yang pernah melancong ke tempat yang anda ingin tuju, bawalah kenalan
itu bersama. Kebanyakan peniaga akan mengambil kesempatan dalam menaikkan harga
barangan bagi pelancong yang tidak mengetahui nilai harga semasa sesuatu
barangan itu.
Membawa orang yang
berpengalaman mampu menyelamatkan nilai perbelanjaan anda malahan anda mungkin
mampu membeli dengan jumlah yang lebih banyak.
4. Simpan
data sokongan
Sebelum anda memulakan
perjalanan anda, pastikan anda telah menyimpan data sokongan untuk gajet-gajet
yang anda bakal gunakan ketika melancong.
Ini adalah sebagai
tanda-tanda keselamatan awal andai kata terdapat sebarang malapetaka yang
terjadi sepanjang anda melancong. Anda juga digalakkan membawa peranti powerbank
untuk simpanan lebihan kuasa bagi gajet anda.
5. Ketahui
pantang larang sesuatu tempat
Kebanyakan pelancong
tidak peka akan adat dan pantang larang yang terdapat di sesebuah negara yang
mereka kunjungi menyebabkan kesan buruk berlaku dan imej negara asal
pelancong-pelancong tersebut tercalar seperti yang berlaku pada sekumpulan
pelancong yang memilih untuk berbogel di atas gunung Kinabalu. Selain dari
terpaksa membayar sejumlah denda, mereka juga terpaksa menanggung malu apabila
kesalahan mereka mendapat liputan daripada pihak media.
by:
SAZWAN BIN RAMLI (A171716)
Tips melancong
1. Membuat
bajet atau perancangan belanjawan.
- Sebelum pergi melancong, kita digalakkan
untuk membuat kira-kira perbelanjaan yang bakal kita gunakan. Hal ini akan
dapat membantu kita dalam memjimatkan penggunaan wang kita agar tidak terlebih
berbelanja.
2. Merancang
laluan perjalanan yang lebih selamat dan menjimatkan masa.
- Ramai pelancong yang akan merancang laluan
perjalanan mereka terlebih awal. Hal ini agar perjalanan ke destinasi yang
ingin dituju dapat sampai pada waktu yang ditetapkan dan dapat mengelakkan dari
tersesat dan seumpamanya. Sesetengah pelancong juga akan membuat carian didalam
internet untuk mencari laluan alternatif atau untuk membuat jangkaan waktu
perjalanan ke destinasi yang mereka ingin tuju.
3. Bersedia
menerima perubahan budaya luar
- Apabila melancong ke tempat yang mempunyai
budaya yang berbeza dari tempat asal kita, kita haruslah bersiap sedia untuk
menerima perbezaan budaya mereka. Kita juga haruslah menghormati agama,
makanan, rutin harian mereka dan sebagainya.
4. Memastikan
kesihatan diri dalam keadaan baik.
- Kesihatan diri perlulah dijaga sebelum
atau semasa melancong, apabila kesihatan diri kita dalam keadaan baik, kita
akan dapat menikmati percutian dengan lebih nikmat kerana segala aktiviti dan
perjalanan kita akan berjalan dengan lancar.
5. Mempelajari
serba sedikit bahasa komunikasi negara yang ingin dilawati.
- Apabila kita pergi bercuti ke negara atau
negeri yang mempunyai bahasa yang berbeza dengan kita, kita seharusnya
mempelajari sedikit sebanyak bahasa mereka untuk memudahkan urusan percutian
kita dan sebagai keselamatan juga agar kita tidak mudah tertipu dengan mereka
yang mempunyai niat jahat terhadap kita.
by: Nurlia Nasuha (A169718)