Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Saturday, October 26, 2019

Short Vacation Improves Stress-Level and Well-Being





Stress in workplace often can lead into serious issue towards worker's health. Previous research has shown that having a vacation for at least seven days straight provided an efficient recovery strategy. Yet, thus far, the effects of short vacations and the mode of vacation (whether at home or in a new environment) have rarely been studied.

MENGEMBARA DI ‘NEGERI DI BAWAH BAYU’ KOTA KINABALU, SABAH

      Berdasarkan pengalaman melancong bersama keluarga setakat ini boleh dikatakan hampir seluruh negeri di Malaysia sudah saya lawati. Sememangnya keluarga kami minat bercuti di kawasan yang menarik tetapi masih mengikut bajet yang mencukupi bagi tidak berlaku lebihan belanja atau pembaziran.Boleh dikatakan setiap tempat yang kami pergi ini kebiasaannya pergi tanpa dirancang atau sengaja maksudnya pergi secara terjah asalkan sampai melainkan kawasan yang jauh yang perlu melibatkan perancangan yang lebih teliti

     Untuk pengalaman bercuti bersama keluarga, saya akan berkongsi pengalaman ketika bercuti di negeri di bawah bayu iaitu Sabah pada tahun 2014 atau bersamaan umur saya mencecah 16 tahun . Sejujurnya ini adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang jadi ini menajdikan percutian yang paling teruja yang pernah saya lalui. Saya menaiki penerbangan Air Asia di LCCT, Sepang dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah.Hendak dijadikan cerita kebetulan syarikat penerbangan Air Asia pada waktu itu sedang membuat jualan promosi harga tiket penerbangan dan kami tertarik dengan harga ditawarkan lalu kami memilih Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi pilihan kami dengan kadar harha RM110 untuk tiket pergi dan balik dan ianya sangat murah dan berbaloi untuk kami sekeluarga.Percutian kami sekeluarga  adalah selama 5 hari 4 malam  dan menginap di sebuah ‘homestay’ untuk penginapan yang lebih selesa. Untuk memudahkan pergerakan kami semas percutian ini, kakak saya telah menempah kereta sewa bagi memudahkan perjalanan kami. Pada har pertama, kami tidak banyak melawat tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu memandangkan kami tiba lebih kurang jam 6 petang dan hanya singgah makan untuk makan malam dan berehat sahaja untuk perjalanan pada hari berikutnya.


    Pada hari kedua pula, destinasi yang dituju ialah Kundasang iaitu sebuah kawasan peranginan tanah tinggi popular di Sabah malahan Malaysia. Kami bergerak dalam lingkungan jam 7.30 pagi memandangkan waktu subuh lebih cepat sejam berbanding di Semenanjung.Perjalanan telah mengambil masa selama sejam setengah dari homestay kami menginap dan sepanjang perjalanan pemandangan hijau sememangnya memukau pandangan kami yang sekurangnya mengurangkan rasa penat berjalan. Sebelum itu, kami telah berhenti sarapan di Pekan Nabalu, sebuah kawasan yang sangat cantik dan terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu.Setiba di Kundasang kami telah melihat keindahan Gunung Kinabalu yang tersegam indah dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Cuaca di sana sememangnya dingin lagi mendamaikan di samping hujan renyai-renyai pada ketika itu. Kami juga berkesempatan pergi ke kawasan ternakan lembu yang dikenali sebagai ‘Dairy Farm’ di mana seolah-olah kita berada di New Zeland yang berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu yang indah. Selepas itu, kami singgah di Memorial Perang Kundasang yang mana memorial ini dibina untuk didedikasikan kepada tentera British dan Australia yang meninggal dunia di  Sandakan semasa perjalanan mereka ke Ranau.Uniknya kematian tentera ini juga mendapat pengiktirafan akan penderitaan dan pengorbanan mereka oleh penduduk asli Sabah. Setelah puas berjalan di Kundasang, kami pulang ke homestay kami untuk berehat dan kami juga sempat ke Pekan Tamparuli yang sememangnya terkenal dengan Jambatan Tamparuli .Saya dan sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri jambatan gantung itu. Selepas itu kami pulang berehat untuk perjalanan pada hari seterusnya.

Dairy Farm, Kundasang

    Pada hari ketiga percutian, destinasi yang kami tuju ialah pergi ke Pulau Manukan yang mempunyai keindahan kehidupan marin. Kami ke sana dengan menaiki bot dan sebelum itu kami membeli tiket di Jesselton Point. Di sini segala perkhidmatan pengangkutan air disediakan sama ada bot atau feri. Di sini mereka telah menawarkan beberapa pakej seperti melawat kesemua pulau yang diwartakan sebagai Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang merangkumi 4 pulau popular iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Gaya dan Pulau Sapi. Kami memilih Pulau Manukan berserta aktiviti ‘snorkelling’ memandangkan Pulau Mamutik telah ditutup pada waktu itu kerana dalam penyelenggaraan. Sewaktu perjalanan ke pulau kami telah  menikmati keindahan laut yang membiru. Sampai di sana saya agak terpegun kerana dapat melihat kejernihan air yang menghijau sehingga menampakan segala kehidupan di dasar laut di sekitar jeti Pulau Manukan itu dan antara yang menarik perhatian saya haiwan Landak Laut yang sememangnya sukar untuk dijumpai di pantai biasa terutama di kawasan Semenanjung. Setiba di sana kami terus mencari tapak untuk berkelah dan saya tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di laut. Air lautnya yang sungguh jernih sehingga menampakan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Dari segi makanannya pula di pulau ini agak mahal kerana mungkin kawasan tumpuan pelancongan dan kami sememangnya membuat persiapan awal dengan membawa bekal. Setelah  puas bermandi-manda, saya telah bersiar-siar di kawasan pulau bagi melihat keindahan ciptaan tuhan yang sememangnya tiada tanding nilainya. Setelah hampir 3 jam berada di Pulau Manukan, kami kembali ke Jessolton Point untuk makan tengah hari di sebuah restoran dan solat di surau yang disediakan. Setelah siap kesemuanya, kami meneruskan pergerakan kami ke kawasan tumpuan di Kota Kinabalu iaitu Pasar Filipina. Di sini boleh dikatakan hampir 65 peratus barangan yang djual adalah berkaitan kraf tangan dan barangan tradisional masyarakat Sabah. Keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk membeli sebagai kenangan dan ada yang membeli sebagai cenderamata untuk kenalan masing-masing.Setelah penat membeli-belah di Pasar Filipina, kami meneruskan perjalanan ke Menara Jam Atkinson di mana situ mampu melihat hampir keseluruhan Bandaraya Kota Kinabalu. Akhirnya kami pulang ke homestay setelah penat berjalan seharian.
Jeti Pulau Manukan

     Pada hari keempat pula, kami meneruskan percutian kami untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Kebetulan pada hari itu adalah hari minggu dan kami bertuah untuk mengunjungi Pasar Tamu yang dibuka hanya pada hari minggu dan pada waktu siang hari. Di sini pelbagai jenis jualan boleh didapati dari jualan jenis barang basah sehingga jenis makanan yang pelbagai dan menarik. Sememangnya ramai yang mengunjungi Pasar Tamu sehingga sesak dan padat. Selepas puas berjalan di Pasar Tamu kami terus menuju ke Muzium Sabah . Sebelum itu kami solat Zohor di Masjid Negeri yang merupakan masjid terbesar di negeri Sabah. Seterusnya kami terus menuju destinasi yang dituju iaitu Muzium Sabah. Bagi saya muzium agak besar kerana mempunyai dua tingkat dan didalamnya mempamerkan pelbagai khazanah dan warisan yang tidak terhad kepada warisan dan kebudayaan peribumi Sabah tetapi turut mempamerkan etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri. Ini menjadikan Muzium Sabah tidak memfokuskan kepada sesebuah aspek tetapi merangkumi kepelbagaian persekitaran dari zaman purba sehingga kemajuan pada zaman moden ini.Pada sebelah malamnya pula, kami tidak melepaskan peluang untuk merasai makanan laut di sebelah Pasar Filipina di sebuah kawasan lapang yang sememangnya syurga ‘seafood’ di sini. Kami telah menjamu makanan laut antaranya ikan bakar, kupang masak sambal, sotong goring dan banyak lagi. Kepelbagaian juadah makanan laut di sini sememangnya menarik pengunjung yang hadir dari dalam atau luar negara. Setelah kenyang makan, kami semua pulang untuk berehat dan bersiap untuk pulang pada hari keesokannya.


Bandar Kota Kinabalu
         Pada hari terakhir, tidak banyak tempat yang kami tuju memandangkan tiket berlepas kami pada jam 3.30 petang dan kami ‘checkout’ dari homestay pada awal pagi untuk memudahkan urusan. Sebelum pergi ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami menikmati pemandangan terkahir di Sabah iaitu di Pantai Tanjung Aru yang hanya bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut. Di sini angin sepoi-sepoi menerpa kami seolah-olah tahu pemergian pulang kami. Setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, kami kembali ke lapangan terbang dan memulangkan kembali kereta sewa. Demikianlah sedikit pengalaman saya bersama ketika bercuti di negeri Sabah.

   Sebelum itu saya ingin berkongsi beberapa tip untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Pertama sekali untuk tempahan tiket kapal terbang perlu membeli tiket tersebut 6 bulan awal jika anda ingin harga tiket murah. Anda juga boleh membeli tiket sewaktu syarikat penerbangan membuat promosi contohnya syarikat penerbangan Air Asia yang sering membuat promosi setiap tahun. Selain itu, perlu diingatkan untuk anda yang tinggal di Semenanjung bahawa anda tidak boleh tinggal di Sabah ini lebih daripada 90 hari atau lebih 3 bulan, jika anda tanya mengapa sampai perkara tersebut sampai begitu sekali anda perlu membaca sejarah syarat pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Di samping itu, dinasihatkan juga anda telah menempah kereta sewa terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan anda ke destinasi yang dituju. Anda juga boleh meminta sama ada kereta sewa tersebut di hantar di airport atau pun hotel anda menginap.Mengenai soal penginapan pula, anda bebas untuk memilih sama ada menginap di hotel atau homestay kerana di Kota Kinabalu banyak tempat penginapan menarik dengan harga yang berpatutan. Untuk memudahkan urusan, digalakkan untuk menempah awal bagi mengelakkan dikenakan harga yang tinggi jika menempah di saat-saat akhir terutamanya pada musim cuti persekolahan ataupun musim perayaan. Akhir sekali  pastikan anda sudah merancang jadual perjalanan anda. Pilih tempat dan aktiviti menarik pilihan anda yang anda boleh enjoy bersama keluarga anda. Anda boleh pilih sama ada untuk pergi ke pulau-pulau di Sabah, menikmati udara segar di Kundasang atau berjalan-jalan di kawasan bandar dan pasar-pasar di Sabah. 

   Jika ditanya di mana destinasi yang saya ingin pergi kembali, sudah tentu saya mahu pergi ke negeri Sabah kerana di sana keindahan alam semula jadi masih lagi kebanyakkannya terpelihara dengan flora dan faunanya masih tersergam indah. Selain itu juga masyarakat Sabah yang mempunyai berbilang kaum wujud suasana yang harmoni dan melayani pelancong dengan baik sedikit meanarik perhatian saya untuk ke sana lagi. Sekian pengalaman saya bersama keluarga dalam melancong setakat ini. Yang pasti saya masih belum pernah menjejakan kaki ke luar negara dan sudah tentu saya pula mahu membawa keluarga saya untuk melancong di luar negara kerana itulah hasrat saya jika diberi kesempatan dan peluang pada suatu hari nanti. 

by: Muhammad Faizol (A170790)


TIPS MELANCONG KE BANDAR BERSEJARAH MELAKA


Semasa saya melancong di Melaka bersama keluarga saya, saya menggunakan beberapa tips yang bagi saya sangat berguna sebelum saya pergi bercuti di Melaka. Bagi saya, tips pelancongan sangat penting sebelum melancong samada dalam negara atau luar negara. Di sini saya lampirkan tips-tips pelancongan saya.

1) Periksa waktu yang sesuai untuk melancong 
  • Walaupun Malaysia mempunyai iklim yang panas sepanjang tahun, terdapat juga musim hujan yang akan mengekang pergerakan kita ketika hendak pergi berjalan-jalan. Pada musim hujan amatlah tidak sesuai untuk pergi melancong di pantai kerana pada ketika itu, ombak dan angin kuat akan menganggu aktiviti kita di tepi pantai.
2) Pilih tempat penginapan yang selesa dan murah.
  • Pemilihan penginapan sangat penting ketika ingin pergi melancong seperti ‘Homestay’, hotel, mahupun Chalet. Tidak semestinya penginapan yang selesa akan mahal. Pada era globalisasi ini, pelbagai platform yang disediakan untuk memilih penginapan yang murah, tepat dengan citarasa kita, selesa, dan sebagainya. Contoh aplikasi yang terkenal untuk memilih penginapan adalah aplikasi Trivago. Aplikasi ini menyediakan pelbagai pilihan penginapan di dunia ini dengan harga yang murah dan selasa untuk menginap.   
3) Membuat tempahan penginapan lebih awal.
  • Apabila sudah merancang ke destinasi yang ingin melancong dan memilih penginapan yang selesa dan murah, fasa yang seterusnya kita terus menempah penginapan tersebut. Hal ini kerana jika kita menempah penginapan lebih awal, kita dapat mengelakkan masalah apabila kita telah sampai ke destinasi menarik pilihan kita. Kebanyakkan ‘Homestay’ akan mengenakan harga yang murah jika kita menempah lebih awal. Dalam musim-musim tertentu, kebanyakkan hotel dan Homestay akan penuh kerana telah habis ditempah. Jika kita menempah  penginapan lebih awal,  kita akan mendapat penginapan yang selesa dan memuaskan.
4) Servis kereta sebelum pergi melancong.
  • Sebelum bertolak ke destinasi, pastikan kereta dalam keadaan baik supaya perkara yang tidak diingini berlaku seperti kerosakan, hilang kawalan atau sebagainya. Sebagai contoh, jika servis kereta mesti menitikberatkan keadaan kereta seperti tayar, brek, enjin, minyak hitam, penyaman udara dan sebagainya. Perkara-perkara ini asas untuk servis kereta jika ingin berjalan jauh supaya jika kita sudah servis kereta, potensi untuk kerosakan semasa menuju ke destinasi pelancongan akan tipis.
5) Packing makanan siap-siap
  • Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membawa makanan yang disediakan dari rumah kerana ianya dapat menjimatkan duit dan ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan. Jadi, setiap kali kita berhenti di mana-mana perhantian R&R ataupun stesen, kita juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Jadi, perkara ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan lebih seronok.

by: Muhammad Shahmin (A170764)


TIPS MELANCONG KE BANDARAYA MELAKA

1. Beg yang sesuai
  • Sebelum memulakan pelancongan, pastikan anda memilih jenis beg yang sesuai sama ada beg galas atau beg beroda. Jenis beg yang ingin dibawa melancong akan mempengaruhi pergerakan anda semasa melancong.
  • Ketika kami melancong di bandaraya melaka, kami menggunakan beg beroda untuk mengisi pelbagai jenis barang. Ruang beg yang besar amatlah sesuai mengisi pelbagai.




2. Peranti gajet
  • Pelancongan yang mendamaikan dan menenangkan jiwa menjadi impian setiap individu selepas penat bekerja atau individu yang masih belajar.
  • Peranti gajet yang ingin dibawa ketika melancong seharusnya bersesuai dengan cara kita ketika melancong. Jika individu tersebut gemar berswafoto untuk berkongsi gambar pelancongan dalam media sosial, maka peranti gajet seperti monopod, eyefish camera dan sebagainya
  • Ketika saya melancong bersama keluarga, peranti gajet yang kami bawa adalah powerbank, bagi mengisi bateri telefon dan juga headphone sebagai peneman saya ketika melancong ke Bandaraya Melaka.


3. Memastikan waktu melancong adalah bersesuaian
  • Perkara ini amatlah penting dan haruslah dititikberatkan kerana waktu memilih waktu yang sesuai membuatkan kami sekeluarga dapat melancong bersama-sama.
  • Semasa kami melancong di Melaka, kami memilih waktu cuti persekolahan dan waktu cuti umum. Memilih waktu bersesuaian untuk melancong membolehkan adik beradik serta ibu bapa boleh melancong bersama dengan tenang


4. Merancang perjalanan sebelum melancong
  • Aspek ini amat lah penting untuk diambil kira sebelum melancong. Kita boleh merancang perjalanan dengan menaiki kereta sendiri, kapal terbang, kereta api dan sebagainya.
  • Ketika kami melancong di bandar Hilir Melaka, kami bercadang untuk menaiki kereta sahaja kerana berhampiran dengan tempat kediaman kami.
  • Sebelum melancong juga ayah saya telah membuat pemeriksaan ke atas kereta kami agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


5. Rehat secukupnya sebelum melancong
  • Aktiviti melancong sememangnya dapat merehatkan minda kita daripada sebarang tekanan di tempat kerja atau individu yang masih belajar.
  • Sehari sebelum melancong ke Bandaraya Melaka, kami mendapatkan rehat yang secukupnya dengan tidur di awal waktu. Rehat yang secukupnya dapat mengelakkan kami daripada keletihan ketika melancong.


LIFE IS BETTER BAREFOOT: REDANG ISLAND


by : NUR HUSNINA BINTI MUHAMAD (A171942)

LET'S FIND SOME BEAUTIFUL PLACE TO GET LOST


by : NORLI YANA BINTI ROSLI (A171883)