Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Saturday, October 26, 2019

TIPS MELANCONG DI HARIMAU SELATAN, JOHOR BAHRU


Sebelum anda melancong ke Johor Bahru, mari kita ketahui beberapa tips untuk memudahkan percutian anda :

1) Pada masa kini, dunia serba canggih dan kitab oleh mendapatkan segala maklumat di hujung jari sahaja. Melalui sedikit penyelidikan saya dapat mengetahui tempat-tempat baru yang menarik yang boleh kami terokai bersama-sama keluarga.

2) Tips kedua ialah menempah hotel seminggu atau sebulan sebelum percutian anda. Ini bagi memudahkan kita untuk memilih hotel yang bersesuaian dengan harga yang berpatutan dengan keluarga kita. Pada zaman teknologi canggih ini, kitab oleh mencari bermacam-macam maklumat mengenai tempat-tempat penginapan yang bersesuaian dengan citarasa kita dan mengikut bajet kita melalui aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti trivago, traveloka, Kayak dan sebagainya.

3) Pemeriksaan terhadap kenderaan kita amat penting sebelum memulakan perjalanan agar ianya dijamin selamat. Sebagai contohnya, memastikan tayar berada dalam keadaan baik, memeriksa minyak brek, minyak hitam dan sebagainya. Perjalanan ke Johor Bahru akan mengambil masa selama 4 jam dan bapa saya akan memastikan segala urusan kereta kami akan berada dalam keadaan baik.

4) Seterusnya, sediakan air mineral dan makanan ringan supaya tidak akan merasa lapar atau dahaga sepanjang perjalanan nanti. Namun, sekiranya mengalami keletihan sewaktu memandu, kemudahan seperti solat dan tandas boleh lah berhenti seketika di kawasan rehat dan rawat atau lebih dikenali sebagai R&R yang disediakan. Malaysia merupakan satu negara yang terbaik kerana menyediakan kemudahan kawasan rehat dan rawat (R&R) yang sangat selesa untuk pengguna lebuh raya jika dibandingkan dengan negara luar.

Enjoy your holiday.

By,
Nur Dania Asyiqin Binti Zulkifli (A170946)

TIPS BERCUTI KE KUALA TERENGGANU

1) Semasa membeli belah di Pasar Payang, anda digalakkan untuk tawar-menawar dengan penjual berkenaan harga barangan yang akan dibeli. Jika anda mempunyai sedikit kemahiran dalam loghat atau dialek Terengganu, ini memberi peluang untuk anda lebih beramah mesra dengan penjual serta kemungkinan untuk anda mendapatkan harga yang berpatutan sangat tinggi.


2) Pada musim cuti, Pasar Payang akan dipenuhi oleh pengunjung tempatan serta para pelancong. Disebabkan itu, anda mungkin akan merasai kesesakan kerana tempat ini padat dengan lautan manusia. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda berkunjung ke tempat ini bukan pada musim cuti.

3) Keadaan di dalam Pasar Payang yang agak sempit dan panas akan menyukarkan pergerakan anda semasa membeli belah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membawa kipas tangan atau kipas elektronik yang bersaiz kecil supaya ia serba sedikit mampu mengurangkan kehangatan yang dialami.

4) Jika anda berjalan-jalan di pesisiran pantai, anda digalakkan supaya memakai topi dan kaca mata hitam kerana keadaan pantai yang panas terik boleh menganggu aktiviti anda untuk beriadah dan menikmati pemandangan yang indah.

5) Selain itu, anda perlu memakai pelindung matahari (sunscreen) yang cukup untuk mengelakkan kulit anda dari terbakar (sunburn) akibat terkena cahaya matahari kerana semasa melancong anda banyak melakukan aktiviti luar.

6) Terengganu sangat terkenal dengan keenakan keropok lekor. Setiap pelancong kebiasaanya akan membeli keropok lekor untuk dibawa pulang. Kini, anda boleh membeli keropok lekor yang telah siap dibungkus dalam bungkusan vakum. Ia lebih mudah untuk dibawa selain lebih tahan lama untuk perjalanan pulang yang jauh.

7) Jika anda merancang untuk melancong ke Terengganu sekitar hujung bulan Oktober sehingga ke awal tahun berikutnya, anda digalakkan untuk melihat perkembangan cuaca yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia terlebih dahulu kerana kedudukan negeri ini yang berhadapan dengan Laut China Selatan akan mengalami perubahan tiupan angin iaitu Monsun Timur Laut yang boleh mengakibatkan kejadian banjir.

8) Akhir sekali, lebih baik jika anda membuat sedikit perancangan awal mengenai destinasi yang ingin dituju supaya perjalanan melancong anda adalah teratur selain anda dapat merasai nikmat pelancongan yang sebenarnya.

by: Aina Shakina (A169626)

TIPS TRAVEL TO AVANI RESORT GOLD COAST SELANGOR

1) Sentiasa booking resort terlebih dahulu sebelum sampai ke resort supaya dapat resort yang anda inginkan.
2) Menjaga kebersihan di mana-mana anda berada.
3) Peka dengan suasana.
4) Membawa makanan lebih untuk santapan.
5) Memakai swimming sut ketika ingin bermandi di kolam resort.
6) Sentiasa peka dengan kunci bilik supaya tidak tercicir, sekiranya hilang akan dibayar denda.
7) Membawa selipar untuk ke pantai.
8) Sentiasa dalam keadaan bersih, sekiranya kaki ada pasir yang melekat sila bersihkan terlebih dahulu.
“Enjoy your vacation”
by: Haziqah Mohd Safuan (A171835)

TIPS MELANCONG KE THE GREAT WALL BEIJING, CHINA (WINTER SEASON)


TIPS MELANCONG KE THE GREAT WALL BEIJING, CHINA (WINTER SEASON)



SEBELUM
1. Membuat survey tentang tempat menarik di Beijing, China.
  • Forbidden City  
  • Tan'an Men Square 
  •  Temple Of Heaven 
  •  Madian Mosque 
  •  Muslim Supermarket 
  •  Acrobatic Show @Chaoyang Theatre 
  •  The Great Wall 
  •  Olympics Park (Bird Nest, Water Cube) 
  •  Wangfujing Snack Street 
  •  Zazhuyuan Park 
  •  Hongqiao Pearl Market
2. Penginapan di Beijing, China
3. Agensi yang murah dan berbangsa islam untuk memudahkan urusan anda.
4. Memilih penginapan hotel yang berdekatan dengan makanan halal.
5. Keperluan untuk dibawa ke Beijing

  • Passport
  •  Visa
  •  Tiket Penerbangan 
  •  Wang yang telah di tukar kepada matawang negara Beijing, China.  
  •  Insurans 
  • VPN 
  • Pakain & Ubatan (Pakaian Musim Sejuk) 
  • Keperluan eletronik
  • Botol sentiasa ada untuk kegunaan tandas
  •  Bahasa & makanan lebih
  •  Kad Pelajar
  •  Kasut bersesuaian
SEMASA
1. Bawa makanan lebih setiap kali ke destinai kerana anda akan terasa lapar akibat daripada banyak pergerakan di lakukan
2. Membawa wang yang secukupnya
3. Sentiasa membawa botol mineral untuk kegunaan tandas kerana tandas di negara China tidak menggunakan air malah menggunakan tisu sahaja
4. Menjaga kebersihan walau dimana sekalipun berada.
5. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan musim sejuk, kerana musim sejuk di negara china amat sejuk sampai ke tulang.
6. Sentiasa berjaga-jaga dengan dompet dan beg anda, kerana disana sentiasa ada yang memerhati


7. Google map dan seangkatan dengannya harus sentiasa digunakan kerana jalan disekitar Beijing mempunyai banyak lorong-lorong yang kecil, ia dapat membantu anda untuk mengelakkan dari tersesat..
8. Membawa kamus dalam Bahasa mandarin, kerana segelintir warga Beijing kurang fasih berkomunikasi dalam Bahasa inggeris dan melayu. Selain itu, tidak mudah ditipu oleh warga Beijing.
9. Mengelakkan daripada menaiki beca, kerana ada yang niaga adalah scammer.
10. Sentiasa berada di kelompok agensi, ini dapat memudahkan anda bergerak pantas dan tidak ketinggalan.
11. Membawa kad pelajar dan menayangkan supaya anda mudah dapat diskaun pelajar.
12. Apabila anda melawat supermarket, pastikan anda tidak menyentuh barang di kedai-kedai kerana mereka pasti akan memaksa dan mengejar anda untuk membeli.
13. Belajar untuk pandai tawar-menawar di setiap supermarket kerana harga warga tempatan dan pelancong sentiasa berbeza.

SELEPAS
1) Sentiasa menjaga kebersihan ketika pulang.
2) Pastikan barang anda tidak tertinggal di mana-mana tempat.

by: NUR HAZIQAH SAFUAN A171835

HEALING VACATION : DUNIA BAWAH LAUT PULAU TIOMAN


TIPS MELANCONG KE PULAU TIOMAN


  1.       Jika anda merancang ke destinasi yang perlu melalui jalan air di atas laut/sungai, pastikan anda membawa bekalan ubat-ubatan yang boleh merawat mabuk laut.
  2.      Anda juga perlu merancang pakaian yang perlu dibawa untuk mengelakkan kesulitan semasa bertukar pengangkutan dari kereta/bas ke feri/bot.
  3.     Bekalan ubat-ubatan yang penting seperti panadol, chlopheniramine, bromhexine, ubat asma, dan lain-lain dibawa dengan secukupnya memandangkan susah untuk mendapatkan bekalan ubat di pulau.

  4.     Anda perlu memastikan segala langkah keselamatan diberikan perhatian semasa melakukan sebarang aktiviti air untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

  5.       Pastikan anda tidak meninggalkan sebarang barang berharga di dalam bilik semasa anda keluar untuk makan atau melakukan aktiviti.

by: Hafizah Mahathir (A171731)